Sudah hampir 3 tahun berlalu, setelah sekian lama berhenti menulis blog, akhirnya hati ini terbuka semula untuk menulis.Dipendekkan cerita, selepas habis belajar di giat mara, saya teruskan belajar di pusat asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, selama 2 tahun setengah.Kenapa lama sangat? Akan saya tulis di post yang lain. Saya tidak sambung belajar ke Main Campus di Kuantan mahupon Gombak. Kenapa? Akan diceritakan dalam post yang akan datang. Jadi sekarang ni hidup bebas, menunggu kemasukan insyaallah ke Universiti Malaya pada bulan Julai nanti.
Banyak perkara yang berlaku, ilmu yang ditimba sepanjang belajar di UIAM Petaling Jaya, akan dikongsi pada post akan datang. Untuk hari ini, masih berada di UIAM PJ tapi bukan sebagai pelajar, sebaliknya sebagai tenaga pengajar kelas latihan Silat Cekak Hanafi. Duduk di sini seminggu dua sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 2015 yang akan berlangsung pada 25 April 2015 di Kompleks Sukan Kg Pandan, KL. Kelas latihan bagi perempuan, adalah pada waktu petang, bagi lelaki pula, waktu malam. Kelas official pula pada malam Selasa dan Khamis. Sebelum ni memang berulang-alik dari UIAM Gombak ke UIAM PJ naik kereta. "Tak penat ke? Sanggup gila," ada rahsianya, nanti-nanti je cerita.
Alhamdulillah keretaku. |