Jom La ikut....

Wednesday 8 April 2015

Segalanya Bermula dengan Tarbiyah

Assalamualaikum,

Sudah hampir 3 tahun berlalu, setelah sekian lama berhenti menulis blog, akhirnya hati ini terbuka semula untuk menulis.Dipendekkan cerita, selepas habis belajar di giat mara, saya teruskan belajar di pusat asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, selama 2 tahun setengah.Kenapa lama sangat? Akan saya tulis di post yang lain. Saya tidak sambung belajar ke Main Campus di Kuantan mahupon Gombak. Kenapa? Akan diceritakan dalam post yang akan datang. Jadi sekarang ni hidup bebas, menunggu kemasukan insyaallah ke Universiti Malaya pada bulan Julai nanti.

Banyak perkara yang berlaku, ilmu yang ditimba sepanjang belajar di UIAM Petaling Jaya, akan dikongsi pada post akan datang. Untuk hari ini, masih berada di UIAM PJ tapi bukan sebagai pelajar, sebaliknya sebagai tenaga pengajar kelas latihan Silat Cekak Hanafi. Duduk di sini seminggu dua sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 2015 yang akan berlangsung pada 25 April 2015 di Kompleks Sukan Kg Pandan, KL. Kelas latihan bagi perempuan, adalah pada waktu petang, bagi lelaki pula, waktu malam. Kelas official pula pada malam Selasa dan Khamis. Sebelum ni memang berulang-alik dari UIAM Gombak ke UIAM PJ naik kereta. "Tak penat ke? Sanggup gila," ada rahsianya, nanti-nanti je cerita.

Alhamdulillah keretaku.


Sekarang, saya hendak berkongsi mengenai Tarbiyah, Tajuk usrah bawah lampu di UIAM Gombak minggu lepas. Apa itu tarbiyah? Tarbiyah ialah pembentukan, pendidikan dalam melahirkan individu muslim yang bersedia menuju Alam Akhirat. Bagaimana untuk dapatkan tarbiyah? ada banyak jalan. Pergi kem bina insan, kem latihan, libatkan diri dengan program-program membina ketrampilan diri, apa-apa program motivasi, tapi itu semua majoritinya dalam jangka masa yang pendek. Untuk dapatkan keberkesanan tarbiyah, perlu adanya program susulan bagi meneruskan proses pentarbiyahan beberapa individu dan ianya takkan ambil masa yang singkat. Ada yang makan masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun.

Paling mudah, Join Usrah! Mana-mana usrah pon boleh!

Antara analogi yang boleh digunakan, batu hitam bawah tanah, maybe arang batu, tak ingat, adalah invividu biasa yang tidak lalui proses pentarbiyahan, manakala batu permata pula ialah insan yang sudah ditarbiyah. Tempoh masa batu hitam untuk berubah menjadi batu permata adalah sangat lama, memerlukan some requirements seperti kekuatan tekanan bumi, tekanan bumi ni umpama proses tarbiyah itu, yang ada pelbagai bentuk. Proses ini akan berterusan, sehingga batu permata terhasil, begitu juga di alam realiti, jika seseorang itu tak dapat meneruskan proses pentarbiyahan, orang lain akan ganti dan teruskan.


"Atuk tanam pokok, cucu dapat makan buahnya"


Itu batu permata, contoh lain pula, apabila kita masak telur, orang bujang, biasalah masak telur goreng ni. Nak masak, api tak boleh kuat atas sebab nak ianya masak dengan cepat. Hasilnya bahagian luar sahaja garing tapi bahagian dalam masih mentah. Jadi untuk dapatkan hasil yang terbaik, api kena biasa-biasa sahaja, dan perlu tunggu lebih lama berbanding dengan api yang kuat. tempoh yang lama ialah tempoh tarbiyah, api yang sedang-sedang adalah uslub iaitu cara pentarbiyahan tersebut.

Bagi mendapatkan hasil yang menyeluruh luar dan dalam, fizikal dan mental, rohani dan jasmani, penyusunan uslub yang baik perlu diaplikasikan. Bicara mengenai uslub, yang merupakan salah satu daripada rukun dakwah, akan disentuh pada post yang akan datang. Boleh jadi jika uslub tidak betul, seperti api yang terlalu kuat, akan melahirkan individu yang hanya berlakon baik, berlakon dah bertaubat, dan berubah tapi secara dalaman, masih mengekalkan kotoran-kotoran perbuatan maksiat dan dosa demi hendak melepaskan diri dari pentarbiyahan yang bagi dirinya adalah sesuatu yang menyeksa dan menyakitkan.

Jalan tarbiyah ni pelbagai, begitu juga dengan bentuk tarbiyah. Adakah tarbiyah itu belaian kasih sayang semata-mata? adakah hanya bentuk hukuman menyeksa semata-mata? Tidak. Mari jelajah semula kisah Perang Tabuk. Kisah tentang Kaab Bin Malik dan dua orang sahabat kanan baginda Muhammad SAW yang tidak sertai perang. Perang Tabuk ni berlaku ketika musim buah-buahan dan musim panas. Yang mana biasanya rakyat ketika itu akan mengutip buah-buahan tersebut lalu makan dengan penuh nikmat atau dijualnya buah-buahan itu. Maka umat Islam yang menyertai perang tersebut akan diduga dengan ujian nafsu, hanya orang Munafiq sahaja yang tak sertai perang, mereka memberikan pelbagai alasan. Nak kutip buah, unta sakit dan macam-macam lagi. Makin teruk, golongan munafiq ni menghasut orang-orang lain untuk tidak turut serta Perang itu, seperti tertulis dalam Quran,


"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami." At-Taubah, Ayat 81
3 orang sahabat tersebut ialah Kaab Bin Malik, Murarah Bin Rabi' dan Hilal Bin Umayyah. Hilal tak pergi sebab sibuk mendampingi keluarga beliau baru pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota tu.Murarah pula sebab hasil tanaman kebunnya sudah masak dan ranum lalu terpaksa dikutip. Untuk Kaab pula, beliau sedang menikmati keenakan yang tak pernah dia rasa sebelum ni, untanya beranak-pinak, keunnya juga sangat subur.

Apabila baginda bertanya kepada Kaab Bin Malik atas alasan apa beliau tidak menyertai perang, Kaab menjawab,

"Ya RasulAllah S.A.W, kalau orang lain sudah tentu aku memberikan alasan-alasan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar. Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran."
Mereka bertiga dihukum baginda melalui pemulaun dalam tempoh masa tertentu, yang mana merupakan salah satu bentuk tarbiyah. Tidak ada seorang pun yang boleh bergaul dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah S.A.W. Memang keadaan ketika itu sangat memberi tekanan kepada 3 sahabat ini, namun begitu, mereka redha akan hukuman ini. Ini adalah satu bentuk didikan. Tengah-tengah proses pemulauan, Kaab diuji pula dengan suara-suara musuh yang mengajak beliau untuk berpaling tadah kepada Rasulullah. Beliau ditawarkan wang, wanita, pangkat dan kemuliaan. Yang diuji adalah seorang mujahid, yang pernah berjuang masa perang Badar, alhamdulillah perlawaan musuh itu ditolak. Setelah cukup 40 hari, mereka dihukum pula untuk tinggal berjauhan dengan isteri masing-masing. Mereka patuh.

Akhirnya, hukuman itu berakhir,berapa lama, saya tak ingat, yang pasti hasilnya sebaik sahaja mereka bertiga mendengar berita pengampunan itu, mereka masing-masing bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Seluruh Sahabat mengucapkan tahniah kepada mereka dan ketika itu wajah Baginda S.A.W berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Inilah kesan tarbiyah secara umum.

Bentuk tarbiyah di sini adalah melalui hukuman dan pemulauan yang mana setaraf dengan gelaran mujahid. Bagi kawan-kawan yang baru hendak berjinak-jinak bertaubat, tidak boleh guna pendekatan sebegini. Kita kena kreatif, gunakan pelbagai jenis pendekatan. Mungkin boleh dimulakan secara lembut, melalui ajakan, sebagaimana Islam pertama kali disebarkan iaitu dengan mengajak. Pada peringkat seterusnya, baru boleh menghalang perkara mungkar, adalah peringkatnya, Marhalah Tarbiyah, akan dikupas lain kali.

Segala apa yang ditulis, adalah berdasarkan pemahaman diri saya sendiri melalui penyampaian seorang rakan. Jika ada sebarang pembetulan, teguran dan nasihat, sila utarakan. Yang baik itu datang dari Tuhan, segala kesalahan juga datang dari Tuhan atas kelemahan diri saya yang masih menimba ilmu pengetahuan. Untuk posting seterusnya, nak sebut tentang jenis-jenis tarbiyah. Pergi dulu, terima kasih membaca.



Jangan marah kerana jiwa akan terbakar,
Dengki ibarat setitis racun yang akan membunuh ikhlas dalam diri.
Padam api bara marah dengan istighfar dan wudhuk.
Semoga jiwa yang penuh iman kembali sejuk.


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

2 comments:

Anonymous said...

tapi sekarang masih di uia kan? :) apa cerita? tertanya pula tetiba.

Unknown said...

Ни одна другая девушка не способна на то, на что способны Индивидуалки Киева и интересная инди поможет получить удовольствие. Ценю адекватных и невинных мальчиков. Приглашаю к себе. Возможен выезд в сайну. Эхо часто прекраснее голоса, которое оно повторяет.

>