Jom La ikut....

Monday 26 March 2012

Syukur dengan Kejayaan,Redha dengan Kegagalan

Assalamualaikum,

Post yang sepatunya siap lebih awal tetapi tergendala kerana masalah kesihatan Im.Sakit kepala dan pening-pening.Im pergi hospital petang tadi  dan doktor mengesahkan bahawa Im menghidap penyakit Sinus di mana rongga udara di bahagian kepala Im yang tersumbat disebabkan oleh resdung dan jangkitan.Doktor juga memberi nasihat agar Im jangan terlalu banyak berfikir serta Im kene banyakkan berehat.Bilik kaunseling kene ditutup buat sementara waktu.Online FB pon dah jarang apatah lagi twitting di tweeter.Sekarang baru siap post,teruskan membaca ya.

5 hari yang lepas,hari yang penuh mendebarkan,Im bangun Subuh then terus bersiap-sedia dengan family untuk bertolak ke SERATAS.Im masih rasa mengantuk sebab semalam tak dapat tidur dengan lena.Ye la,dah cuak sangat,memang rasa tak senang nak tidur.Perjalanan ke Taiping ni dah la lama.Ambil masa 3 ke 4 jam untuk sampai ke sekolah.

Taman tasek Taiping yang menyimpan memori pahit dan manis


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Monday 19 March 2012

Redha dan Pasrah (-_-")

Assalamualaikum,

Pagi semalam ke bengkel giatmara seperti biasa setelah seminggu berehat di rumah dan di kampung.Selesai perhimpunan,naik ke bengkel,tiba-tiba kawan tepuk bahu,
"Dah ready ke nak ambik result Rabu ni?
Hari Rabu,21 March 2012,penentu segala penat lelah belajar dan menuntut ilmu di alam persekolahan sejak umur 5 tahun hinggalah 17 tahun.Im macam tak percaya yang result SPM akan keluar pada esok hari,terasa masa berlalu dengan begitu pantas.Boleh kata seharian di bengkel asyik bersembang pasal ambik result je.

"Betul ke result Rabu ni?"
"Wei,hang ambik result naik ape? kereta ke naik motor je?"
"Mak ayah hang follow tak? Hang tak cuak ke?
"Tak sabar nak ambik result,rindu pada kawan-kawan"



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Friday 16 March 2012

Air Mata yang Berharga :'-(

Assalamualaikum,

First of all Im nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog post ni.Banyak halangan seperti kesibukan aktiviti harian tambah-tambah baru-baru ni Im demam dan peningkepala nagai nak migrain sebab masalah peribadi terlalu banyak berfikir.Dalam masa yang sama,nenek Im yang dekat Bagan Serai sudah jatuh sakit.Malam ni pulak Im dapat berita yang dia sudah berada di wad Hospital Taiping.Doakanlah agar nenek Im baik-baik sahaja dan cepat sembuh..... =(

Ketika mendengar berita yang sedih ini,air mata Im mengalir tanpa sebarang isyarat.Im sedih sebab nenek atau Im panggil sebagai Mak Wan,adalah satu-satunya nenek Im yang ada kerana Opah dan atuk serta atuk tiri belah ibu sudah meninggal dunia.Tok Wan belah ayah pula meninggal dunia tahun lepas jadi Mak Wan je lah yang tinggal.Ya Allah,panjangkanlah umur Mak Wan supaya Im dapat luangkan lebih masa bersama dia...

Sudah mula terdetik di hati ini,mati itu sememangnya suatu kepastian.Segala benda hidup pasti akan mati.Terlintas di pemikiran,adakah segala amal Im di dunia ini sudah melayakkan Im untuk memasuki Syurga-Nya? Im tak layak nak masuk ke Syurga-Nya tetapi Im sangat sangat tidak sanggup untuk memasuki Neraka-Nya.Mati adalah tarikh yang tidak dapat ditunda.Im takut.

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Monday 12 March 2012

Nice Gotong-Royong~~

Assalamualaikum,

Sibuk,sibuk dan sibuk tapi sempat jugak Im update post baru.Im mintak maaf kalau kebelakangan ni post Im dah macam kurang menarik.Im tengah usahakan nak post sesuatu yang lebih menarik pada masa akan datang insyaallah.Post kali ni banyak mengenai kisah hidup Im je.

Pada 8 Mac yang lepas,hari Khamis,Giatmara Parit Sri Iskandar telah menganjurkan program gotong-royong di surau Kampung Tua Lambor Kanan.Pelatih-pelatih daripada kursus elektronik sudah berpakat hendak mengadakan konvoi beramai-ramai ke surau Kampung Tua tu dengan menaiki motor masing-masing.Alhamdulillah permohonan untuk mengadakan konvoi tu telah diluluskan oleh pihak pengurusan Giatmara.

Sebelum bertolak ke sana,semua pelatih kene berkumpul di hadapan pejabat giatmara pada pukul 8.30 pagi tapi Im tak tahu pun perkara tu.Semua pelatih dah berkumpul pada pukul 7.30 tapi waktu tu Im baru je nak bertolak ke giatmara dengan menaiki motor.(Dah pass JPJ Test,hehe)


Pelatih-pelatih berkumpul sebelum konvoi bermula.


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Thursday 8 March 2012

Alhamdulillah,syukur sangat-sangat!

Assalamualaikum~~~

Dah 5,eh bukan, 6 hari tak update blog.Post ni pon sepatutnya dah siap 3 hari yang lepas tetapi Im sibuk sangat jadi terpaksa stop suku,esoknya sambung sampai separuh then stop lagi sampai la siap malam ni akhirnya.

Alhamdulillah Im rasa bersyukur sangat sebab pada tanggal 5 Mac (kelmarin),Im dah lulus ujian JPJ motor dan kereta.Untuk motor Im dapat no. 1 sesi 1 manakala kereta pula no. 10 sesi 1.Kedua-duanya sesi 1,memang Im rasa cuak sangat.Im giliran yang first.Of course la cuak.3 hari sebelum ujian,Im kene pergi kelas memandu extra berturut-turut supaya Im mahir dalam ujian kereta dalam litar dan brek kecemasan bagi motor.(Dua-dua tu memang Im lemah)

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Friday 2 March 2012

Sanah Helwa Giatmara! (Bacaan Yassin)

Assalamualaikum readers,

2 hari lepas,1 Mac 2012,pada tanggal ini,Im,kawan-kawan pelatih serta pihak guru dan pengurusan meraikan ulang tahun penubuhan Giat Mara Parit kali ke-46.Mula-mula Im dan kawan-kawan lain tak tahu pon pasal ni.Sewaktu perhimpunan pagi,cikgu Jumhari,cikgu elektronik kelas Im berbisik kepada cikgu Lah,cikgu elektronik kelas lain.Entah apa yang dibisikkan.

Kemudian Cikgu Jum memanggil Faiz Ismail,budak SEMESTI untuk membantu cikgu mengemas dan menyediakan dewan bagi mengadakan Majlis bacaan Yassin dan Tahlil.Im hairan kenapa tiba-tiba diadakan majlis tu padahal mengikut jadual Giat Mara,Bacaan Yassin biasanya diadakan padi setiap hari Jumaat padahal hari ini adalah hari Khamis.Mesti ade sesuatu berlaku....

Suasana perhimpunan pagi di giat mara


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

>