Jom La ikut....

Tuesday 31 January 2012

Bicara Kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Waktu kelas giatmara petang tadi,Im dan kawan-kawan telah ditugaskan untuk menyusun komponen kecil iaitu perintang tetap yang sangat banyak mengikut nilai rintangannya ke dalam laci-laci kecil yang telah dilabelkan.Komponen tu banyak sangat dan memerlukan tenaga kerja yang agak ramai sebab hendak membaca kod warna pada perintang tu bukanlah perkara yang mudah.Maybe bai yang dah mahir senang tapi bagi Im dan kawan-kawan mungkin agak sukar.

Sakit mate nak terjemah kod warna ni....
Disebabkan kelmarin kami dah belajar mengenai teori pembacaan nilai perintang maka hari ini kami kene aplikasikan apa yang kami dah belajar.Boleh juling mata Im nak perhatikan warna-warna yang ada pada badan perintang.Dah la kecil,warna pulak banyak yang seakan-akan sama,merah,jingga,coklat,pening kepala Im dibuatnya.


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Monday 30 January 2012

Noktah Kehidupan (U_U) Final Part

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh wafaghfirah semua!

Sebelum ni Im ade sentuh soal kematian dan macam-macam lagi.Sekarang ni im nak sambung pulak ye.

Mati itu akan datang bila-bila masa,tidak mengira usia dan di mana-mana sahaja seperti yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi.Kita tidak tahu bila kita akan mati,oleh itu carilah sebanyak mampu bekalan didunia untuk dibawa ke alam kubur kelak.Walau apa pon kita jangan sesekali leka lalu melupakan Allah walau sedetik kerana tidak mustahil dengan waktu sedetik kita alpa kepada Allah itulah ajal datang secara tiba-tiba.Kita tak tahu bila kita mati so just be prepared.


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Sunday 29 January 2012

Noktah Kehidupan (U_U) First Part

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh wafaghfirah semua!

Hari ni im agak sedih sebab dapat berita yang cikgu kesayangan Im waktu sekolah rendah dulu,Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,Cikgu Hawa dah meninggal dunia kelmarin disebabkan penyakit kanser.Al-Fatihah buat allahyarhamah cikgu hawa,semoga roh cikgu sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan roh-roh orang yang beriman insyaallah....


Hmm kelmarin,Im dengan keluarga pergi ke Muzium Perak kat ipoh,ade pameran keranda dan adat pengebumian.Sebenarnya Im malas nak pergi tapi ayah Im cakap yang kampung Im akan 'black out' dari pukul 9 pagi sampailah pukul 6 petang.Huh? baik Im ikut je,Duduk rumah tanpa elektrik dah macam penjara je,baik Im ikut.Having fun time with family is great actually right?

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Friday 27 January 2012

The Best Love Letter!! (remake)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~~

Pagi tadi,pukul 7 pagi,sepatutnya Im dah bertolak ke kelas giatmara tapi kali ni agak terlewat sedikit gara-gara menunggu giliran nak mandi.=.='

Tengah-tengah kelam kabut bersiap kemaskan diri,Im terdengar siaran televisyen yang mak Im buka.Tak silap Im Tanyalah Ustaz kat tv9.Ape yang Im sempat dengar Ustaz tu ade cakap mengenai kekerapan membaca al-quran.Sesiapa yang sudah lama meninggalkan membaca Al-quran,kelancaran die membaca akan berkurangan.


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Thursday 26 January 2012

Hinakah Kita??

Assalamualaikum....

To all readers,harap semuanya sihat-sihat sahaja.Insyaallah sentiasa ceria selalu ya...
Hari ni kelas giatmara Im pon berjalan dengan lancar alhamdulillah,walau agak mengantuk sedikit. ^_^

Pada waktu lapang,waktu cikgu tengah sibuk menguruskan hal peribadi di pejabat,Im termenung sekejap setelah selesai membaca majalah GenQ yang im bawa ke kelas.Dalam-dalam tengah termenung tu tibe-tibe je Im teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang Ustaz juga Pakar Motivasi waktu Im sertai Kem Anak Soleh di Seberang Perak tahun lepas.


Kisah ni berkenaan seorang guru yang sedang menabur ilmu kepada anak-anak muridnya.Im sendiri dah lupe sape guru tu.Imam Syafie maybe.Im nak berkongsi kisah ni sebab ia mempunyai mesej yang sangat mendalam mengenai kehidupan kita sebagai umat Islam.


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Wednesday 25 January 2012

Ngantuk dan Kelebihan Air

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

Pada pagi hari ini macam biase Im pergi mengikuti kelas Giat Mara setelah empat hari cuti dan berehat kat rumah.Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar dan Im sudah menyiapkan fail kerja khusus yang diperlukan bagi melayakkan Im untuk menerima Sijil Kemahiran Giatmara Tahap 1 setelah selesai belajar nanti Insyaallah.


Walaupon kelas berjalan dengan lancar tapi keadaan Im pada awal pagi tadi memang kurang memuaskan.Semalam Im tidur agak lewat dan Im pulak keletihan sebab menguruskan hal adik Im yang pulang ke asrama MRSM Pasir Salak.Rindu betul kat die walau Im malu nak tonjolkan,hehe (^_^)

Bile malamnye dah keletihan maka esok paginya memang mate berat sangat.Kepale pon pening same.Solat Subuh Alhamdulillah masih gagah untuk bangkit menunaikannya.Lepas solat memang kepale Im sakit sangat sebab masih keletihan dan tidak cukup rehat.Im tak nak bazirkan duit yuran yang mak Im dah bayar.Pening kepale bukan alasan untuk Im ponteng kelas. (O.o)

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Tuesday 24 January 2012

Ragam 'Dating'

Assalamualaikum....

Apa khabar semue? harap semue sihat-sihat sahaje.Bagi Im sekarang ni musim demam panas,ramai kawan Im yang tengah demam sekarang ni,semoga mereka cepat-cepat la sembuh.Rindu nak bersiar-siar dengan mereka pada waktu petang.
Kelmarin,24 Januari,Ade kenduri kahwin besar-besaran dekat dewan serbaguna kampung.Mule-mule Im memang malas nak pergi tapi kalau bukan sebab lauk kat dapur dah habis,memang Im akan lepak kat rumah je la.Tak tau kenape,kelmarin tu memang malas Im nak keluar dari rumah ni.

Ambik kunci motor,kunci rumah,terus tunggang sampai ke dewan tempat kenduri tu.Agak meriah la sebab ade jemputan untuk orang-orang bandar.Bile dah meriah sudah semestinya lauk-pauk kendurinye beraneka pilihan.Kegemaran Im,Ayam goreng madu pon ade.Pasangan pengantinnya bersanding di atas pentas dewan,serba hitam dan pink,theme yang menarik :-)

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Sunday 22 January 2012

Sihat dalam 'Dating'

Assalamualaikum.....

Dah lame tak update blog... Im sibuk sikit kebelakangan ni... jadual penuh seminggu.Isnin sampai Jumaat kelas Giatmara,Sabtu dan Ahad pulak kelas memandu,JPJ Test pulak 24 Februari nanti... memang penat sangat... tapi takpe,semua ni berbaloi untuk Im.

Nasib baik ada Cuti Tahun Baru Cina,boleh la Im berehat sikit..

Dalam post yang sebelum ni... Im sudah berkongsi mengenai 'dating' yang terbaik bagi umat Islam iaitu Solat... sebab kite 'dating' dengan Pencipta kita,Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Secara umumnya... setiap pekerjaan mesti ada sesuatu perkara klimaksnya seperti bagi tukang masak,perkara klimaksnya adalah setelah selesai menyediakan bahan ramuan serta memasaknya... begitu juga dengan solat.. terdapat juga perkara klimaksnya iaitu SUJUD...

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Sunday 15 January 2012

"Dating" yang terbaik...

Assalamualaikum...

Pada Jumaat lepas,13 Januari... Im dengar ceramah seorang ustaz kat giatmara sebagai aktiviti pagi Jumaat,semua pelajar berkumpul di dewan giatmara untuk mendengar ceramah tu...

Antara isi ceramah ustaz yang Im nak kongsi adalah berkenaan SOLAT FARDHU kita sehari semalam.....
Cuba baca dan dalami persamaan di bawah:

Secara normal dan puratanya.....
Solat Subuh = 2 rakaat = 5 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 8 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 8 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 6 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 8 minit
Total masa 'dating' dengan Allah = 35 minit
Total masa nikmat Allah kepada kita = setiap saat
Total masa sehari : 24 jam X 60 minit = 1440 minit


Tetapi kebanyakan Umat Islam skrang ramai yang sengaja meninggalkan solat padahal ape salahnye kite luangkan mase selame 35 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah? Padahal Allah berikan kita macam-macam nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya....

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Saturday 14 January 2012

Alahai Modem....

Assalamualaikum.....

Lame tak tanya khabar padahal baru 3 hari.... ape khabar sume? insyaallah semuenye sihat-sihat sahaje ye.... Hmm Im agak sedih sebab modem Zyxel Im rosak... maka Im tak dapat la nak online dengan blogging....3 hari lepas... pada 11 Januari.... Im keluar dengan ayah pergi uruskan pendaftaran Giatmara... Im ambil T.E.A.V..... Teknologi Elektronik Audio Visual,Im nak ambik komputer tapi dah penuh....



Tak kisah pon... janji dapat kemahiran... repair kipas,tv,mesin basuh,ok gak untuk mase depan.... Waktu dengan ayah keluar rumah... cuaca baik-baik je,mak pergi keje,adik bongsu pergi sekolah,memang takde sape la kat rumah petang tu.... Waktu Im fotostat kad pengenalan dekat bota kanan.... memang Im rase tak sedap hati.... tibe-tibe je Im rase nak balik rumah tapi ayah cakap alang-alang dah keluar ni baik jemput mak dan adik bongsu balik rumah.... betul jugak cakap ayah tu...


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Tuesday 10 January 2012

Malu Tak Bertempat!

Assalamualaikum pembace.....

Harap semuenye sihat-sihat sahaje.... Bile Im tengok budak-budak balik sekolah agame rakyat pada waktu petang memang Im rase syahdu je.... ye la,rindu zaman persekolahan tambah rasa sunyi berseorangan je kat rumah..... adik-adik semua pergi sekolah... mak dan ayah kerja... Im kerja pada waktu pagi je.... petangnye sorang-sorang je la jaga rumah.....


Bile dah bosan jaga rumah... Im belek-belek la ape-ape bahan bacaan... Im terbaca satu kisah bertajuk "Malu  Tak Bertempat!" dalam majalah GenQ Isu no. 5,muka surat 16 dan 17,Karya NIK WAFDI dan AZZAM SUPARDI.... Isi die memang menarik jadi Im nak kongsi kisah ni dengan pembaca......

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Monday 9 January 2012

Bicara Rindu.....

Assalamualaikum.... 

setelah 2 bulan habis SPM ni.... tibe-tibe je Im rase rindu sangat......rindu kat sekolah Im tu.... Rimdu jugak dekat kawan-kawan Im... mereka dah banyak bagi kenangan manis sebagai ingatan dan kenangan pahit sebagai pengajaran.... tambah-tambah bile Im bace mesej ni... rasenye anda  pasti pernah membacanya....
"hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti persahbbatan & remja,dnn bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi..masa ini jua kita membawa haluan masing-masing,mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam 1 tempat sekecil bilik darjah,belajar,bergurau,ke kantin bersama..terbukti zaman pelajar adalah zaman remja yang sukar dilupakan..mgkin 1 hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah..jadi hargailah zaman remja dan persekolahan anda..!"
Well memang Im ade nangis waktu hari terakhir kat SERATAS nih.... bagi Im takde masalah nak nangis.... itu tandanya hati kita lembut dan tidak keras sampai susah nak ngalirkan air mata.... tapi kalau terlalu lembut pon masalah jugak.... haha..... terlalu keras masalah,terlalu lembut pon masalah.... so, 50-50 lagi baik... zaman persekolahan sudah berlalu.... LIFE MUST GO ON......

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Saturday 7 January 2012

4 Pandangan Manusia

Assalamualaikum.....

Apa khabar para pembaca? semoga sihat-sihat sahaja walaupon Im sendiri sakit kepala dan pening-pening sikit.... tapi masih ada kudrat nak ber'blogging'... haha...

Petang 8 Januari 2012.... Im pergi ke kedai beli kuih-muih untuk makan petang..... macam-macam ragam manusia kat kedai tu.... "Kuih ni nampak sedap....","Kuih ni macam kurang tepung.." dan macam-macam lagi komen pelanggan... Setiap manusia ada pelbagai pandangan terhadap sesuatu perkara... Kali ni Im nak sampaikan mengenai 4 pandangan manusia..... tahukah pembaca apa 4 pandangan tu?

Sebelum tu.... pembaca pernah dengar Nasyid Hijjaz - Mata hati tak? Kalau belum di sini Im sertakan video dengan liriknya sekali....

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Kursus KPP.....

Assalamualaikum.....

Apa khabar para pembaca? semoga semuanya sihat sambil sentiasa berada di bawah rahmat-Nya... Merujuk pada tajuk di atas... pagi tadi Im mengikuti Kursus KPP untuk mendengar ceramah berkenaan tatacara dan perkara yang perlu diberi perhatian ketika memandu kereta serta menunggang motosikal....

Hmmm Pagi 7 januari 2012,.... Im dah bersiap nak pergi dah,pakai smart-smart,pak cik Amir,ejen yang bertugas menjemput Im dan kawan-kawan Im yang turut serta dalam kursus tersebut dah sampai kat depan rumah... jam menunjukkan pukul 7.35 pagi....
"Tapi sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan Allah pula yang menentukan segalanya....."
Memang dah merancang nak pergi ke Akademi memandu tu awal bagi memudahkan urusan ejen-ejen yang bertugas tapi malangnya... Dompet Im,entah ke mane hilangnya... IC kene bawak untuk pengesahan cap jari... Memang Im waktu tu dah macam Cacing kepanasan,kelam kabut mencari dompet tu... mak ayah pulak dah bising sebab tak bersedia awal-awal.... rasa menyesal muncul sebab tak ambik berat pasal hal ni...

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Friday 6 January 2012

Umat Terakhir Special....Last Part

Assalamualaikum........

Untuk post yang terakhir bagi tajuk Umat Terakhir Special ni Im nak sampaikan tentang perkara yang paling special dalam Umat Akhir Zaman ini ialah terdapat Syafaat Raulullah S.A.W untuk umatnya ketika dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak....


Di Padang Mahsyar nanti... seluruh umat manusia dari zaman nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad akan dikumpulkan.....Memang tak dapat dibayangkan betapa ramainya manusia dan betapa luasnya Padang Mahsyar itu... sesungguhnya itu semua adalah perkara Ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan akal manusia....

Mengenai Padang Mahsyar,seperti yang para pembaca sudah sedia maklum... keadaan di Padang Mahsyar memang sangat dahsyat.

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Umat terakhir Special.... Third Part


Assalamualaikum.....

Hmmm esok Im kene pergi kurusus memandu.... dengar ceramah selama 6 jam... entah mampu ke Im bertahan esok..... kalau dekat sekolah pon Im dah tersengguk-sengguk setelah cikgu mengajar sejam,inikan plak ceramah 6 jam... niat baik nak ambik input-input ceramah tu.... tapi ramai kawan-kawan Im cakap ceramah tu sangat membosankan.... we'll see tomorrow.... hahahaa

Cakap pasal niat baik ni.....Sekarang Im nak sampaikan pula pendapat Im mengenai apa yang specialnya mengenai Umat Akhir Zaman ni.... Selain darjat yang tinggi dalam menunaikan solat sunat dua rakaat dan terdapat golongan ahli ibadah serta ahli dakwah....Allah telah mengurniakan umat nabi Muhammad pahala yang berlipat kali ganda jika hendak dibandingkan dengan umat-umat terdahulu!
"Lihatlah,sesungguhnya umat nabi Muhammad itu juga adalah sebaik-baik umat dan Nabi Muhammad itu Kekasih Allah"
Walaupun umur kita singkat tak bermakna kita takde peluang nak dapat ganjaran pahala yang banyak seperti umat-umat terdahulu..... 1 KEBAIKAN = 10 PAHALA, NIAT BUAT BAIK = 1 PAHALA,Inilah tawaran terbaik daripada Allah, Pencipta Alam ini buat hamba-hamba-Nya.

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Thursday 5 January 2012

Umat Terakhir Special.....Second Part

Assalamualaikum.......

Apa khabar pembaca? Harap semuenye sihat-sihat sahaja.... sebelum ni Im dah kongsi berkenaan kelebihan umat akhir zaman berkenaan solat sunat dua rakaat... sekarang pulak Im nak kongsi bekenaan Dakwah...

Menurut abang Jemaah Tabligh yang datang dari Johor tu:
"Umat-umat nabi terdahulu yang menjadi pengikut nabi hanyalah terdiri daripada Ahli Ibadah dan nabi sahaja yang berdakwah,oleh itu setelah nabi itu wafat... kebanyakan dari pengikut nabi itu mula mensyirikkan Allah sedikit demi sedikit lalu diutuskan Allah nabi yang baru..... begitulah kronologinya berulang-ulang dari zaman nabi adam hinggalah zaman nabi Muhammad S.A.W"
"Tetapi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W sehingga Hari Kiamat nanti.... bukan sahaja terdiri daripada Ahli Ibadah tetapi wujud juga Ahli Dakwah yang tidak berhenti daripada menyampaikan dakwah baginda,walaupun baginda telah wafat namun usaha dakwah baginda belum 'wafat' dan alhamdulillah masih diteruskan oleh umat Islam sendiri..... dengan mengamalkan Amal Makruf Nahi Mungkar..... Semoga kita semua terdiri daripada ahli dakwah juga ahli ibadah...."

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Umat Terakhir Special..... First Part

Assalamualaikum…….

Baru petang tadi buat blog,malam ni dah dapat idea nak buat post kedua…. Alhamdulillah… waktu tengah buat blog tu… tibe-tibe dengar suare orang beri salam…. Rupenye jamaah tabligh… memang Im sorang je kat rumah… ade tetamu kene la layan… teringat plak kat sekolah.. J

Bile diajak masuk mereke lebih selesa berbincang di luar… mule la sesi bertukar-tukar pendapat… bincang pasal umat nabi Muhammad and macam-macam lagi… abang tu orang Johor,sanggup datang dari jauh datang perak ikut Jemaah tabligh… senyuman tak pernah lekang,seronok je tengok…Im tertarik dengan tajuk “kelebihan Umat Nabi Muhammad”....

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

Sebagai Mukaddimah

Assalamualaikum.....

Setelah 2 tahun merancang nak buat blog,akhirnya buat jugak.... Blog ni pon Im buat sebab dah berjanji dengan seorang adik yang sekarang sudah tingakatan 5 merangkap anak murid maya Im.... semoga dia baik-baik sahaja belajar kat terengganu tu..... cikgu Im doakan agar adik selamat belajar ye :-))

Tidak lupe juge kepada adik kandung Im yg sekarang tengah beelajar di MRSM Pasir Salak,semoga adik selamat dan sihat sahaja walaupon abang malu nak cakap secara depan..... all the best kepada dua-dua adik ni... (n_n)

Apa khabar pembaca? semoga semuanya sihat-sihat sahaja.... sebagai entri pertama,Im nak bercerita mengenai isu semase kini yang agak hangat.... mengenai beberapa orang pelajar yang dipercayai telah rosak akhlak mereka ketika berada di luar negara....

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

>