Jom La ikut....

Friday 2 March 2012

Sanah Helwa Giatmara! (Bacaan Yassin)

Assalamualaikum readers,

2 hari lepas,1 Mac 2012,pada tanggal ini,Im,kawan-kawan pelatih serta pihak guru dan pengurusan meraikan ulang tahun penubuhan Giat Mara Parit kali ke-46.Mula-mula Im dan kawan-kawan lain tak tahu pon pasal ni.Sewaktu perhimpunan pagi,cikgu Jumhari,cikgu elektronik kelas Im berbisik kepada cikgu Lah,cikgu elektronik kelas lain.Entah apa yang dibisikkan.

Kemudian Cikgu Jum memanggil Faiz Ismail,budak SEMESTI untuk membantu cikgu mengemas dan menyediakan dewan bagi mengadakan Majlis bacaan Yassin dan Tahlil.Im hairan kenapa tiba-tiba diadakan majlis tu padahal mengikut jadual Giat Mara,Bacaan Yassin biasanya diadakan padi setiap hari Jumaat padahal hari ini adalah hari Khamis.Mesti ade sesuatu berlaku....

Suasana perhimpunan pagi di giat mara


Then cikgu Lah buat pengumuman:
"Assalamualaikum semua,hari ini akan diadakan majlis bacaan yassin dan tahlil di dewan Giat Mara,ini semua atas arahan pihak atasan Giat Mara dan telah diarahkan kepada semua Giat Mara seluruh Malaysia sempena ulang tahun penubuhan Giat Mara kali ke 46.Semoga dengan majlis ini,akan dilimpahkan keberkatan kepada pelatih-pelatih sepanjang menuntut ilmu di sini."
Oh....,birthday Giat Mara rupanya,patutlah.Selesai je perhimpunan semua pelatih bersiap sedia untuk pergi ke dewan bagi menjayakan majlis tersebut.Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.Bacaan Yassin diketuai oleh Cikgu Hafizul,cikgu elektronik juga tapi bukan yang mengajar kelas Im manakala bacaan tahlil pula diketuai oleh Faiz.

Selesai sahaja bacaan Yassin dan tahlil,Semua pelatih dan guru dihidangkan dengan  masakan bihun goreng dan air teh yang disediakan oleh pelatih senior giatmara sendiri sebagai santapan pagi.Alhamdulillah pada hari tu,keadaan bengkel sangat tenang dan ilmu elektronik yang diajar cikgu terasa mudah untuk Im terima.Mungkin inilah keberkatan yang diperoleh daripada bacaan yassin dan tahlil.


Im teringat satu peristiwa pada bulan lepas.Waktu tu Im dan keluarga kene pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebab adik bongsu Im,Nazril,ada temu janji dengan Doktor Pakar Ortopedik bagi menguruskan pembuatan kasut khas untuk dipakai Nazril bagi memulihkan kakinya kepada keadaan normal dalam jangka masa panjang.

Im dan keluarga bertolak pada pukul 1 pagi sebab waktu ni lah keadaan jalan raya lengang dan tiada kenderaan lain yang lalu-lalang bagi menjamin perjalanan yang lancar dan tidak sesak.Mak Im ambil giliran pertama untuk memandu.Im rasa mengantuk sangat.Im nak tidur.Im tidur sambil dengar mp3.Semua lagu dimainkan sehingga la bacaan quran.Im terjaga semasa pertengahan bacaan Surah Yassin.

Bila Im bangun,Im terdengar mak Im bertanya pada ayah Im yang sedang tidur,
"Abang,betul ke lorong ni?" 
Im rasa macam salah sebab mak masuk lorong kanan tapi entahla,Im malas nak bersuara.Ngantuk sangat.Tiba-tiba Im nampak lori yang sedang bergerak laju pada arah yang bertentangan."Piiinnnnnnnnnn!",Hon lori tersebut berbunyi panjang.Mak Im sempat mengelak dan ayah Im pon terjaga.Kalau tak sempat Im dah jadi arwah dah.Kereta kene rempuh dengan lori dari hadapan pada kelajuan yang tinggi.


Sangat menakutkan,Im bersyukur sebab Im dan keluarga masih hidup.Mak Im pon yang masih terkejut meminta ayah mengambil tempat dia untuk memandu.Ayah yang sudah cukup berehat pon memandu.Bacaan Yassin pada mp3 belum habis lagi.

Tak sampai 5 minit ayah memandu,tiba-tiba bonet hadapan kereta terbuka lalu menutup pemandangan hadapan.Dah la waktu tu kereta tengah dipandu laju.Nasib baik juga ia berlaku di jalan raya yang lurus dan tiada kenderaan lain di hadapan.Kalau di selekoh rasanya dah belanggar dengan penghadang jalan kalau ada kenderaan di hadapan mungkin dah berlanggar dah.

Ayah perlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan.Bacaan Surah Yassin pon tamat.Im rasa sangat bersyukur sebab Allah selamatkan kami sekeluarga daripada kemalangan dan masih lagi memberi nikmat kehidupan dan umur yang panjang supaya dapat kami memperbanyakkan amalan yang sedikit serta memohon kepada-Nya atas dosa-dosa yang lalu.Memang inilah peristiwa yang Im akan ingat sampai bila-bila.

Bercakap tentang Surah Yassin,ramai yang sudah tahu mengenai kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran yang merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya di kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yangmenghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”


Im nak kongsi antara keberkatan surah Yassin yang Im jumpa di Note Facebook kawan sekolah Im,


KERBERKATAN SURAH YASIN (DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang.

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri 

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. 

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak. 

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. 

Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. 

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). 

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll. 

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur. 

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. 

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula. 

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak. 

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup. 

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t. 

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua - Hancur Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya. 

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective) 

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt. 

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini. 

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." 

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat. Wallahualam. 
1. Selepas sembahyang subuh 
2. 3 Jumaat berturut-turut 
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 
4. Ayat 38 - 12x 
5. Ayat 58 - 7x 
6. Ayat 82 - 14x 
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam.


~Note Tamat~
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)  
Kalau tak mampu dan paling ringan pun adalah mendengar bacaan yassin pakai mp3.Dengar lagu-lagu pun carilah masa mendengar bacaan al-quran.Tapi itu tak bermakna kita tak perlu membaca al-quran.Jangan salah faham,bergantung kepada keadaan dan kelapangan masa kita.Buat semampu dan semaksima boleh.

Macam keadaan Im dalam kereta pada pagi-pagi buta,tengah gelap,dalam perjalanan ke KL,nak baca pon tak nampak jadi sambil-sambil nak tidur tu apa salahnya daripada mainkan lagu-agu lebih baik mendengar bacaan Surah-surah Al-Quran sekali-sekala kan? Tengah duduk rehat-rehat tak buat apa,ada mp3,dah puas dengar lagu jiwang,english,JPOP,KPOP,dengarlah pula bacaan al-quran.

Sambil-sambil dengar tu boleh la hafal sama.Baru la tenang sikit hati tu.Tapi bile dah dengar tu jangan la pulak tinggalkan pembacaan Surat Cinta Allah tu,Al-Quran,kene la baca sama.Jangan menganggap sekadar mendengar itu sudah cukup,kene baca sekali.Ambik wudhu' pergi ambil al-quran then baca.Selesai baca,nak rehat-rehat pasang la pula mp3 quran.Ha,macam tu la.


Mendengar mp3 quran ni sekadar selingan sahaja dan yang paling utama adalah pembacaan dan kekerapan kita membaca Kalamullah.Amalkanlah pembacaan Surah Yassin pada setiap waktu selepas Maghrib terutama pada malam Jumaat sebab malam itu adalah malam yang mulia dan digalakkan untuk membaca Surah Yassin ni.
Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”
Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
Kebanyakan remaja termasuk Im sendiri (dulu-dulu la kot) mesti mengeluh kalau ada pegumuman pembacaan Yassin di mana-mana sahaja seperti di masjid,surau,dewan,kelas dan tempat-tempat berkumpul yang lain.Ye la kan,surahnya panjang,mengantuk,malas,dan macam-macam alasan.Tapi kalau ada pengumuman konsert atau bersukan,bukan main lagi seronok dan aktifnya.Suruh baca Yassin malas tapi buat bende lain rajin pulak.

Oleh itu mulai sekarang,rajinkalah diri ni membaca Surah Yassin sebab terbanyak banyak kelebihan yang diperoleh bagi sesiapa mengamalkannya.Mengamalkannya dan bukannya hanya sekadar membaca.Peluang untuk mendapat kelebihan itu sangatla kurang jika dibaca macam hanya sebulan sekali je.Amalkan dan rajinkan diri walaupon terasa tak suka.Insyaallah lama-lama akan terbit perasaan suka terhadap bacaan Yassin.
"To get what you love, you must first be patient with what you hate."
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

~✿..Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
~✿.. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
~✿.. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
~✿.. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
~✿.. Jika terpenjara akan dibebaskan.
~✿.. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
~✿.. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
~✿.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
~✿.. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
~✿.. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Dengar ni,tak jemu Im dengar~~~










Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>