Jom La ikut....

Monday, 12 March 2012

Nice Gotong-Royong~~

Assalamualaikum,

Sibuk,sibuk dan sibuk tapi sempat jugak Im update post baru.Im mintak maaf kalau kebelakangan ni post Im dah macam kurang menarik.Im tengah usahakan nak post sesuatu yang lebih menarik pada masa akan datang insyaallah.Post kali ni banyak mengenai kisah hidup Im je.

Pada 8 Mac yang lepas,hari Khamis,Giatmara Parit Sri Iskandar telah menganjurkan program gotong-royong di surau Kampung Tua Lambor Kanan.Pelatih-pelatih daripada kursus elektronik sudah berpakat hendak mengadakan konvoi beramai-ramai ke surau Kampung Tua tu dengan menaiki motor masing-masing.Alhamdulillah permohonan untuk mengadakan konvoi tu telah diluluskan oleh pihak pengurusan Giatmara.

Sebelum bertolak ke sana,semua pelatih kene berkumpul di hadapan pejabat giatmara pada pukul 8.30 pagi tapi Im tak tahu pun perkara tu.Semua pelatih dah berkumpul pada pukul 7.30 tapi waktu tu Im baru je nak bertolak ke giatmara dengan menaiki motor.(Dah pass JPJ Test,hehe)


Pelatih-pelatih berkumpul sebelum konvoi bermula.

Im ingatkan tak kisah pun nak pergi pukul berapa asalkan 8.30 pagi dah ada kat hadapan pejabat giatmara tu tapi rupa-rupanya pelatih-pelatih tetap kene menghadiri perhimpunan pagi macam biasa pada pukul 7.45 pagi.Im ambil jalan belakang supaya kawan-kawan yang lain tak perasan yang Im datang lewat.(Malu Beb!)

Im tengok kawan-kawan sudah siap berkumpul.Motor-motor kawan-kawan pon sudah diparkir di hadapan pejabat sebagai persediaan konvoi.Terdapat juga kereta dan motor peronda polis trafik yang ditugaskan oleh pihak pengurus untuk mengawal lalu lintas dan melancarkan perjalanan konvoi.Im pergi mendekati sekumpulan kawan yang sedang berborak-borak secara senyap-senyap.Sama ada mereka tak sedar Im datang lewat atau mereka tak kisah Im ni ada atau pon tidak. =.='

Jam saudah menunjukkan pukul 8.30 pagi.Pengurus meminta pasukan konvoi untuk bersiap sedia dengan motor masing-masing.Kami bergerak sebaik sahaja polis trafik di hadapan mula bergerak.Im berada di barisan paling belakang sebab Im lah yang terakhir memarkir motor.Perjalanan konvoi ke Kampung Tua ni memakan masa lebih kurang 20 minit.Alhamdulillah kami sampai ke destinasi isitu surau Kampung Tua tanpa berlakunya sebarang kemalangan.

Sebenarnya surau tu dah lama tak dikemaskini baik bahagian luar mahupun bahagian dalam.Bagaikan sudah lama terbiar.Antara perkara yang perlu dilakukan ialah membersihkan tandas dan tempat wudhu',mengecat sebahagian dinding surau,membersihkan kaki lima surau,membaiki sistem perpaipan surau,mencuci tingkap surau,mengelap kipas surau,mengemas al-quran juga menyelenggara Public Adress System (PA System) surau.

Membersihkan tempat Wudhu' bersama kawan-kawan.
Cikgu yang bertugas mula memberikan tugas kepada kami.Im membersihkan tempat wudhu' juga tandas surau serta mencuci tingkap surau.Pada pukul 10 pagi,kami disediakan dengan sarapan pagi berupa mee goreng dan karipap yang diletakkan di dalam bekas polisterin.Kami turut diberikan jus oren ais yang menyegarkan.Selesai sarapan kami sambung semula kerja sehinggalah siap pada waktu tengah hari dalam pukul 12.30,alhamdulillah semua kerja mengemaskini surau selesai.

Makanan tengah hari disediakan bersama dengan jus oren.Selepas makan tengah hari,kami mengerjakan solat zohor secara berjemaah di surau Kampung Tua bagi menghidupkan semula fungsi surau tersebut.Selesai sahaja solat zohor,pengurus giatmara meminta kami semua bergerak ke dewan serbaguna Kampung Tua yang terletak berhampiran sahaja dengan surau bagi membantu penduduk kampung mengemas dewan tersebut.
Inilah dia surau Kampung Tua yang hampir siap dibersihkan dan dikemaskini.
Kami diberitahu yang esok hari akan diadakan Majlis Penutup Program Latihan 1Malaysia - GIATMARA yang berlangsung pada 4 Mac hinggalah 8 Mac di dewan serbaguna Kampung Tua tu.Antara kursus latihan yang diadakan ialah kursus simen fero,pendawaian elektrik,seni jahitan fabrik dan sulaman manik.Kami membantu mencuci pintu kaca sekeliling dewan,memasang PA system serta menyusun kerusi dan meja.

Sebagai ucapan terima kasih atas bantuan yang kami sumbangkan dalam bergotong-royong mengemas surau dan dewan,cikgu telah membelanja kami makan pisang goreng dan roti boom berjumlah RM10.Harga yang sangat mencukupi bagi kami yang berjumlah 20 orang pelatih termasuk Im.Walaupun penat tapi kami rasa puas ditambah lagi dapat makan pisang gireng dan roti boom secara beramai-ramai di satu meja makan.Kami berborak-borak dan bergelak tawa bersama lalu secara tidak langsung merapatkan lagi tali silaturahim antara Im dan kawan-kawan.


Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan niat yang materialistik dan individualistik ini, kita sepatutnya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan  gotong-royong merupakan suatu tradisi Melayu yang telah diperturunkan daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela.Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong.Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.(Macam pendahuluan karangan SPM je)

Antara manfaat gotong-royong kepada masyarakat ialah,
~✿..Menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan, menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga.
~✿.. Mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat ,saling bekerjasama, percaya-mempercayai.
~✿.. Merapatkan jurang perbezaan dalam masyarakat, contohnya antara golongan kaya dengan yang miskin, golongan pegawai dengan buruh kasar dan lain-lain
~✿.. Mewujudkan keadaan yang harmoni dan selamat di sesebuah kawasan kejiranan
~✿.. Membantu mencegah kejadian jenayah di sesebuah kawasan petempatan
~✿.. Mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan
~✿.. Membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat


Islam menganjurkan kita untuk bergotong-royong atau tolong-menolong, bantu-membantu sesama kita. Daripada perbuatan menolong orang ini pun kita akan beroleh banyak manfaat darinya. Tolong-menolong itu merupakan satu sifat mahmudah. Allah memerintahkan kita untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan tolong-menolong adalah sebahagian daripada amal kebaikan. Jadi perbanyakkanlah menolong orang-orang yang memerlukan.
Allah berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat 7
Maksudnya: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."
Amalan bergotong-royong dan tolong-menolong ni dapat kita lihat dalam Sirah baginda Muhammad SAW ketika Perang Khandak dan ketika baginda sampai ke kota Madinah dalam peristiwa Hijrah.Rasulullah saw terlibat bersama-sama sahabat menggali parit sebagai strategi peperangan menentang kaum musyrikin Makkah.
Menurut al-Barra’ bin ‘Azib ra: “Aku melihat saw mengalihkan tanah parit sampai aku melihat debu saya pada perutnya dan di kebanyakan rambutnya. Lalu aku mendengar nabi mendendangkan syair kepada Ibn Rawaahah sambil mengalihkan tanah, katanya, saw (bermaksud):
~✿..  Ya Allah, jika tidak kerana Engkau tentulah kami tidak memperolehi petunjuk, tidak bersedekah dan tidak menunaikan solat
~✿..  Lalu Engkau telah turunkan ketenangan kepada kami dan meneguhkan kaki-kaki kami semasa berhadapan dengan kesulitan
~✿..  Sesungguhnya orang-orang yang sombong telah memberontak terhadap kami, dan seandainya mereka ingin mendatangkan fitnah (kesusahan) maka kami tetap tidak akan memperdulikannya”.
~✿..  Dia berkata: Kemudian baginda menguatkan suaranya hingga akhir.

Rasulullah saw tidak sombong pada teman-temannya, malahan saling tolong-menolong dengan mereka pada saat-saat yang genting dan urusan-urusan yang sukar.Langkah pertama yang dilakukan oleh Nabi saw setelah penghijrahan adalah mendirikan Masjid Nabawi, iaitu di tempat yang berkat di mana unta nabi berhenti maka nabi memerintahkan dibangunkan masjid ini.

Baginda membeli tapak dengan harga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail yang berukuran 3 x 30 m. Baginda sendiri memberikan sumbangan dalam membinanya. Baginda sendiri yang memindahkan susu dan batu serta membina tiang masjid yang diperbuat daripada pohon kurma sambil mendendangkan syair (bermaksud):
“Ya Allah, tiada kehidupan (yang sempurna) melainkan kehidupan akhirat, justeru ampunilah golongan Ansar dan golongan Muhajirin”.

Walaupun baginda Muhammad merupakan seorang pemimpin tetapi baginda tetap menghulurkan tangan dan bantuan dalam menggali parit serta membina masjid bersama-sama dengan para sahabat.Sifat baginda yang suka menghulurkan bantuan ini patut kita contohi sebagai Umatnya.

Kita tolong orang ke arah kebaikan,jangan pula kita tolong orang melakukan kejahatan seperti tolong cover line kawan-kawan nak berdating,tolong kawan mencuri duit,tolong bagi surat cinta untuk minta kapel dan lain-lain pertolongan yang ke arah kejahatan dan kemaksiatan.
‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)
Berhubung dari ayat yang diambil daripada Surah Al-Maidah ayat 2 itu,dapat ditunjukkan bahawa Allah menyuruh kita untuk menolong melakukan perkara-perkara kebaikan dan mahmudah serta Allah melarang kita daripada terlibat dengan menolong melakukan perkara-perkara maksiat dan mazmumah.Maka wajib bagi kita untuk menghindari perkara yang mendatangkan kemungkaran Allah.

Amalkan
~✿.. Membantu kawan bertaubat.
~✿.. Memberi bantuan kewangan kepada kawan yang memerlukannya bagi tujuan baik.
~✿.. Menegur kawan yang melakukan kesalahan.
~✿.. Membimbing kawan melakukan kebaikan.
~✿.. Bergotong-royong membersihkan sesuatu kawasan yang baik seperti surau,dewan dan perumahan.
~✿.. Mengajak kawan melakukan perkara-perkara mahmudah.

Elakkan
~✿.. Membantu kawan meneruskan maksiat
~✿.. Menyumbangkan wang kepada kawan yang mahu melakukan maksiat.
~✿.. Menyanjung kesalahan yang kawan lakukan.
~✿.. Memberi kawan tips-tips berdating dan bermaksiat
~✿.. Bersama-sama mengemaskini kawasan maksiat seperti disko dan rumah pelacuran.
~✿.. Mengajak kawan melakukan perkara mazmumah.
Amalkan amar makruf nahi mungkar,
bukannya amar munkar nahi makruf...
Selamat beramal!



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

2 comments:

wanabee said...

assalam ...bagusnya aktiviti macam ni ..siap bersihkan rumah Allah lagi . :)


secara tak langsung melalui gotong royong ni pun boleh beri kesedaran dan timbul rasa tanggungjawab .


bagus2 ..keep it up ..moga ramai lagi tenaga2 muda yang sukarela join aktiviti mcm ni .

Muhammad Naa'im said...

Insyaallah akak... :)
Suburkanlah semula amalan bergotong-royong yang hampir pupus di kalangan masyarakat ni....

>