Jom La ikut....

Thursday 8 March 2012

Alhamdulillah,syukur sangat-sangat!

Assalamualaikum~~~

Dah 5,eh bukan, 6 hari tak update blog.Post ni pon sepatutnya dah siap 3 hari yang lepas tetapi Im sibuk sangat jadi terpaksa stop suku,esoknya sambung sampai separuh then stop lagi sampai la siap malam ni akhirnya.

Alhamdulillah Im rasa bersyukur sangat sebab pada tanggal 5 Mac (kelmarin),Im dah lulus ujian JPJ motor dan kereta.Untuk motor Im dapat no. 1 sesi 1 manakala kereta pula no. 10 sesi 1.Kedua-duanya sesi 1,memang Im rasa cuak sangat.Im giliran yang first.Of course la cuak.3 hari sebelum ujian,Im kene pergi kelas memandu extra berturut-turut supaya Im mahir dalam ujian kereta dalam litar dan brek kecemasan bagi motor.(Dua-dua tu memang Im lemah)

Im ingatkan Im la yang first kene test motor meniti,nasib baik ada 3 orang yang kene buat ujian ulangan,boleh la  Im perhatikan dulu bagaimana mereka menjalani ujian.Sampai je giliran Im,nak meniti,semua mata tertumpu dekat Im.Cuak sungguh.Im just fokuskan mata ke hadapan.Abaikan orang sekeliling,abaikan juga JPJ yang tengah memerhati.Buat macam latihan.Fokus.

Selesai titi,selesai skittle,selesai juga brek kecemasan,alhamdulillah,selesai jugak hard parts.Lepas ni just pusingan 8,selekoh tajam dan jalan raya je.Selesai semua,alhamdulillah,motor sudah lulus.Then Im kene cepat-cepat buat test kereta untuk bahagian litar.First bukit,cuak sangat sebab waktu latihan,kalau jadi memang jadi,kalau hancur memang hancur sungguh.Hancur tu macam undur ke belakang takpon mati enjin.

Selesai bukit,alhamdulillah lulus.Seterusnya parking,lulus jugak dan bahagian akhir ujian litar,3 pointer,pon lulus walau Im mulanya memang sangat tak yakin sebab dalam latihan selalu je buat salah waktu 3 pointer.Lulus bahagian litar,baru ringan sikit beban ketakutan.Selepas ni jalan raya pula.Im dapat jalan A,jalan menuju ke Tesco seperti yang Im harapkan.Jalan kegemaran Im.Kebetulan pula kelmarinnya memang Im jalani kelas memandu melalui jalan A.Rezeki Im alhamdulillah Im lulus keseluruhan ujian JPJ.

Waktu jalan raya tu,Im buat 3 kesalahan so Im dapat 17/20 je,markah lulus 16/20,bahaya betul.Waktu Im dah masuk kereta,Im lupa nak betulkan cermin sisi kereta,dah satu kesalahan.Then Im tak lulus bab kesesuaian gear dan kelajuan serta Im juga lupa nak gunakan cermin pandang belakang dan sisi bila nak menukar lorong.JPJ just senyap dan hanya menanda borang ujian JPJ tu tanpa bersuara walau ada je pegawai-pegawai lain yang tertidur bila menilai ujian jalan raya.Tak kisah la semua tu janji Im dah lulus dengan agak cemerlang dan pantas (^_^).
Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Nikmat kejayaan yang Im peroleh pada hari itu tidak lain dan tidak bukan adalah pemberian Allah juga atas usaha yang telah Im lakukan.Beberapa hari sebelum JPJ test tu memang Im kerap berdoa agar segala urusan Im dipermudahkan,semoga usaha Im diberikan kejayaan dan seterusnya bertawakal kpada Allah serta redha atas ketentuannya jika gagal dan bersyukur atas kurniaan-Nya jika Im lulus.Semuanya berada pada kekuasaan Allah.Sesungguhnya rezeki itu juga datangnya daripada Allah.
Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Alhamdulillah bila kita sudah peroleh nikmat kejayaan dan lain-lain nikmat,hendaklah kita memanjatkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa dengan melaksanakan adab ketika menerima nikmat seperti yang kita belajar dalam subjek Pendidikan Islam,Bab Adab dan Akhlak Islamiah,"Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan" iaitu:

~✿.. Bersyukur apabila mendapat nikmat Allah SWT dengan bertahmid dan melakukan sujud syukur.
~✿.. Menggunakan nikmat yang dikurniakan pada jalan kebaikan.
~✿.. Sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan Nya.

Adab yang pertama dan kedua insyaallah ramai yang dapat lakukan tetapi adab yang ketiga tu, Sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan Nya " ramai yang tak buat malah diabaikan sahaja kerana,
"Manusia mudah lupa Allah apabila sudah senang dan manusia akan kembali ingat kepada Allah hanya apabila menerima kesusahan"
"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada-Nya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah.Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka."
suraH Azzumar ayat 8
Im teringat kisah seorang kawan Im sewaktu di sekolah.Dia ni just a simple person.Amal ibadat ala kadar je.Solat pon kadang-kadang kat surau,kadang-kadang tu solat kat dorm je malah gemar qada' solat.Macam pandang ringan terhadap soal Ibadah ni.

2 minggu sebelum Trial SPM SBP bermula,kawan Im ni dia berubah menjadi lebih baik terutama bab Ibadah.Dia dah rajin solat kat surau,jadi imam solat,banyak buat solat sunat hajat dan solat sunat rawatib,rajin baca al-quran.Memang satu perubahan yang mendadak dalam diri dia.Bila Im tanya apa yang buatkan dia berubah,dia cakap semoga Allah permudahkan urusan dia sewaktu menjawab soalan peperiksaan yang akan datang.Im rasa kagum la jugak.


Waktu dapat result trial tu,kawan Im rasa sangat gembira sebab result dia dapat capai target yang dikehendakinya.Im pon turut tumpang gembira tapi malangnya Im kembali sedih sebab segala amal ibadat yang dia buat sebelum exam sudah dia tinggalkan.Dia kembali dengan tabiat lama dia.Apabila dinasihat dia tutup telinga dan mencari pelbagai alasan.Bukan Im sorang je yang ada kawan seperti ini,Im yakin yang segelintir para pembaca juga pasti pernah menghadapi perkara sebegini.

Itulah manusia sekarang,bila susah baru nak capai sejadah,baru nak pegang Al-Quran,bila dah senang sudah lupa Allah,sudah tinggal semua amal ibadat.Ada di antara kita yang bila nak dekat exam,ada JPJ Test,hutang keliling pinggang,ditimpa musibah baru nak berdoa banyak-banyak,baru nak rajinkan diri ke masjid,baru nak merangkak baca Al-Quran,buat solat hajat,solat taubat.

Padahal sebelum ni nak tengok mereka solat Fardhu pon payah.Tapi tak mustahil la kalau mereka ni beribadah waktu kita sedang tidur.Harapnya macam tu,bersangka baik je lah.Tapi kalau dia tak buat pon ibadah tu waktu kita tidur,nauzubillah.Mereka ni tak rasa bersalahkah kepada Allah? Diibaratkan mereka ni hanya nampak Allah bila mereka susah je.Waktu dah senang perkataan "Allah" tu dah lenyap daripada pemikiran mereka.


Tak salah pon kalau mereka nak berubah daripada jarang solat,tak sentuh al-Quran,kurang berzikir dan segala perkara larangan kepada perkara suruhan dengan rajin melakukan solat sunat,sering membaca Al-Quran,sentiasa berzikir.Itulah perkara yang sangat baik kerana mereka kembali kepada-Nya.Semoga sesiapa yang berubah tu tolongla istiqamah dengan perubahan tersebut sehingga ajal menjemput.Jangan pula bila kesenangan dikecapi,kekufuran diri pula kembali.
“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’am: 17)
Mereka lupa Allah.Mereka tak sedar bahawa nikmat kejayaan lulus peperiksaan awam,lulus JPJ Test,Dapat duit derma,masalah yang dapat diselesaikan itu adalah pemberian dan kurniaan Allah.Bila susah pujuk rayu tapi bila senang Amal Ibadat buat tak tahu.Sedangkan waktu ditimpa musibah pon,Allah tetap memberikan nikmat oksigen untuk kita bernafas,nikmat akal untuk kita berfikir mencari penyelesaian masalah tapi mereka tetap tidak menunjukkan ciri-ciri hamba yang bersyukur.
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. (16) (Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam) dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.” (Surah Al-Jinn: Ayat 16-17)
Mengapa cepat sekali hati berubah? Sekejap ingat sekejap lupa, iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang dipakai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Antara cara ringkas bersyukur,

Bersyukur dengan hati
~✿.. Mengeluarkan kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati.
~✿.. Beriktikad bahawa Allah sahaja yang berkuasa memberi kejayaan dalam kehidupan.
~✿.. Bersifat sabar dan redha terhadap musibah yang ditimpa.
~✿.. Sentiasa mengingati Allah dalam segala  perbuatan.
~✿.. Tawadhu' dan merendah diri terhadap kekuasaan-Nya.
~✿.. Menjadikan keredhaan-Nya sebagai matlamat hidup yang utama.

Bersyukur dengan lidah
~✿.. Bertasbih,berzikir,bertakbir dan bertahmid.
~✿.. Tidak berbohong,memfitnah dan mengumpat.
~✿.. Tidak makan dan minum sesuatu yang haram.
~✿.. Basahi lidah dengan membaca Al-Quran.

Bersyukur dengan anggota
~✿.. Rajin mengerjakan ibadat fardhu dan sunat.
~✿.. Menjauhi larangan Allah.
~✿.. Melaksanakan suruhan Allah.
~✿.. Menggunakan nikmat yang dikurniakan ke arah kebaikan.


Bagi sesiapa yang sudah seronok dengan nikmat kejayaan sehingga lupa kepada Allah tu jangan pula nak salahkan Allah jika ditimpa pelbagai musibah bila sudah bekerjaya nanti.Jangan nak merungut kenapa Allah tak kabulkan permintaan walau dah berdoa dan beramal ibadat yang macam-macam.Semuanya adalah berpunca daripada diri sendiri kerana pernah melupakan Allah.Anggaplah musibah yang diterima itu sebagai balasan yang setimpal dengan kesilapan lalu.

Oleh itu,
Ingatlah Allah selalu,
Tidak kira di kala suka mahupun pilu
 Kenanglah Allah sentiasa,
Tidak kira di kala susah mahupun senang.

Bertahun-tahun kulalui bersama belahan jiwa
Banyak senyum dan air mata
Hidup terasa lengkap ditengah canda dan riang
Ke empat buat cinta kita….

Apa yang harus kusesali…..?
Apa yang harus tak kusyukuri…..?
Berlimpah nikmat telah kudapati
Mengapa aku kadang masih tak berpuas diri

Maafkan, ampuni aku ya Rabbi…
Usahaku tuk mencapai RedhoMu belum sebanding dengan nikmatMu
Jauh dilubuk hati masih ada ruang hampa
Yang merindukan setitis cinta suciMu untuk diriku

Tunjukkan kasih dan sayangmMu ya Rabbi…..
Izinkan syukur ini menggetarkan pembuluh pembuluh darahku
Aku rindu ya Rabbi…… aku rindu….

Air mata selalu ada jika kuingat dosaku
Namun egoku pun selalu muncul saat bahagia menghampiriku
Setan berkuasa sudah jika aku terlupa mengingatmu….

Kumohon jangan pernah tingggalkanku
Sekali lagi pintaku terimalah taubat sebelum datang maut.
Berilah rahmat saat datang maut,
Dan ampunan setelah datang maut……. Amin …..

layan nasyid ni.... santai~~








Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>