Jom La ikut....

Monday 19 March 2012

Redha dan Pasrah (-_-")

Assalamualaikum,

Pagi semalam ke bengkel giatmara seperti biasa setelah seminggu berehat di rumah dan di kampung.Selesai perhimpunan,naik ke bengkel,tiba-tiba kawan tepuk bahu,
"Dah ready ke nak ambik result Rabu ni?
Hari Rabu,21 March 2012,penentu segala penat lelah belajar dan menuntut ilmu di alam persekolahan sejak umur 5 tahun hinggalah 17 tahun.Im macam tak percaya yang result SPM akan keluar pada esok hari,terasa masa berlalu dengan begitu pantas.Boleh kata seharian di bengkel asyik bersembang pasal ambik result je.

"Betul ke result Rabu ni?"
"Wei,hang ambik result naik ape? kereta ke naik motor je?"
"Mak ayah hang follow tak? Hang tak cuak ke?
"Tak sabar nak ambik result,rindu pada kawan-kawan"



Macam-macam perasaan ada.Gembira,sedih,takut,excited,berdebar-debar dup dap dup dap.Im pon rasa malah perasaan itu bercampur-baur.Im rasa gembira sebab dapat jumpa kawan-kawan dan dapat keputusan yang bakal menggembirakan mak ayah insyaallah.Im rasa sedih sebab menyesal tidak mengulangkaji pelajaran dengan lebih serius malah terdapat beberapa soalan SPM yang Im tak dapat jawab dengan sempurna.

Excited dan berdebar-debar kerana result ini amat bermakna buat diri Im dan keluarga terutama ibu Im sebab 21 March merupakan hari lahir ibu Im! Jadi Im harap dapat yang terbaik iaitu straight As sebagai hadiah hari lahir terbaik buat ibu Im.Walau apa pon Im redha dan pasrah dengan apa jua keputusan yang Im dapat pada hari Rabu ni.

Mak dan ayah Im :)
Terdapat juga kawa Im yang sudah jadi semakin kurus (dia yang mengaku) sebab hilang selera makan bahana hari keputusan yang semakin hampir.Terdapat juga kawan yang semakin banyak makan kerana hendak menghilangkan rasa takut dan berdebar-debar yang hampir menghantui diri.Sebanarnya kita tidak perlu berasa takut sehingga melakukan perkara yang memudaratkan diri kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Kita kena yakin yang segala apa ketentuan Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya.Baik berjaya ataupon gagal,Allah telah sediakan jalan yang terbaik buat kita jika kita benar-benar bertawakal kepada-Nya.Setelah penat berusaha,study habis-habisan dan buat revision sekerap mungkin,buat solat sunat Hajat dan bacaan Yassin,memohon kepada Allah agar diberikan keputusan yang baik dan akhirnya kita beserah kepada Allah.Biar Allah yang tentukan.
"We'll do our best then Allah will do the rest"
Im nak mengajak kepada semua calon-calon SPM 2011 untuk mengadakan bacaan Yassin pada malam sebelum kita semua hendak ke sekolah masing-masing untuk menerima keputusan SPM.Bertempat di tempat Ibadah masing-masing sama ada di rumah ataupun masjid,serentak dibaca insyaallah sewaktu lepas solat Maghrib dalam pukul 8 malam.

Biar tidak sama tempat,biar tidak bersua muka asalkan serentak di hati dan bersua dalam doa. 
Im juga mencadangkan agar Im dan calon-calon yang lain untuk melakukan perkara-perkara di bawah sebagai persediaan sebelum hendak mengambil result.

~✿..Selepas mendirikan solat maghrib,dirikanlah solat sunat taubat dan solat sunat hajat agar dipermudahkan urusan ketika hendak mengambil keputusan.Berdoalah agar kite mendapat result yang kita inginkan.

~✿..Selesai sahaja bacaan Yassin,bacalah Surah Al-Ikhlas (7X),Surah Al-Falaq (3X), Surah An-Nas (3X) dan seterusnya Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Doa Yassin.Pasangkan doa di hati agar semuanya baik-baik sahaja.

~✿..Malam itu tidur awal (agak mustahil) supaya boleh bangun malam untuk melakukan qiamulail,dirikan solat tahajjud,solat hajat,solat taubat dan mengalunkan bacaan Surah Al-Waqiah.

~✿..Ketika hendak bersiap-siap,pakailah pakaian yang sopan dan bersih supaya diri ini lebih berkeyakinan untuk menghadapi segala kemungkinan insyaallah.

~✿..Masuk kenderaan dengan kaki kanan then sepanjang perjalanan tu berselawat dan berzikirlah supaya hati yang resah gundah gulana ini menjadi tenang dan kuat untuk menghadapi kejutan.

~✿..Sebelum tiba di sekolah,pastikan perut ini sudah diisi dengan makanan agar tubuh badan ini dibekalkan tenanga untuk kita beratur panjang dan berjalan-jalan sekitar sekolah bagi menghilangkan gementar.Dengan makan juga dapat mengelakkan kita daripada jatuh pengsan akibat cuak sangat.

~✿..Pastikan datang awal ke sekolah macam pukul 8 pagi dah terpacak di pintu pagar sekolah.So,dalam masa 2 jam sebelum result diserahkan,kita dapat bersembang-sembang dan bertukar cerita dengan kawan-kawan sebagai penenang jiwa.

~✿..Jangan terlalu yakin dan jangan pula terlalu takut supaya dapat membantu kita untuk menerima segala ketentuan-Nya.

~✿..Sampai sahaja di sekolah tu tak perlulah kelam-kabut duduk dalam dewan sekolah untuk menunggu result.Sebaliknya pergilah jalan-jalan sekitar sekolah,berjumpa dengan guru-guru juga dengan junior-junior,minta didoakan agar dipermudahkan urusan.

~✿..Yang berjaya tu pastikan ucapan tahmid "Alhamdulillah" itu keluar dari mulut diikuti dengan rasa penuh kesyukuran bersama dengan tangisan kegembiraan jika terlalu gembira.

~✿..Bagi yang tidak berjaya pula,bersyukurlah kerana dapat mengakhiri zaman persekolahan dengan selamat menduduki SPM serta selamat menerima keputusan.Tidak perlu rasa sedih yang melampau kerana walaupun gagal,tidak bererti gagal selamanya.Allah akan berikan jalan yang lebih baik jika hubungan dengan Allah itu kekal baik.

Kepada kawan-kawan SERATAS Im serta calon-calon SPM 2011 yang lain,semoga selamat tiba di sekolah dan semoga menerima keputusan dengan hati yang terbuka.Walau apa pun bersyukurlah kepada-Nya.Jumpa korang semua pada hari RABU ni! :)

Semoga dapat berjumpa!
Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Rahman,
Engkau berikanlah kami keputusan yang cemerlang kepadaku serta rakan-rakanku,
Jadikanlah ibu bapa kami,guru-guru kami serta pihak sekolah agar berpuas hati dengan keputusan ini,
Permudahkanlah urusan kami,
Selamatkan perjalanan kami,
Bukakanlah pintu hati kami,
Untuk menerima segala ketentuan Illahi.

Ya Allah Ya Karim,
Engkau jadikanlah hati kami kuat dan kental dalam menerima apa jua keputusan pada hari Rabu ini,
Berikanlah ketenangan kepada kami,
Jauhilah kegelisahan daripada kami,
Lindungilah diri kami daripada sifat bongkak dan takbur jika menerima kejayaan,
Jadikanlah kami bersyukur ke atas kurniaan-Mu,
Lindungilah juga diri kami daripada kekecewaan jika menerima kegagalan,
Singkatkanlah kekecewaan itu dan kurniakanlah kami jalan yang lebih baik.

Ya Allah Ya Wadud,
Sesungguhnya kami tidak pasti akan rencana-Mu Illahi,
Adakah kecemerlangan atau kegagalan akan kami miliki,
Sesungguhnya kami ini redha di atas segala ketentuan-Mu,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui akan jalan yang terbaik buat kami,
Oleh itu,makbulkanlah doa kami ini,
Amin Ya Rabbal A'lamin,

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

3 comments:

Maryam Ahmad said...

Assalamu'alaikum. May Allah belss you for the result. InsyaAllah. Sekadar bertanya, kalau akak tak salah, gambar tu..ustazah akak di sekolah agama rakyat Riadhussolihin,Taman Maju dulu, ustazah Bedah. Jika salah, kak mohon maaf.

miss maryam said...

asiff..
*bless

Muhammad Naa'im said...

Hehe syukran ya.... yup2,memang ustzah Bedah,mak saya....

>