Jom La ikut....

Monday 26 March 2012

Syukur dengan Kejayaan,Redha dengan Kegagalan

Assalamualaikum,

Post yang sepatunya siap lebih awal tetapi tergendala kerana masalah kesihatan Im.Sakit kepala dan pening-pening.Im pergi hospital petang tadi  dan doktor mengesahkan bahawa Im menghidap penyakit Sinus di mana rongga udara di bahagian kepala Im yang tersumbat disebabkan oleh resdung dan jangkitan.Doktor juga memberi nasihat agar Im jangan terlalu banyak berfikir serta Im kene banyakkan berehat.Bilik kaunseling kene ditutup buat sementara waktu.Online FB pon dah jarang apatah lagi twitting di tweeter.Sekarang baru siap post,teruskan membaca ya.

5 hari yang lepas,hari yang penuh mendebarkan,Im bangun Subuh then terus bersiap-sedia dengan family untuk bertolak ke SERATAS.Im masih rasa mengantuk sebab semalam tak dapat tidur dengan lena.Ye la,dah cuak sangat,memang rasa tak senang nak tidur.Perjalanan ke Taiping ni dah la lama.Ambil masa 3 ke 4 jam untuk sampai ke sekolah.

Taman tasek Taiping yang menyimpan memori pahit dan manis

Baru 5 minit dalam kereta,jantung dah berdegup kencang,mak ayah pula hanya membisu seribu bahasa.Masing-masing takut dan berdebar-debar.Im hanya mampu berzikir di dalam hati sampai tertidur pada pertengahan perjalanan.Bila bangun je alhamdulillah rasa takut tu dah berkurang sedikit walau Im sudah sampai di Taiping.

Sudah berapa lama entah Im tak jejak kaki ke Taiping.Rindu nak pergi outing dengan kawan-kawan,memori lama sudah mula bermain di depan mata.Rasa tenang je hati bila teringat semula kenangan lama.Lamunan Im terhenti apabila pengawal keselamatan sekolah meminta Im keluar kereta untuk menulis nama di buku catatan pelajar di pondok pengawal.

Selesai sahaja urusan,ayah teruskan memandu sampai ke surau sekolah.Im tengok keadaan kawasan sekolah tak banyak berubah.Banyak kereta yang diparkir menandakan sudah ramai kawan-kawan yang sudah lama sampai di sekolah.Ada yang berada di dewan,di surau,di padang dan kawasan blk-blok akademik.Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan keputusan boleh diambil pada pukul 11 pagi.

Dalam masa setengah jam tu Im tenangkan diri dengan bersiar-siar di kawasan sekolah,berjumpa dengan kawan-kawan sama ada mereka suka ataupon tidak,berjumpa dengan junior dan cikgu-cikgu sekolah.Pada jam 11 pagi,Im jejakkan kaki ke dalam dewan,rasa seram sejuk menerpa diri.Im tengok sudah ada yang duduk di hadapan guru kelas masing-masing untuk menerima slip keputusan.

Im dan kawan-kawan di tepi dewan
Im takut nak ambil tapi mak ayah Im suruh Im ambil secepat mungkin.Apabila kawan sekelas Im dah selesai ambil,mak ayah dan kawan-kawan suruh Im duduk depan cikgu untk mengambil slip.Nak ke tak akhirnya Im kene duduk juga nanti,baik Im duduk dan ambil sekarang.Im duduk.Buat-buat rileks padahal jantung ni macam nak luruh dah.

Sampul sijil sekolah diambil lalu diperiksa cikgu,slip peperiksaan dikeluarkan.Alhamdulillah,3A+,3A dan 4A-.Hadiah hari lahir yang terbaik untuk ibu Im.Seramai 23 orang pelajar yang mendapat straight A.Walaupun Im berasa seronok tetapi perasaan ini tak lama sebab Im rasa sedih apabila melihat kawan-kawan Im yang tidak dapat menerima keputusan yang diterima oleh mereka.

Ada yang menangis kecewa dan ketakutan.Ada yang boleh menerima dan ada yang tidak.Im tidak sempat untuk berjumpa dengan semua kawan sekolah.Terdapat juga yang berasa gembira kesyukuran kerana mendapat keputusan yang bagi mereka adalah yang terbaik walau tidak mencapai straight A.Malah ada juga yang telah hilang semangat serta berasa kosong setelah gagal untuk memncapai target untuk keputusan SPM.

Bagi yang mendapat straight A dan keputusan yang cemerlang,Im ucapkan tahniah dan semoga dengan kejayaan ini dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri,masa hadapan dan orang-orang lain.Jangan la pula kita berasa bongkak dan takbur atas kejayaan itu sehinggakan kita lupa daratan lalu terjerumus ke lembah maksiat.Terdapat segelintir pelajar yang meraikan kejayaan tiu dengan berfoya-foya melampaui batas pergaulan serta melakukan pembaziran.

Kawan-kawan yang mendapat straight A,Alhamdulillah.
Kejayaan itu bukan sahaja nikmat malah ujian,Allah nak lihat sejauh mana kita memanjatkan rasa syukur kepada-Nya atas nikmat kejayaan yang Dia berikan.Jikalau hubungan kita dengan Allah baik insyaallah kita akan gunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya seperti meneruskan pencarian ilmu lalu mencari kerjaya yang halal.Sebaliknya pula akan menyebabkan timbulnya rasa bongkak dan sombong atas kejayaan itu lalu akhirnya dibenci oleh masyarakat.Semoga kita dijauhkan Allah daripada sifat itu.Janganlah kita lupa daratan hanya disebabkan kejayaan yang hanya sebagai permulaan hidup di dunia kedewasaan.

Sebagai umat islam,perkara yang paling utama untuk dilakukan apabila menerima kejayaan adalah dengan memanjatkan rasa kesyukuran hanya kepada-Nya.Tentang cara-cara bersyukur pembaca boleh membaca post di sini.Kali ni Im nak sentuh tentang kegagalan.Sebagai manusia,kita memang takkan terlepas daripada
menghadapi kegagalan seperti gagal membanggakan ibu bapa terhadap keputusan SPM.

Ada yang anggap gagal ni adalah penangguhan sesuatu kejayaan malah ada juga yang menganggap gagal ini adalah jalan menuju lorong kegelapan.Apabila menghadapi kegagalan,memang normal kita berasa kegelapan menerpa diri,perasaan takut,sedih dan hampa menyerbu perasaan.Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Im menumpang simpati terhadap mereka yang gagal dan Im tahu memang sukar sungguh untuk menerima kegagalan itu.Sukar kerana telah menghampakan orang-orang sekelilingnya terutama ibu bapa.

Memang sukar untuk menerima tambah-tambah kepada mereka yang telah belajar bersungguh-sungguh,banyak melakukan latih-tubi,melakukan persiapan rohani dengan bersolat sunat dan memohon doa,mendapat keputusan yang baik ketika Trial-SPM tetapi apabila keluiar keputusan SPM,tidak seperti yang dihajati.Bukan sahaja kepada yang gagal SPM,gagal dalam ujian memandu,gagal dalam berkerjaya dan sebagainya,Mereka dan diri Im serta pembaca sepatutnya mendidik diri ini agar bertawakal dan redha dengan keputusan-Nya setelah berusaha.
“..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAh mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – al Baqarah : 216
Kegagalan is not a bad thing actually.Kadang-kadang manusia ni Allah turunkan kegagalan bukan untuk menggagalkan hamba-Nya tetapi untuk menguji ketabahan hamba-Nya.
Menghadapi kegagalan lalu berputus asa, anda sebenarnya zalim terhadap diri sendiri!
Bila disapa kegagalan, anda sebenarnya tidak gagal. Malah sebenarnya anda mendapat perhatian lebih daripada ALLAh SWT. Masa inilah, mungkin ALLAh SWT mahu melihat bagaimana anda sebagai seorang hamba menjalankan peranan.
~Blog Cinta Ilahi~

SPM bukan penetu hidup dan mati serta penentu syurga neraka.Gagal dua atau tiga kali tidak semestinya gagal selama-lamanya.Dengan kegagalan juga,kita akan mendidik diri kita untuk menjadi lebih baik.Sebenarnya Allah telah sediakan kita jalan menuju ke arah kejayaan yang lebih baik,bukan melalui kejayaan SPM tetapi melalui jalan yang lain.Gagal pada hari ini tidak membayangkan kegagalan hari esok.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan jalan yang terbaik buat diri kita.Jadi janganlah berputus asa akan mempercayai jalan yang disediakan Allah.

Kejayaan atau kegagalan bukanlah perkara yang menjamin masa depan kita seratus pertus tetapi usaha kita apabila peroleh kejayaan dan menerima kegagalan tersebut.Jalan kejayaan bagi masa depan apabila gagal SPM dapat kita capai apabila kita meneruskan usaha untuk sambung belajar dan tidak berputus asa seperti masuk matrikulasi lalu studi bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi kesilapan lalu yang pernah lalai untuk mencapai gred purata 4 flat bagi meneruskan pelajaran ke universiti yang diidamkan Insyaallah.
 



Selain itu,boleh juga meneruskan usaha dengan menceburi bidang kemahiran seperti memasuki Giatmara yang menyediakan pelbagai kursus seperti sulaman manik,automotif,mekanikal,elektronik,masakan dan macam-macam lagi.melalui kursus-kursus tersebut dapat mendidik pelatih untuk melakukan perniagaan perkhidmatan yang merupakan 9/10 rezeki yang semestinya menjamin masa depan.Berdoalah agar jalan menuju akan kejayaan itu terbuka luas Insyaallah.

Sambung form 6 pon boleh kemudian menduduki peperiksaan STPM.Dapatkan keputusan yang cemerlang lalu melanjutkan pelajaran ke Insitut pengajian tinggi atau ke politeknik.Jalan kejayaan itu bukannya takde malah banyak cuma usaha kita dan doa sahaja yang menentukan.Selagi hayat dikandung badan,jangan sesekali berputus asa,live your life dengan meneruskan usaha untuk melakukan dengan lebih baik lagi daripada sebelum ini.Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang bangkit semula berusaha setelah menghadapi kegagalan.Beristiqamah dalam berusaha dan jangan menganggap yang usaha itu adalah sia-sia.
Surah Yusuf ayat 87 "janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
Allah bagi kegagalan bukan kerana membenci hamba-Nya tetapi Allah kasihkan hamba-Nya.Semoga dengan ujian kegagalan yang Allah turunkan,kita menjadi seorang yang lebih tabah dan menjadi lebih kuat berusaha.Ujian ini juga boleh dinggap sebagai latihan awal dalam menghadapi kegagalan yang lebih rumit di masa depan seperti ketika berkerjaya dan setelah berumahtangga.Ujian yang membantu hati kita untuk menjadi lebih cekal supaya dapat menerima kegagalan lagi pada suatu masa kelak.


Jadilah orang gagal yang sentiasa berharap dan berusaha agar menjadi mukmin yang lebih berjaya berbanding orang yang berjaya.Tukarkan kegagalan itu kepada kejayaan serta jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan dan pembakar semangat untuk meneruskan usaha untuk berjaya.Andai kata anda disisihkan kerana kegagalan,ingatlah bahawa Allah sentiasa di sisi kita.Jangan hiraukan pandangan manusia sekiranya pandangan itu boleh membawa anda jauh daripada mengingati Allah.Ingat Allah lalu berusahalah. 
"La tahzan,Innallaha ma'ana"
"Kegagalan adalah lumrah hidup manusia. Dan semua manusia akan melaluinya."
Ingat,
"Tidak semestinya perkara yang kita suka itu baik untuk kita
dan
tidak semestinya perkara yang kita tidak suka itu tidak baik untuk kita.
Semuanya bergantung kepada hubungan kita dengan Allah."
"Alif Lam Mim. Patutkan manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman'; sedang mereka tidak diuji (dengan suatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Al Ankabut: 1-3)
Kegagalan sekarang hanyalah satu permulaan kerana terdapat banyak lagi dugaan yang akan dihadapi pada masa akan datang.Latihlah diri ini dengan menerima kegagalan serta berusaha ke arah kejayaan supaya senang di masa hadapan.Perjalanan hidup masih jauh dan panjang.Teruskan berusaha. Kadang-kadang, kegagalan memberikan kita pengajaran untuk berjaya dalam hidup.

Dalam kita melangkah terkadang di uji dengan ujian yang sangat berat hingga kita terduduk dan menangis .. Perih rasanya, tapi ketahuilah dan renugkanlah kembali dalam diri, karena mungkin air mata itu hadir karena Allah inginkan kita menjahit kembali sajadah iman yang terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan,Biarlah kita keseorangan tanpa berteman,Biarlah malam tanpa sinar rembulan,Biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi yang indah..Namun,Jangan sesekali biarkan hatimu sunyi,Tanpa sepotong ayat-ayat suci Al-Quran .. Tersenyumlah sahabat, dunia menunggumu .. :)
Kegagalan bukan bererti aku orang gagal, itu hanya bererti aku belum berhasil,
Kegagalan bukan bererti aku tidak mencapai apapun, itu hanya bererti aku sudah mempelajari sesuatu,
Kegagalan bukan bererti aku orang bodoh,itu hanya bererti aku punya keyakinan untuk mencuba
Kegagalan bukan bererti aku medapat malu, itu hanya bererti aku berani berusaha
Kegagalan bukan bererti aku harus menyerah kalah, itu hanya bererti aku harus berusaha lebih keras lagi
Kegagalan bukan bererti aku tidak akan berhasil, itu hanya bererti aku perlu kesabaran lebih banyak
Kegagalan bukan bererti Tuhan telah meninggalkanku, itu hanya bererti Dia memiliki gagasan yang jauh lebih baik.
Kegagalan bukan bererti aku tidak memiliki apa yang aku inginkan. itu hanya bererti aku harus melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza untuk memilikinya,
Perjalanan manusia penuh dengan lika-liku
Selalu berbeda tanpa batas ruang dan waktu
Kegagalan kadang kala menyakitkan kalbu
Jika tiada pembimbing bagi hati yang pilu

Ketika akhir dari tujuan tidak menjadi milik anda
Hanya keikhlasanlah yang menolong pedihnya jiwa
Tatkala kegagalan terus membayangi langkah kita
Pasrahkanlah segalanya pada Sang maha Bijaksana

Percayalah bahwa Sang Pencipta maha mengetahui
Sehingga sanubari senantiasa berdzikir tanpa henti
Renungkanlah makna hidup setiap insan di dunia ini
Niscaya kebahagiaan akan merasuk dalam ruang hati

Kegagalan bukan akhir dari suatu perjalanan
Karna ia hanya sebatas ujian dalam kehidupan
Kerinduan akan kebahagiaan selalu didapatkan
Bagi seorang yg berfikir bahwa hidup adalah ujian


Jadilah hamba Allah yang baik saat menyikapi segala cobaan
Sehingga jiwa yang tenang menghampiri nuansa kebahagiaan
Tataplah masa depan melalui doa dalam langkah kemenangan
Karna tiada hal yang sia-sia dalam setiap jalan pengorbanan.
Setiap orang pernah terjatuh,
Setiap orang pernah tersungkur,
Setiap orang pernah mengalami kegagalan,
Setiap orang pernah mengalami masa-masa sulit tapi janganlah terlalu lama berkurung di dalam kegagalan itu,
Kegagalan bukan untuk disesali tapi menjadi motivasi agar kita tidak gagal untuk kedua kalinya.

Doa Ketka Dukacita dan Sedih

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

6 comments:

syafiranadiaelias said...

Assalamualaikum...tahniah..!! dpt straight A's.alhamdulillah..semoga terus sukses dlm hidup..semoga tabah mengahrungi liku2 kehidupan..sedih juga bila melihat shbt2 yg lain kecewa dgn keputusan yg mereka dpt, tp apakan daya..hanya mampu menasihati & memberi kata2 perangsang pd mereka..gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..mungkin Allah dh aturkan kejayaan utk mereka diluar sana..siapa tahu kan..:)

Muhammad Naa'im said...

Waalaikumussalam.... syukran ya ukhti.... :))

miss maryam said...

Assalamu' alaikum, tahniah Naa'im.
Nanti pilih course betul2, dan insyaallah jika banyak twaran belajar, boleh istikharah. Allah akan membantu, insyaallah.

Outbound di Malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Anonymous said...

mungkin komen ini tidak ada kaitan dengan entry ini.

boleh awak jawab soalan ni?

kenapa lelaki yang berdakwah selalu berlembut? maksudnya kalau berdakwah dekat perempuan. dalam erti kata lain menegur perempuan.. terutamanya kat laman sosial ni.

lepas saya baca blog awak baru perasan yang follower awak kebanyakan perempuan. hehe jangan marah.

saya cuma tertanya tanya sebab saya pun ada kawan yang lebih kurang macam awak.

kadang2, bila kata2 tu terlalu lembut, buat ramai perempuan jatuh hati, and berubah sebab orang tu, bukan kata2 orang tu..

boleh jelaskan?

:)

Muhammad Naa'im said...

Sebab baginda Muhammad sendiri seorang yg lembut...bukan sahaja kepada wanita malah kepada lelaki juga,dakwah yg mudah diterima adalah seperti angin sepoi2 bahasa,bukan ribut taufan,Btw,followers ni,just rawak,mereka nak follow atau tidak,itu hak mereka... jatuh hati? itu adalah fitrah,seterusnya bergantung kepada iman masing2 untuk memandu fitrah itu di jalan yg benar...

>