Jom La ikut....

Friday, 16 March 2012

Air Mata yang Berharga :'-(

Assalamualaikum,

First of all Im nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog post ni.Banyak halangan seperti kesibukan aktiviti harian tambah-tambah baru-baru ni Im demam dan peningkepala nagai nak migrain sebab masalah peribadi terlalu banyak berfikir.Dalam masa yang sama,nenek Im yang dekat Bagan Serai sudah jatuh sakit.Malam ni pulak Im dapat berita yang dia sudah berada di wad Hospital Taiping.Doakanlah agar nenek Im baik-baik sahaja dan cepat sembuh..... =(

Ketika mendengar berita yang sedih ini,air mata Im mengalir tanpa sebarang isyarat.Im sedih sebab nenek atau Im panggil sebagai Mak Wan,adalah satu-satunya nenek Im yang ada kerana Opah dan atuk serta atuk tiri belah ibu sudah meninggal dunia.Tok Wan belah ayah pula meninggal dunia tahun lepas jadi Mak Wan je lah yang tinggal.Ya Allah,panjangkanlah umur Mak Wan supaya Im dapat luangkan lebih masa bersama dia...

Sudah mula terdetik di hati ini,mati itu sememangnya suatu kepastian.Segala benda hidup pasti akan mati.Terlintas di pemikiran,adakah segala amal Im di dunia ini sudah melayakkan Im untuk memasuki Syurga-Nya? Im tak layak nak masuk ke Syurga-Nya tetapi Im sangat sangat tidak sanggup untuk memasuki Neraka-Nya.Mati adalah tarikh yang tidak dapat ditunda.Im takut.

Air mata mengalir deras,
~✿..Adakah Im dapat mengucap dua Kalimah Shahadah apabila maut menjemput?
~✿..Adakah iman Im yang nipis ini dapat menghalang Syaitan daripada menggoda Im di kala Sakaratul Maut?
~✿..Adakah catatan amal Im sudah cukup banyak ataupon hanya sejemput?
~✿..Adakah dengan amal yang ada membolehkan Im menjawab soalan Mukar dan Nakir tanpa semput?
~✿..Adakah Im dilindungi ketika di padang mahsyar atau berenang dalam peluh yang bagaikan laut?
~✿..Adakah Im akan menerima buku amalan dengan cara yang baik atau pon cara yang teruk?
~✿..Adakah Im dapat menjejakkan kaki ke Syurga Yang Hakiki ataupon jatuh tersungkur ke dalam neraka?

Macam-macam soalan menyerbu.Im takut sangat.Im teringat akan kawan lelaki Im yang tinggal di kampung belah ibu.Apa yang Im tau dia ni seorang yang nakal,kaki perempuan dan macam-macam lagi sifat yang Im tak berapa nak suka.Kami berkawan kerana kami berjiran dan sering bermain permainan tradisional terutama gasing.Im suka sikap dia yang suka berterus-terang dan peramah namun tidak suka akan perangai negatif dia.

Rindu sungguh nak main gasing
Rasanya sudah hampir tiga tahun Im tak berjumpa dengan dia selepas arwah Opah meninggal dunia.Baru-baru ini Im bertemu semula dengan dia di Facebook.Im dapat tahu yang dia sudah berpindah rumah di Tronoh.Dia berhasrat untuk berjumpa dengan Im kerana dia sangat rindu akan rakan sepermainan dia sewaktu di kampung dahulu.

Dia kata hendak berkongsi macam cerita dengan Im.Im rasa seronok sangat kerana dapat berjumpa dengan kawan lama.Alhamdulillah Im dapat berjumpa dengan dia pada masa dan tempat yang telah dijanjikan.Dia memulakan cerita.Selepas arwah Opah meninggal,dia berasa sunyi kerana Im sudah tidak balik kampung selama tiga tahun.Dalam tempoh tu dia sudah berani untuk berfoya-foya dengan kawan perempuan.Berdua-duaan dan melakukan segala jenis zina kecuali "real zina" sama ada melalai handphone,maya juga secara realiti.

Dia berasa seronok dengan kehidupan seperti itu kerana ibu bapa dia sendiri tidak melarang malah membiarkan sahaja.Im hanya diam dan membenarkan sahaja dia bercerita.Walapun dia seronok tapi dia dapat merasakan bahawa hati dia masih berada dalam kekosongan.Keseronokan yang dia dapat setiap hari itu bagaikan pergi begitu sahaja meninggalkan hati dia yang kosong pada keesokannya.Dia hidup dalam keadaan hati yang tidak tenang.


Dia berjumpa dengan Im ni pon sebab nak menceritakan tentang masalah hati dia yang kosong dan tidak tenang inilah.Im terfikir,takkanlah kat kampung tiada orang lain yang boleh bagi bimbingan? Kat Tronoh pon takkan takde? Im bertanya then dia jawab yang ada tu ada tapi dia segan sangat sebab tu dai nak berjumpa dengan Im.
"Inilah yang dinamakan segan tak bertempat.Buat maksiat tak segan tapi bila nak melakukan kebaikan pulak segan.Tak patut langsung.Nampaknya syaitan telah berjaya menerapkan budaya ini ke dalam kebanyakan jiwa remaja."
Im mulakan peranan Im dalam memberi nasihat dan cara-cara untuk mengisi kekosongan hati itu.Setelah sekian lama Im bersuara,dia tiba-tiba mengalirkan air mata dan inilah kali pertama Im nampak dia menangis.Bagi Im inilah dia air mata yang paling berharga iaitu air mata keinsafan kerana takut akan Allah serta azab-Nya di neraka.
"Wei naim,serius aku cuak ni,banyak dosa yang aku dah buat.Solat pon banyak main-main je.Qada' solat tu boleh kata sehari 2 kali ak buat.Aku takut aku mati dalam keadaan kafir naim.... Aku tak nak mati lagi.Orang macam aku ni ada peluang ke untuk berubah? Allah terima ke taubat aku ni?"
Sesungguhnya Allah lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada:
orang yang kehausan lalu menemukan sumber air,
dan lebih gembira daripada wanita yang mandul yang dapat melahirkan
dan lebih gembira daripada orang yang kehilangan lalu menemukan yang hilang itu.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan.”
(Bukhari – Muslim)
Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Sesungguhnya tiada air mata yang lebih berharga dan bernilai berbanding air mata yang mengalir kerana takut akan Allah.Air mata yang mengalir kerana takut akan dosa-dosa maksiat yang telah dilakukan.Klik sini untuk membaca post perihal maksiat.

Kita boleh lihat sendiri kebanyakan masyarakat Islam sekarang yang banyak membazirkan air mata mereka kerana keduniaan berbanding menangis kerana dosa yang dilakukan.Bukannya tak boleh menangis,boleh je terutama jika ditimpa musibah dan menghadapi perkara yang tak diingini.Kalau dah sedih tu memang normal la akan diikuti dengan menangis.

Menangis apabila mendapat berita kematian,menangis apabila kalah dalam sesuatu pertandingan.menangis apabila harta kesayangan rosak atau hilang,menangis juga kerana dimarahi ibu bapa.Nak nangis tak salah cuma janganlah melebih-lebih sampai meraung juga sampai menangis selama berjam-jam atas perkara yang sudah berlaku.Menangis berjam-jam sebab henfon rosak,tak dapat nak contact GF/BF,tak ke membazir air mata tu?
AIR MATA ITU.. 
~?..Jika kamu MENANGIS kerana pasangan, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ?~ 
>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk pasangan itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(????) ~http://baitulmuslim.com~
Ada juga GF/BF yang menangis kerana ditinggalkan pasangan masing-masing sehingga bengkak-bengkak mata.Berbaloikah air mata itu dibazirkan kerana manusia dan pasangan yang tidak halal lagi untuk dimiliki? Nak nangis pun tak perlu la sampai bengkak-bengkak mata,menangis sampai tak mahu keluar daripada bilik.Kalau menangis kerana menyesal dengan perbuatan kapel dan ingin bertaubat itu baguslah tapi banyak yang menangis teruk-teruk kerana alasan gagal menjaga hati pasangan,gagal menjadi pasangan yang baik and macam-macam lagi alasan yang nonsense yang tak dikaitkan dengan Allah langsung.

Ini tips-tips untuk menghilangkan kesedihan bagi yang suka menangis berjam-jam,
~✿..Daripada anas bin malik,apabila nabi ditimpa sesuatu bencana atau malapetaka maka baginda membaca, "Yaahayyuyaaqayyuum.Birahmatika Astaghist" maksudnya "Wahai Allah yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendiri dengan Rahmat-Mu aku memohon petolongan"
~✿.. Nabi juga ucapkan "Lailahaillallah" untuk meredakan kesedihan.
~✿.. Solat hajat agar Allah redakan kesedihan.
~✿.. Selalu nabi nasihatkan kepada orang yang sedang bersedih "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah"

Alangkah bagusnya jika segala kesedihan dan air mata itu diluahkan sambil tangan ini ditadah lalu memohon doa kepada Allah agar diberikan petunjuk hidayah,dikuatkan hati dan diberikan kemudahan dalam berhadapan dengan kesusahan.Dengan air mata ini,dapat menunjukkan sifat-sifat kehambaan kita kepada Allah lalu peluang untuk doa itu dimakbulkan akan bertambah luas.


Mata yang mengeluarkan air mata kerana Allah juga akan diharamkan tubuhnya daripada disentuh oleh api neraka.Allah sangat suka akan hamba-Nya yang menangis semata-mata kerana-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Sekali lagi Im cakap,tak salah nak nangis ni sebab dari segi luaran dan saintifiknya terdapat banyak kebaikan apabila kita menangis dan mengeluarkan air mata.Antaranya,
~✿..Air mata membantu manusia melihat dengan mengelakkan kekeringan mata.
~✿..Air mata membunuh bakteria kerana ia mengandungi lysozyme yang boleh membunuh bakteria.
~✿..Air menghanyutkan toksik bersamanya apabila kita menangis kerana emosi.
~✿..Menangis boleh menaikkan mood kerana kandungan Manganese badan akan berkurangan.
~✿..Menangis boleh mengurangkan stres dengan menyingkirkan hormon tertentu.
~✿..Air mata mengukuhkan hubungan kerana orang lain akan bersasa simpati kepada kita.
~✿..Air mata membebaskan perasaan sebagai cara terbaik untuk melepaskan kesedihan.

*kandungan Manganese yang banyak dalam badan akan menyebabkan kebimbangan,gemuruh,gugup,cepat marah,keletihan,gangguan emosi lalu menghilangkan perasaan gembira dengan cepat.

Cuma dari segi rohaninya,kita patut banyakkan menangis kerana mengenangkan dosa kepada Allah daripada menangis kerana keduniaan.Ianya lebih baik bagi kita sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah.Menangislah juga kerana Allah kerana kita tidak tahu bila Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita.

Tidak dinafikan bahawa banyak menangis memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan kita tetapi tidak semestinya baik untuk kerohanian kita kerana ia bergantung kepada kerana apa kita menangis.

~✿..Air mata yang menangis kerana keduniaan hanya akan mendidik kita untuk lebih mencintai keduniaan berbanding ukhrawi.Orang seperti ini juga kebiasaannya amat sukar untuk dia menerima ketentuan Allah malah akan cuba mencari kesalahan orang lain.
~✿.. Air mata yang mengalir kerana Allah dapat melembutkan hati,sebagai lambang hati kita bersih,sentiasa dahagakan Syurga,dan yang paling utama adalah sebagai jalan yang membawa kepada keredaan Allah juga bagi meraih cinta-Nya.

Kalau Nabi Adam yang sekali melakukan dosa pun dah menangis mengharapkan keampunan-Nya apatah lagi kita yang sebagai manusia biasa yang kerap melakukan dosa.Kita sepatutnya lebih kerap menangis mengenangkan dosa.Perkara yang menghalang kita daripada menangis kerana Allah adalah sikap kita yang mengambil ringan terhadap dosa-dosa kecil.Dosa-dosa kecil ini dianggap sebagai habuk sahaja padahal dosa besar juga lahir daripada kerap melakukan dosa kecil.


"Biarjelah nampak siku janji aku tutup rambut"
"Mencarut je pun,aku baca jugak al-Quran,kira ok la tu"
"Dosa kecik je,it's nothing la"
"Buat dosa sekali-sekali apa salahnya,lagi baik daripada selalu buat kan?"
"Petang ni je aku pakai short,esok aku pakaila seluar panjang"
"Nampak je aku pakai macam ni tapi aku ni baik,aku tahu apa yang aku buat"

Segala tuntutan agama tidak dilakukan dengan sempurna malah memperlekehkan lagi.Kalau dosa kecil pun kita rasa nothing macam mana kita nak mengalirkan air mata kerana Allah? Nak tunggu jasad menjadi mayat baru nak menyesal?
Malah ada yang berani berkata,

"Ala, kalau semua orang nak masuk syurga, siapa nak masuk neraka?"
"Neraka pun nerakalah.Tak kisah pun"
"Hei, kita masuk neraka bukannnya seorang, ramai lagi.Syaitan pun temankan"
"Aku dah jahat, confirm masuk neraka. Dah alang-alang tu, baik teruskan.Biarjelah"

Mereka itulah orang-orang yang sengaja menempah tempat duduk khas di neraka. Awal-awal lagi dah menempah tempat. Nauzubillah.Inilah yang terjadi apabila hati yang sudah keras. Susahnya nak menangis. Sebaliknya merasakan diri mereka ‘gentleman’ dan ‘sporting.’

Ini lagi satu masalah terutama remaja yang rasa malu hendak menangis kerana dosa kecil sebab malu dengan kawan-kawan.Kawan-kawan berkata,"sikit-sikit nangis,ala dosa kecil je pun,tak payah la nak over sangat,macam bayi,childish,bapuk,pondan,tak sporting,tak gentle,buat malu kaum," dan macam-macam lagi kejian.Perempuan yang menangis kerana dosa dikata tidak sporting,lelaki yang kerap menangis kerana dosa dikata macam pondan.Habis macam mana nak didik diri kita agar banyakkan menangis kerana Allah?


Sebab itulah kita tidak patut terlalu ambil berat terhadap pandangan manusia terhadap kita.Pandangan Allah tu yang penting.Apabila kita yakin kita menangis atas sebab yang betul,menangislah.Kalau perlu pergilah ke masjid,buat solat sunat taubat dan mohonlah keampunan sambil menangis sepuas-puasnya.Inilah yang dikatakan air mata yang dimanfaatkan.

Ini tak,masuk dalam bilik,menangis puas-puas sambil melihat henfon yang sudah rosak,sambil membaca surat-surat cinta pasangan kapel, buat mogok tak nak makan dan minum seharian,ini yang Allah tak suka.Jangan sia-siakan air mata kerana perkara keduniaan kerana sememangnya dunia ini hanya sementara.Mennagislah kerana rindukan Syurga,kerana Akhirat,kerana takutkan Neraka,dan yang paling penting kerana Allah.

"Ya Allah,kurniakanlah kami air mata yang hanya mengalir kerana takut akan Engkau yang Maha Berkuasa,mengalir apabila mengenangkan dosa,Engkau hindarkanlah kami daripada membazirkan air mata ini kerana keduniaan.Berikanlah kami air mata keinsafan atas dosa-dosa yang telah kami lakukan.Hadirkanlah kami perasaan malu untuk melakukan dosa dan perasaan suka apabila melakukan pahala.Perkenankanlah doa kami,Amin Ya Rabbal Alamin"
"Orang yang banyak menangis kerana takutkan Allah di dunia insyaallah akan bergembira ketika di Akhirat kelak"
Saudaraku…
Menangislah…
KeranaNya…
Walau setitik….
Kerana mungkin…
yang setitik itulah….
Yang akan….
Menyelamatkan kita…
Dari neraka….

Seorang hamba,
Sumber~Hamba Rabbani~


Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi


 

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

5 comments:

Hamba Allah (Mujahidah Solehah) said...

Syafakillah to nenek Naaim ya ^^ .. ana doakan nenek IM cepat sembuh .. btw , ana 'TAKUT SAMA ALLAH' ^^

Muhammad Naa'im said...

Syukran ya enti... benar,sama2lah hadirkan perasaan takut hanya kepada Allah... ^_^

Anonymous said...

senyumlah walau apapun ujian yang tiba,kerana ia pasti akan berlalu
(kamu ade seorang ibu yang baek,dia suruh tgok blog ni,hargailah ibu kamu)

Sofea Riena said...

Semoga Nenek awq cepat sembuh :)
Sye dah tak ade atok dengan nenek lagi.. :(
jaga nenekk awq baik2.. :)

Muhammad Naa'im said...

Syukran semua... :)

>