Jom La ikut....

Tuesday 21 February 2012

Janganlah Mula Berjinak.... Part One

Assalamualaikum dan selamat beramal readers,

Apabila asyik menulis tentang kisah lama di sekolah,Im teringat pula sebuah kisah yang dilalui oleh kawan baik Im.Im panggil dia Man sahaja.Man beritahu kisah ni apabila kami tengah berbincang mengenai masalah sosial remaja sekarang yang sudah mula berani melakukan kemungkaran secara terang-terangan.

Kisah Man ni berlaku di sekolah dia sendiri.Yang seronoknya Man ni berfikiran sama je macam Im,tak berapa suka dengan gejala kapel di sekolah walaupon diri dia sendiri pernah terlibat.Man bersyukur sebab dia sedar akan kesilapan lampau dan bertaubat tidak akan melakukannya lagi.

Walaupon masih ada kawan-kawan yang memandang serong terhadap dirinya tetapi dia yakin bahawa Allah tidak akan memandang semula malah tidak mengambil kisah akan dosa-dosa lama kerana orang yang bertaubat nasuha ni bagaikan kain kotor yang telah dibubuh klorox sehingga menjadi putih semula.Dosa yang lampau telah diampunkan-Nya.



Orang yang melakukan dosa dan merasa diri berdosa lalu bertaubat, itu LEBIH MULIA daripada orang yang TAK BUAT DOSA dan TAK pernah rasa diri berdosa.....
SEBAB ... 
merasa diri berdosa itu adalah sifat kehambaan.
Kisah ni bermula sewaktu Man berada di tingkatan satu.Sejak mendaftar sebagai pelajar di sekolah tu,pada pandangan pertama Man sudah terpikat dengan seorang pelajar perempuan yang berasal dari Kelantan.Bagi Man itulah cinta pandang pertama buat dia sebab sewaktu Man berada di sekolah rendah,dia memang tidak suka bersosial dan tidak bergaul dengan pelajar perempuan.

Man rasa sedih sebab die dan budak perempuan tu tidak duduk satu kelas.Kelas Man terletak di 'hulu' blok dan kelas budak perempuan tu pulak terletak di 'muara' blok.Man just buat hal sendiri di kelas,begitu juga budak perempuan itu yang bernama Syazana.Orang panggil dia Syaz.Man ni memang tak pernah langsung bertembung dengan Syaz apatah lagi berbual sehinggalah di penghujung tingkatan dua.


Waktu tingkatan tiga,semua kelas dirombak semula dan Man rasa gembira kerana dia dan Syaz berada dalam kelas yang sama.Pada pertengahan Januari,Kawan-kawan Man yang lain sudah mendapat tahu bahawa Man ada hati dengan si Syaz tu.Kawan baik Man,Sham, menghalang Man daripada melayan perasaan tu kerana ia boleh membawa kepada zina hati.Man waktu tu macam nak tak nak je.

Disebabkan perasaan suka yang tidak dapat dikawal lagi,Man cuba berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Syaz.Geng-geng kapel sekolah tu cuba membantu Man dengan memberikan pelbagai tips hendak bercinta,tips-tips menulis surat dan pelbagai lagi tips.Bagi Im semua tu tak ubah seperti tips percuma untuk masuk perangkap Syaitan.

Orang yang menghalang kapel lebih sedikit daripada yang menggalakkan kapel.Jadi disebabkan galakan oleh orang ramai,Man memberanikan diri untuk melangkah ke dalam perangkap Syaitan laknatullah itu.Kawan-kawan lelaki dan perempuan Man mengaturkan masa dan tempat untuk Man dan Syaz berjumpa buat pertama kalinya.Mula-mula tu memang Man rasa macam segan-segan,rasa bersalah pon ada tapi sebab dah nak sangat,dia abaikan je perasaan malu tu.
Bisikan Malaikat Mulham diketepi,Bisikan Jin Ahraman dituruti.
Permulaan dating tu,dating di kantin sekolah,just sembang-sembang tentang diri masing-masing,anak ke berapa,berapa adik beradik,kampung kat mane,perihal memperkenalkan dirilah.Selesai dating sejam,Mereka bergegas pulang ke kelas masing-masing kerana warden tengah melakukan rondaan untuk memastikan semua pelajar berada di kelas untuk menjalani kelas Prep.


Man berasa seronok sebab isi hatinya telah diluahkan dan disambut baik oleh Syaz.Dua-dua saling menyukai.Maka lahirlah pasangan kapel yang baru.Atas desakan nafsu,perjumpaan yang hanya sekali masih tidak cukup,maka pada esok harinya mereka berdating lagi,sembang-sembang lagi,entah apa yang disembang.Nampak je cikgu cepat-cepat sahaja mereka beredar.Biasalah,masih ada perasaan malu sikit-sikit dengan maksiat yang mereka lakukan.

Setelah sekian la berkapel,malam-malam berbalas SMS,kalau lapang calling-calling pula,mereka sudah tiada rasa malu sama ada kepada pelajar lain mahupun kepada guru.Dating sudah tidak mengira tempat,tidak kira di dalam kelas,di sebalik pintu,di dalam makmal malah hampir semua kawasan sekolah sudah menjadi port mereka dating.

Mereka sudah tidak segan untuk pergi ke kelas prep serta pulang ke asrama bersama-sama.Cikgu yang berada di hadapan mata tidak diendahkannya.Kawan-kawan yang tidak senang dengan perbuatan mereka yang mengalahkan suami isteri itu tidak dipedulikannya.Yang penting mereka dapat bersama sepanjang masa.

Pada pertengahan tingkatan empat,Man dan Syaz telah 'diiktiraf' oleh geng-geng kapel sebagai  pasangan kapel yang paling 'Hot'.Mereka dah berani untuk keluar dating di bandar,tonton panggung wayang,shopping di supermarket,lepak-lepak di taman.Kira sweet couple la.Bila dapat halangan daripada cikgu untuk keluar kelas berjumpa,mereka sanggup berbohong dan menyelinap keluar dari kelas semata-mata untuk berdating.


Bila bergaduh sedikit,mesti geng-geng kapel lain berusaha untuk memulihkan hubungan mereka.Zaman tu memang bagaikan paradise buat mereka.Pada akhir tingkatan empat,mereka dah pandai untuk mengajak kawan-kawan yang teringinkan seseorang tu berkapel.Dah pandai cipta tips-tips kapel sendiri untuk dijadikan panduan buat mereka yang masih baru dalam dunia kapel.Dah pandai mengajak kawan-kawan ke arah kemaksiatan.Nauzubillah.

Pada pertengahan tingkatan lima,Man mula sedar akan kesilapan dia.Malaikat Mulham berjaya mengubah dia.Apa yang berlaku kepada Man lebih kurang sama dengan kisah di sini.Kisah bagaimana seseorang itu boleh insaf.

TAMAT (Tergantung? tak penting pon)

Apa yang Im nak tekankan di sini adalah janganlah kita mula berjinak dengan maksiat ni.Im juga nak kongsi tentang peringkat-peringkat maksiat yang ada dalam kisah di atas juga yang ada dalam kehidupan kita.

~✿..Peringkat pertama  ---> Masih serba salah nak berjumpa.
~✿..Peringkat kedua     ---> Masih ada rasa malu sikit-sikit.Nampak cikgu je cabut lari.
~✿..Peringkat ketiga     ---> Sudah tidak kisah apa yang orang lain nak cakap.Dah rasa kelazatan maksiat.Berusaha bersungguh-sungguh nak dating walau dihalang cikgu.
~✿..Peringkat keempat ---> Berdating adalah saat bahagia buat mereka dan sudah pandai mengajak orang lain berkapel.

Contoh lain 

~✿..Peringkat pertama  ---> Bila pakai short rasa sangat-sangat tidak selesa.Asyik-asyik tarik hujung seluar nak tutup lutut.
~✿..Peringkat kedua     ---> Sudah boleh biasakan diri memakai short tapi bila nampak ustaz cepat-cepat ambik kain pelekat nak cover pakai short.
~✿..Peringkat ketiga     ---> Rasa selesa sangat pakai short.Ringan.Berangin.Fleksibel memudahkan pergerakan.Orang tegur buat tak tahu je.
~✿..Peringkat keempat ---> Sudah pandai promote orang lain supaya pakai short.Ajak ramai-ramai pakai short dan sudah tidak tahu apa itu aurat lelaki.

~✿..Peringkat pertama  ---> First time berbohong rasa sangat bersalah.Cepat-cepat pergi mintak maaf.
~✿..Peringkat kedua     ---> Sudah anggap berbohong itu perlu dan hampir jadi tabiat tetapi akhirnya mengaku bohong bila disoal siasat guru.
~✿..Peringkat ketiga     ---> Memang terkenal dengan sifat suka berbohong.keluarga,cikgu,kawan-kawan,semua nak dibohongnya sama ada duit,kerja sekolah dan sebagainya.
~✿..Peringkat keempat ---> Berbohong rasa best sebab dapat lari dari masalah dan sudah pandai menasihati kawan yang bermasalah agar sentiasa berbohong kalau nak selamat.

(TO BE CONTINUED)

Ingatan buat diriku .......

Maksiat aduhai maksiat
Sebelum dapat fantasi tak ingat
Sudah dirasa bertambah lazat
Bila sudah jadi tabiat
Manisnya iman menjadi kelat
Hendak bersolat sudah tak larat
Hati hitam lagi berkarat
Bila ketagih tidak dirawat
Hidup pasti tambah melarat
Takut Allah turunkan laknat

Maksiat itu khayalan syaitan
Dosa bertambah diri merana
Usah terjebak segala hasutan
Kuatkan diri perteguh agama

Wahai pemuda pemudi,sedarlah diri..
Tuhan Arasy sedang melihatmu..
Tahukah kamu, apakah balasan pada orang yang selalu buat dosa dan maksiat?

Neraka Sa’ir mengaum memanggil dengan suara yang penuh dahsyat,
Menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat,
Buatlah maksiat semahu-mahu..nanti badanmu api menjilat

Dengarlah nasihatku..maksiat jangan didekat,
Ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat,
Jiwamu telah tergadai jika engkau tidak segera BERTAUBAT..










Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

2 comments:

Faiq Aiman said...

best cite..
penuh dgn pengajaran :)

Muhammad Naa'im said...

pengalaman sekolah menengah.... begitulah..

>