Jom La ikut....

Friday 27 January 2012

The Best Love Letter!! (remake)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~~

Pagi tadi,pukul 7 pagi,sepatutnya Im dah bertolak ke kelas giatmara tapi kali ni agak terlewat sedikit gara-gara menunggu giliran nak mandi.=.='

Tengah-tengah kelam kabut bersiap kemaskan diri,Im terdengar siaran televisyen yang mak Im buka.Tak silap Im Tanyalah Ustaz kat tv9.Ape yang Im sempat dengar Ustaz tu ade cakap mengenai kekerapan membaca al-quran.Sesiapa yang sudah lama meninggalkan membaca Al-quran,kelancaran die membaca akan berkurangan.



Tak sempat nak tonton sampai habis pon.Im kene bertolak ke kelas.Risau Im datang lewat pulak sebab kelas giatmara pada pagi Jumaat akan diadakan bacaan Yassin,Zikir munajat dan mendengar ceramah pagi.Pada sebelah petangnya pula dibenarkan pergi bersukan sama ada nak main bola sepak,takraw dan lain-lain.

Alahmdulillah Im sempat sampai sebelum perhimpunan pagi bermula.Habis perhimpunan,semue pelajar berhimpun di dewan untuk bacaan yassin diikuti dengan bacaan zikir munajat.Malangnya ustaz yang juga merupakan penceramah untuk pagi tu tak dapat hadir maka kami hanya menunuggu di dalam dewan sehingga sampai waktu rehat.Sempat gak Im bace novel... haha ^_^

Lepas rehat,sambung kelas macam biasa,tamat pada pukul 12.15.Lepas solat Jumaat,kelas petang bermula pada pukul 2.45 petang.Waktu kelas tu,cikgu bagi pilihan sama ada nak gotong-royong kemaskan bengkel atau pergi bersukan.Im ni dahla kaki bangku so Im pilih je la nak kemas bengkel.Tengah-tengah mengemas tu cikgu ade jugak bagi kata-kata nasihat.Yang paling Im ingat cikgu ade sebut ilmu ni kene amalkan,baru la tak hilang dari ingatan begitu juga dengan membaca al-quran,kalau lame dah tak bace ,nanti bile nak bace semula dah mula merangkak-rangkak.Hilang dah kelancaran membaca al-quran.



Kali ni Im nak berkongsi input berkenaan kitab Al-Quran,Kalamullah,'Love letter' from Allah for us.The best love letter ever!!

Waktu kecil-kecil dulu mesti ada yang mak ayah hantar belajar mengaji di sekolah pondok atau di rumah ustaz.Takpon ade juga mak atau ayah yang ajar mengaji di rumah.Ade yang bermula dengan muqaddam,ade juga yang bermula dengan Iqra' 1.Setelah khatam muqaddam atau iqra' barulah mengaji al-quran.Nostalgia sungguh bila teringat balik waktu kecil-kecil dulu.Selepas Isyak pergi ke rumah ustaz belajar mengaji bersama kawan-kawan.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari dalam shahihnya)
Waktu tu kita sangat bersemangat nak belajar mengaji ni,kadang-kadang berlumba-lumba sape yang khatam terlebih dahulu.Bile dah khatam sekali,baca lagi al-quran dari mula nak berlumba sape paling banyak khatam al-quran.Waktu kecil-kecil semangat tapi kenapa bila dah besar panjang ni nak pegang al-quran pon susah? Apatah lagi nak membacanya jauh sekali.Majoriti orang Islam sekarang lebih gemar membaca majalah,komik dan bahan bacaan lain berbanding dengan membaca al-quran.

Padahal yang akan tolong kita semasa kat kubur nanti adalah al-quran,bukannya komik ataupon majalah yang tidak berfaedah.Al-quran yang banyak kat masjid dan surau pon jarang disentuh.Banyak yang jadi macam barang perhiasan sampai penuh dengan habuk tak bersentuh.Walhal al-quran tu disediakan untuk dibaca,bukannya untuk dipandang dan dibuat perhiasan sahaja.


~✿..Andai Al- Quran bisa berbicara ia akan berkata
waktu engkau masih anak-anak
engkau bagai teman sejati ku
dengan wuduk engkau sentuh aku
dalam keadaan suci kau pegang aku

~✿.. kau baca dengan lirih dan keras
sekarang kau telah dewasa
nampaknya kau sudah tidak
berminat lagi padaku

~✿.. apakah aku bacaan usang??
yang hanya tinggal sejarah??
sekarang engkau simpan aku dengan rapi
kau biarkan aku sendiri
aku menjadi kusam dalam almari

~✿.. berlapis debu, dimakan kutu
ku mohon peganglah aku lagi
bacalah aku setiap hari
kerana aku akan menjadi penerang
bagi mu di kubur kelak

Bila dah besar liat nak bace al-quran.Hilang rase excited nak bace al-quran.Kat mane yang silapnye ye?

Sebabnya adalah kita tak faham akan masudnya dan tak ade feeling bile membace al-quran.Tak hayati.Sepatutnya sebaik sahaja kita dah khatam al-quran sekali,kita patut explore sekali die punye tafsir dan hayati same.Kalau mengaji hanya semata-mata kerana nak khatam banyak-banyak tanpa mengambil mesej-mesej penting kandungan al-quran pon tak guna jugak kalau tak menghayatinya.Menghayati itu lebih baik daripada khatam.Khatam itu baik tetapi menghayati adalah lebih baik.

"Mengaji mestilah sampai khatam.Khatam biarlah banyak.Dah banyak khatam lebih baik berusaha untuk memahaminya.Orang yang cemerlang adalah orang yang sentiasa membuat penambahbaikan"

Pahala membaca tu memang konfem kita akan dapat insyaallah malah sangat banyak kalau kita dah khatam banyak kali cuma alangkah bagusnya jika kita memahami sekali maksud dan makna sesuatu ayat ataupon Surah.Barulah Namenye membaca 'Surat Cinta'.Alang-alang dah khatam lebik baik kita cuba untuk hayati dan memahaminya juga.

Baca al-quran ni sepatutnya same macam bace novel la.Malah patut lebih daripada itu.Bace quran ni kene ade feel.Kalau tak just dapat pahala membace je la tapi segala mesej yang terkandung dalam quran kita tak dapat ketahui dan hayati.Padahal quran ni la panduan hidup kita.quran ni la surat cinta Allah kepada kita.kalau dapat surat cinta tapi tak paham kandungannya kan tak bawak apa-apa makna tu.


Kalau kita bace novel tu boleh feel sampai menagis-nangis,bace quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada tu.Patut berccuran air mata kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.Tapi hayati sahaje tapi malas nak bace pon tak boleh jugak.Rajin dan hayati must get along together barulah perfect.

Seperti yang kita semue tahu,antara cara yang paling mudah untuk mendapat pahala adalah dengan membaca al-quran.Hal ini kerana setiap 1 huruf quran yang kita baca bersamaan dengan pahala melakukan 1 kebaikan.
“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”(Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)
Oleh tiu,sesiapa yang rajin membaca al-quran,sudah pasti insyaallah pahala yang dia dapat adalah sangat banyak dan bergunung-ganang kerana menurut Ibnu Abbas r.a,al-quran mengandungi 323, 671 huruf.Subhanallah! Betapa mudahnya untuk kita mendapat pahala malah dengan memahami isi kandungan 'love letter' ini akan membuatkan kita sentiasa melakukan kebaikan serta mengelakkan kejahatan.
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
Dengan memahami dan rajin membaca quran juga,masa lapang kita akan diisi dengan perkara yang berfaedah serta kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak daripada buat perkara yang sia-sia.Oleh itu,perkara-perkara mazmumah serta masalah sosial seperti melepak,berkhalwat dan sebagainya dapat dielakkan jika menjadikan pembacaan quran sebagai rutin harian.

Terdapat juga majoriti orang islam sekarang yang beranggapan bahawa al-quran hanya dibaca pada waktu tertentu dan masih terikat dengan sesuatu Surah tertentu.Surah tersebut ialah Al-Fatihah,4 Qul,Yassin.dalam kehidupan seharian tak habis- habis surah yang dibaca hanyalah Al-Fatihah dan 4 Qul.Begitu juga pada malam Jumaat,balik-balik asyik bace Yassin je.Surah lain malas nak bace.Ramai juga yang membaca Quran hanya pada waktu-waktu tertentu seperti pada malam Jumaat,waktu majlis Tadarus dan khatam al-quran serta apabila dipaksa sahaja.Waktu lapang lain malas pulak nak baca.

Surat cinta daripada makwe atau pakwe sanggup bace banyak kali tapi surat cinta yang agung daripada Allah malas pula nak bace.tak patut langsung.

Apabila kita tegur,ada yang menjawab,"Biarlah,yang penting aku ada la jugak bace quran,kira okey la aku bace,kan elok daripada tak bace langsung."

Kita ni kadang-kadang berlagak.Bila dah baca satu page quran mulela bangga,"cukupla satu page,dah kire banyak la pahala aku dapat,"padahal masih ada banyak lagi masa lapang untuk diisi.Kita ni manusia selalu je anggap yang amalan kita ni dah cukup untuk melayakkan kita masuk ke Syurga padahal langsung tak.Sebab tu la bile diajak melakukan perkara sunat ada yang tolak sebab terlalu yakin dengan amalan Fardhu yang dah dilakukan.Terlalu yakin yang pahala dah cukup banyak.Tak perlu nak tambah dengan perkara sunat.

Sepatutnya kita di dunia ni jangan sesekali fikir yang amalan kita sudah cukup kerana Yang Maha Menghitung adalah Allah,kita hanya tahu sedikit tapi Allah itu Maha Mengetahui akan hitungan dosa dan pahala hamba-Nya.Tidak mustahil yang bilangan dosa kita lebih banyak daripada pahala.Oleh itu sentiasalah berlumba-lumba untuk mencari pahala dan cara yang paling senang adalah dengan merajinkan membaca al-quran serta menghayatinya.
"Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.” (Riwayat Abu Dawud)
Apabila kita hayati dan memahami quran,kita akan ketahui macam-macam perkara mengenai kehidupan di dunia dan di akhirat.Hala tuju kita akan menjadi lebih kukuh.Kita akan lebih cinta terhadap kebaikan dan nikmat Syurga Allah malah berasa lebih benci terhadap kejahatan juga benci akan seksaan Neraka Allah.Oleh itu kita akan mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan kemungkaran bagi mengejar kebaikan.


>> SIKAP KITA TERHADAP AL-QURAN..<<

~✿>> Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah INTERAKSI kita dengan al-Quran? Bagaimanakah KUALITI BACAAN al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan PENGHAYATAN kita terhadap apa yang ditulis dalam al-Quran? SEJAUH manakah kita merasakan bahawa al-Quran itu HIDUP dalam hati kita, dan hidup kita secara KESELURUHANNYA adalah berpandu kepada acuan al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan :

“Eh, aku dah KHATAM dah waktu darjah 5 dulu tau!”.
“Takpelah, aku TAK PANDAI sangat baca Quran, segan la nak tadarus”.
“Kalau ada MASA LAPANG aku baca la Quran”.
“Ye ke Quran ni LENGKAP?”.
“Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun MAKNANYA..takpe, dapat pahala jugak”.
“Dah lama dah TAK BACA..tak sempat la, SIBUK SIKIT..”

INGATKAH kita pada Firman Allah ini :

✿~ “Patutkah mereka (bersikap demikian),TIDAK MAHU MEMIKIRKAN isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati PERSELISIHAN yang banyak di dalamnya.”
(Surah An-Nisa’: 82)

✿~ “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka SENGAJA tidak berusaha MEMAHAMI serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka KUNCI PENUTUP (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?”
(Surah Muhammad: 24)

>>> Jika sebelum ini al-Quran itu kita anggap sebagai BAHAN BACAAN, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai BAHAN PENGHAYATAN..bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan, kita selak dan kita DALAMI al-Quran..InsyaAllah, hidup kita akan menjadi semakin TERARAH dan semakin baik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali..♥♥

From Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah



"Quran is the best love letter from Allah.Read it always and understand the content then you will live happily forever in Jannah Isyaallah"


•❤• 1 hari
Aku akan tinggalkanmu
•❤• 1 hari
Aku akan lari darimu
•❤• 1 hari
Kau akan menyesal kerana tidak memilikiku
•❤• 1 hari
Kau akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu
•❤• 1 hari
Apabila kau menyedarinya..kau sudah terlambat untuk memilikiku

>>> Kerana aku Al-Quran sebagai panduan hidupmu
Maka carilah aku sebelum aku pergi ke sisi Penciptaku (✿◠‿◠)



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>