Jom La ikut....

Sunday, 26 February 2012

Jangan marah....... Sabar ok?

Assalamualaikum W.B.T Wa Maghfirah readers,

Dah lama tak update blog... Jangan marah,sabar ok? Readers pernah alami perasaan marah tak? Mestilah pernah baik sedikit atau pon melampau sebab perasaan marah ini adalah fitrah manusia.Suatu sifat yang memang ada pada manusia,yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta seperti tertarik terhadap berlainan jantina,gembira,sedih dan sebagainya.

Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.Marah ni boleh hadir jika kita cemburu,tak senang hati,berlaku sesuatu yang dibenci,stres,bebanan kerja,tidak tahan maki dan banyak lagi penyebabnya yang negatif.


Punca kemarahan :
• Sakit hati
• Difitnah
• Dihina
• Dimarahi
• Gurau senda yang tidak patut
• Benci
• Meluat
• Rasa cemburu
• Rasa dianiaya
• Salah faham
• Ditipu
• Tak puas hati
Dan sebaginya

Reaksi apabila marah ni ada macam-macam.Ada yang menjerit,tengking-menengking,menangis,tendang-tendang almari,tumbuk-tumbuk meja,ada juga yang hanya mendiamkan diri.Macam Im pulak,menjerit ada,menengking orang pon ada tapi Im banyak mendiamkan diri berbanding menyuarakan kemarahan.Bagi Im lebih baik diam sebab kalau bersuara pasti timbul masalah lain pula.

Im teringat waktu di sekolah,tahun lepas,awal bulan Mei,Im pernah marah-marah sebab tertekan.Selalunya Im diam je tetapi waktu tu Im rasa dah tak tahan sangat.Tak silap Im hari tu hari Rabu,pagi-pagi lagi dah ada masalah.Baju unit uniform Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Im hilang di ampaian.Ni tak lain tak bukan kes curi baju la ni.Terpaksalah Im pakai baju uniform sekolah harian saja.

Ampaian asrama sekolah Im
Takpe,baju hilang kat asrama nanti boleh je cari balik,tak ke mana pon baju tu.Waktu perhimpunan pagi,tiba-tiba guru disiplin buat pengumuman hendak berjumpa dengan pelajar-pelajar yang tidak memakai pakaian unit beruniform.Memang Im rasa takut sangat tambah-tambah ni first time Im tak pakai pakaian unit beruniform.

Sebaik sahaja perhimpunan tamat,seramai 6 orang pelajar yang tidak berpakaian unit beruniform berkumpul.Sorang-sorang kene maki dengan cikgu.Im pon tak terkecuali tapi ayat die memang agak pedas.Alasan baju kena curi memang tak boleh pakai lagsung.
"Ha! Ade muka baru! Kamu pon sama ye Naaim! Semua orang,bumping 30 kali!"
Adoi,geramnya hati,siapalah yang rembat Im punya baju.Selesai bumping,masuk ke kelas,buat muka rileks je.Im jalani persekolahan pagi dalam keadaan yang agak tegang.Angin Im memang tak baik tambah-tambah ramai pulak cikgu yang bad mood pagi tu.Maka makin bertambah moody la Im.Waktu cikgu meminta murud-murid keluarkan kertas kerja,Im punya pulak tertinggal di bilik study asrama.Lagi sekali kene marah dengan cikgu.Memang pagi yang serba tidak kena.

Selepas waktu rehat dah mula dah kawan-kawan yang nak kutuk Im,pasal rambut,pasal gosip,sebelum ni Im  tak kisah pon malah tersenyum tapi biasalah,mood tak baik,Im diamkan diri je.Nak senyum pon susah.Sabar je lah.

Waktu prep petang,Im ditugaskan sebagai Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber untuk membuka Pusat Sumber sebab kuncinya Im yang pegang,ketua pegawas pusat sumber pula agak 'sibuk'.Waktu Im tengah memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu,Im ternampak bayang-bayang dua orang pelajar di hujung blok.Ni mesti kapel tengah dating ni.Tak kira time betul la deme ni nak dating.

Ha! Memang betul pon.Budak form 4 kot.haisy macam-macam la.Im masih boleh cakap baik-baik walau tengah betul-betul moody.Pasangan tu beredar.Datang sekolah nak cari ilmu,bukan buat maksiat,huh.Im masuk pusat sumber,Ya Allah! Bersepah sungguh! Punca Im nak marah anak-anak buah Pengawas pusat sumber yang lain ni! Mereka bertugas ke tak ni?!

Suasana Pusat Sumber apabila kemas :)
Terpaksa la Im sendiri yang kemaskan secara ala kadar.Im malas nak jaga kaunter,Im arahkan pengawas lain jaga kaunter.Im nak tenangkan diri dalam bilik rujukan.Rehat punya rehat Im tertidur."Kringgg!!!!! Kringgg!!!".Loceng pusat sumber berbunyi menandakan Pusat Sumber perlu dikosongkan untuk pengawas-pengawas bertugas melakukankerja-kerja mengemas dan membersihkan pusat sumber.

Im keluar bilik rujukan dan melihat beberapa orang pelajar yang tidak mengendahkan bunyi loceng yang telah berbunyi beberapa kali.Mereka masih rancak lagi bersembang.Im dah tak tahan dah,Im jerit,
"Hoi! Tak dengar ke bunyi loceng tu!? Cepatlah keluar!!"
Senyap terus suasana.Mereka cepat-cepat keluar.Pengawas-pengawas tercengang tengok Im.Im cepat-cepat masuk bilik rujukan.Im rasa lega sebab merasakan perasaan marah tu dah mula reda.Mungkin sebab Im menjerit tadi la kot.Akhirnya saki baki kemarahan itu hilang sebaik sahaja Im mengambil wudhu' untuk mengerjakan Solat Asar berjemaah.

Im hanya nak berkongsi sahaja pengalaman Im marah-marah yang bagi Im agak lain dari yang lain.Selama Im marah Im hanya senyap tapi dalam kisah di atas,itulah the last one.Waktu tu perasaan sabar Im hilang.Sebelum ni boleh je bersabar.Hai entah laa,tekanan sungguh la tu.Bicara tentang marah,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)

Huraian hadis ini ialah:

~✿..Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.

~✿..Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah.

~✿..Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun Rasulullah S.A.W tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)
Sesungguhnya Allah sangat cinta akan hamba-Nya yang dapat mengawal kemarahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik. Sifat suka marah adalah suatu sifat yang dikeji dan suatu tabiat buruk. Jika seseorang itu menghambakan dirinya kepada sifat marah, nescaya terhasillah kesan-kesan yang memudharatkan dirinya sendiri khususnya dan masyarakat umumnya.

Oleh itu Im hendak kongsikan kepada readers langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal perasaan marah kita. 

1. ~✿.. Diam

Mengambil sikap mendiamkan,sikap ini sering Im nampak diamalkan oleh kebanyakan masyarakat,kalau marah just diamkan diri.
hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Selalunya apabila manusia marah, sukar baginya untuk mengucapkan kata-kata yang baik.Mesti kadang-kadang tu keluar carutan,kata-kata kesat dan macam-macam yang negatif. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.

2. ~✿.. Mengucapkan Istia'zah dan Beristighfar
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T. dengan mengucapkan Isti'azah.Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.

3. ~✿.. Duduk atau baring

Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri bagi memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya begitu juga berbaring jika tengah marah dalam keadaan duduk.

Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)

4. ~✿.. Wudhuk

Kalau marah hendaklah  kita mengambil wudhuk, di mana kemarahan itu datangnya daripada syaitan yang dicipta daripada api. Maka oleh yang demikian,padamlah api kemarahan itu dengan menggunakan air wudhu'.Dengan izin Allah Insyaallah api kemarahan itu akan terpadam sedikit demi sedikit.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud) 
"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.

Kesimpulannya,marilah kita sama-sama mengamalkan 4 cara mudah di atas bagi mengawal sifat marah.Marah yang tidak terkawal hanya akan memburukkan keadaan malah sangat tidak disukai oleh masyarakat.Sabarlah dalam menghadapi ujian dan dugaan.Janganlah cepat melenting dan meletup.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Sabar merupakan perisai manakala 4 langkah di atas adalah benteng pertahanan jika perisai itu tidak dapat menghalang api kemarahan manusia.Selamat Beramal!

…Ketika kemarahan memuncak..

Tak sedar rayuan syaitan berbisik mesra untuk luapkan amarah,
mendidihkan hujah dan panasnya kata-kata,
Teriakan serta lontarkan kalimat tak bermakna

Musuh-musuh pun saling berdatangan,
Memperbanyak penyakit yang muncul di jiwa,
Membuat adunan pikiran semakin berhimpitan,
Dan semakin mempersempit setiap perjalanan..

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

4 comments:

aten said...

asslamaualaikum:)
weyh,aq tgh mrh td,then aq on lappy,bukak dashboard,twitter sume.
aq bce blog ko.mcm tau2 je.haha.thanks untuk doa tu:)

Muhammad Naa'im said...

Waalaikumussalam... haha ada hikmah jugak ak lambat update blog....

aten said...

haha.tu la pasal.sabar je lah aq dgn kawan aq tuh.

Muhammad Naa'im said...

Sabo je la ye.... aku pon kadang2 jerit sorang2 kat umah.... haha

>