Jom La ikut....

Thursday, 9 February 2012

Another Him?! (First story)

Assalamualaikum,

Pada hari ini Alhamdulillah Im rasa segar sikit dan dapat menghadiri kelas dengan rasa selesa tanpa rasa mengantuk pon sebab Im dapat tidur awal kelmarin.Pukul 12 suku tak silap (bagi Im tu kira awal la jugak).
Kat bengkel pagi tadi Im terdengar kawan-kawan Im bersembang tentang KLON.

Im waktu tu tengah baca majalah,bila dengar perkataan klon ni terus Im terbayang tentang teknologi masa yang akan datang akan tercipta sebuah mesin yang dapat menghasilkan klon manusia yang banyak bagi membantu menyelesaikan sesuatu kerja atau atas kehendak empunya mesin.(Imaginasi kurang skit)



Bila cakap pasal klon ni sebenarnya diri kita ni dah ada 'klon' sejak kita lahir lagi.

Im teringat sebuah kisah kat SERATAS tu di mana ada seorang pelajar ni orang panggil dia Eim.


Tak silap Im waktu tu waktu malam sabtu,malam free night iaitu malam di mana pelajar tiada waktu prep malam dan bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja kecuali blok-blok akademik.Ye la,cikgu risau nanti ada yang ambil kesempatan dating kat dalam kelas dalam keadaan gelap.

Malam tu pelajar boleh pilih sama ada hendak lepak kat dorm,tengok tayangan video kat dewan besar,menonton televisyen di asrama,beriktiqaf kat surau,lepak kat kantin atau membeli-belah di kantin.Waktu tu Eim ni die lepak kat kantin,ramai gak pelajar tengah lepak-lepak dan sembang-sembang kat situ.Eim duduk sorang-sorang sambil makan biskut Tiger susu kegemarannya.

Suasana ketika tayangan video malam free night...
Jam sudah pukul 9 malam,Waktu supper dah 20 minit berlalu.Eim angkat kaki pergi ke dewan makan.Pada pertengahan jalan Eim baru teringat yang dia terlupa nak ambil buku rujukan Biologi dari kelasnya untuk buat ulangkaji di dorm.Eim pergi blok akademik untuk ke kelasnya walaupon tempat tu adalah tempat larangan bagi pelajar.Eim pergi senyap-senyap dan berhati-hati agar tidak ditemui warden yang tengah meronda.

Gelap dan senyap je.Sorang pon xde.Eim masuk kelas yang terletak di hujung blok atas,5 Waruna,dia masuk dan terus capai buku rujukan Biologi yang dah ada dalam mejanya.Jam menunjukkan pukul 9.45 malam.Ketika hendak turun tangga,Tiba-tiba dua orang kawan dia,Muaz dengan Ahmad berlari dan menerpa ke arahnya lalu bertanya secara kelam-kabut.

"Wei,hang baru je keluar dari kelas ke? baru datang blok akademik ke?".

Eim jawab je la ya dan die rase pelik sebab muka kedua-dua kawannya mula pucat dengan jawapan yang Eim bagi.Eim tanye,"korang ni apehal? macam nampak hantu je?".


Mereka jawab serentak,"Kami nampak hang berkeliaran kat kawasan blok akademik kot tadi!"."Ha? Hampa biar betoi.....,"balas Eim."Cuba hampa cerita apa yang berlaku ni?"

Muaz dan Ahmad mula bercerita,

Pukul 9 tadi,Muaz dan Ahmad nampak Eim berjalan ke arah bilik muzik yang bersebelahan dengan kantin.Sebelah bilik muzik pula terdapat lorong untuk ke belakang bilik muzik dan sebelah lorong itu pulak adalah bilik kaunseling.Mereka berdua mengekori Eim sambil memanggil nama Eim tapi Eim tak bagi sebarang respon pon.Tiba-tiba Eim masuk ke lorong tu dan apabila Muaz dan Ahmad turut masuk lorong tu mereka tidak nampak pon Eim.

Dengan rasa anehnye mereka pergi ke belakang bilik muzik tu namun Eim masih tidak kelihatan.Muaz dan Ahmad sebenarnya berniat untuk pergi ke kelas untuk ambil buku-buku rujukan untuk mengulangkaji pelajaran.

Pasal Eim tu mereka abaikan dan mereka teruskan perjalanan menuju ke kelas yang berada pada blok yang paling hadapan.Masuk kelas,cari buku,keluar kelas.Waktu mereka keluar,mereka ternampak kelibat Eim keluar dari kelas 5 Waruna dari hujung blok terus menuju ke arah tangga yang berada di pertengahan blok tanpa menoleh muka langsung dan hanya memandang ke bawah.

Mereka dah mula rasa tak sedap hati.Mereka cepat-cepat turun ke bawah dengan menggunakan tangga tetapi Muaz berasa dia tertinggal sesuatu yang penting di kelas.Mereka memberanikan diri untuk kembali semula ke kelas dan waktu itulah mereka terserempak dengan Eim yang sebenar.


Agak-agak readers siapakah Eim yang mereka nampak sebelum tu ye? Menurut abang yang jage kedai koperasi,die lebih arif pasal bende ghaib ni mengatakan bahawa kelibat manusia yang mereka nampak itu adalah Jin Qarin Eim itu sendiri.Jin Qarin ni takkan bagi respon terhadap sekeliling dan tidak akan dilihat oleh pemiliknya iaitu Eim sendiri.Setiap manusia ada Jin Qarin Masing-masing.

Kesian Eim tu.Im dengar sendiri cerita itu daripada Eim.hehe

Apa itu Qarin?

Qarin dalam bahasa Arab bermaksud teman atau rakan.Sebenarnya sejak lahir lagi,Allah menjadikan dua Qarin untuk kita satu dari bangsa malaikat dan satu dari bangsa jin. Dan rupa,wajah mereka sebijik macam kita, boleh kata mereka adalah kembar dan klon kita. Qarin bangsa malaikat bernama Mulham mengilhamkan dan membisikkan kebaikan kepada kita manakala Qarin jin bernama Ahraman mengilhamkan dan membisikkan kejahatan kepada kita. Hanya Qarin jin Rasulullah s.a.w. telah Allah Islamkan dan hanya mengilhamkan kebaikan (Sebab tu Nabi maksum).
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin (Ahraman), dan juga Qarin daripada bangsa malaikat (Mulham). Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:
Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang
kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.
Tak ade Jin Qarin yang Islam kecuali Jin Qarin Baginda Rasulullah SAW.Jin inilah yang sentiasa membisikkan perasaan ragu-ragu,melalaikan solat kita,memalaskan kita membaca Al-Quran dan sentiasa mengajakkan kita melakukan kemungkaran.Malah ia bekerja sekuat tenaga dan bersungguh-sungguh untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.


Bagi menyeimbangkan perkara ini,Allah telah utuskan Qarin dari bangsa Malaikat (Mulham) untuk mendampingi kita selain daripada bangsa jin.Malaikat ini akan sentiasa membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan.

Jin Qarin (Ahraman) di sebelah kiri manakala Malaikat Qarin pula di sebelah kanan.Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh jin qarinnya lemah tidak berdaya.Kita mampu untuk melemahkan Jin Qarin kita.

Caranya mudah sahaja,Kita ikut sahaja apa yang Malaikat Qarin bisikkan kepada kita.Rasa nak buat kebaikan teruskan buat.Jangan rasa ragu-ragu.Andai kata was-was,Banyakkanlah beristighfar agar ditetapkan hati untuk teruskan kebaikan itu.Qarin jin dan qarin malaikat sering bertanding bagi menguasai minda dampingannya bergantung kepada kekuatan iman dan nafsunya.

Lagi satu amalkanlah pembacaan doa-doa harian dan zikrullah serta ayat-ayat al-quran.Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan sudahi dengan Alhamdulillah.Simple.

Cube baca situasi di bawah:
(Bersambung pada post seterusnya)

Burung-burung terbang di udara tidak jatuh
Itulah Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w
Perahu-perahu terapung dipermukaan laut tidak tenggelam
Itulah Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w
Hujan membasahi bumi suburlah tumbuh-tumbuhan
Itulah Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w
Matahari menyinarkan cahayanya segarlah segala penghidupan
Itulah Selawat dan salam-Mu ke atas Muhammad s.a.w. Engkau sentiasa berselawat dan salam
Ke atas kekasih-Mu, Muhamamd s.a.w
Wahai Saidina Muhammad s.a.w
Pada tanganmu jua terdapat cangkir air penghidupan
Air yang membasahi tengkuk yang dahagakan kasih Ilahi.
Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

8 comments:

Shaznina Sofia said...

klo manusia ade klon musty smothing will be happend.. burok atau baik.. :)

Muhammad Naa'im said...

macam cite cicakman tu la... kalau baik tuan punya klon maka baiklah klonnye.Begitu jugak sebaliknya...

dirimu sepertiku said...

seram jugak mule2 bce..tp betul pun..sangat smart dan syukran atas perkongsian yang mengingatkan diri pada kebaikan dan melarang pada keburukan..mabruk sebab berjaya menarik perkataan 'klon' kepada sebuah cerita yang penuh intipati...

Muhammad Naa'im said...

Afwan ya,.... :)) Sharing is caring.. (n_n)

Freddy Zack said...

Naa'im, sape Muaz ngan Ahmad? Ce cite kat aku kat blog ak k.. nak tau gak!

Muhammad Naa'im said...

hehe name palsu je tu fadily....

Anonymous said...

Salam.. Menarik gk post ni.. Sbb nya aku ada pngalaman jgk psai klon ni dekat blok yg ada bilik warden dpan kolam tu.. klas pling hujung dkat bengkel KH klas yg bwah skali..

Time pn sama wktu free nite.. Ingt aku sorang ja ada pngalaman ni.. Ada jugak bdk SERATAS lain yg dpat rsa.. Haha.. Mai aku crita skit.. Sori tuan pnya blog, tumpang crita kt sni.. Brmnat nk kongsi sbb pengalaman yg sma kt SERATAS..

Mlm free nite tu, time tu aku form 4.. Mmber belikan yong tau foo ltak dlam loker aku kt kelas.. Aku nk p amek tp cuak gk nk p sorang2.. Dri dpan dewan besaq aku jalan smpai dpan bilik warden yg tutup.. Tak ingat la sapa duty mlm tu.. Aku brhnti sbb cuak nk p klas kt ujung sana..

Tiba2 dri dpan blik warden tu aku nmpak bdk kls aku sorang trun dri tangga yg ujung sana jalan msuk dlm klas.. Aku knpem aku nmpak bdk klas aku.. So aku lari ar cpat2 p kt klas smntara ada org.. Straight ja aku lari tk pndang kiri knn smpai klas aku kt ujung..

Skali sampai kelas... Haram tak dak org pn lmpu pn tutup.. Tiba2 meremang tengkuk aku.. Aku bkak loker amek mkanan trus caw blek dorm..

Itu je ar.. Bdk klas aku tu tk p pn klas.. Aku nmpak sapa td tu ntah..?

Sori tuan pnya blog aku post kt sni.. Dlam kpala aku trtanya satu bnda ja, sapa abg ko-op yg gtau psai Qarin ni..?

Muhammad Naa'im said...

terima kasih atas perkongsian cerita ya, pekerja sementara je kot abang tu, x taaruf plak dengan abang tu, haha

>