Jom La ikut....

Thursday 16 February 2012

Cincinku~~

Assalamualaikum W.B.T,

Empat hari yang lepas Im telah diminta oleh guru giatmara Im untuk pergi menguruskan pemasangan Public Adress System (PA sistem la bahasa mudahnya) di Dewan JKKK Tanjung Piandang.Di dewan tu ada Majlis Penutup Gen Y Giatmara yang akan dirasmikan oleh Orang Besar Giatmara (Im tak ingat la siape =.=').

Im pergi awal sehari dari program tu berdua dengan cikgu Im untuk membuat persediaan awal dan membuat pemeratian terhadap persekitaran dewan tersebut.Yang sedihnya penginapan homestay yang sepatutnya disediakan untuk kami telah diambil orang lain.

Maka petang tu cikgu Im merantau 3 NEGERI (Perak,Kedah,Pulau Pinang) untuk mencari tempat untuk bermalam.Tak kisah la hotel ke,homestay ke,rumah tumpangan ke asalkan ada katil cukuplah.Dah nak dekat Maghrib dah akhirnya kami memilih untuk tinggal semalam di Hotel Foo Susan di tengah-tengah pasar malam Parit Buntar.

Bilik hotel tu pon boleh tahan.Bayaran tidur menginap satu malam pon okey je,RM60.Alang-alang bermalam di hotel tengah-tengah pasar malam Im ambil kesempatan masa untuk bersiar-siar dalam kawasan pasar malam tu.Tengah jalan-jalan melihat barangan jualan Im terserempak dengan kawan SERATAS Im,Amirul Mustaqim sedang berjalan-jalan berseorangan sambil membawa bungkusan makanan yang dibelinya.Kami berjabat tangan dan terus beredar.

Im hanya beli apam balik dan minuman limau ais je sebab memang itu makanan dan minuman kegemaran Im.Asal pergi pasar je memang apam balik wajib Im beli.Jalan,jalan dan jalan mata Im tertarik kepada cincin yang dipamerkan oleh satu gerai barangan kemas.Cincin.Rasa macam nak beli je.Cincin silver bertatahkan batu  berwarna hijau.


Sebenarnya tiga hari sebelum tu juga kawan baik Im ada mengajak Im untuk memakai cincin.Perasaan ragu-ragu tu memang ada tapi pakai cincin bagi lelaki dan perempuan adalah sunnah baginda Muhammad SAW dengan syarat tertentu.Antara syaratnya adalah: 

Si pemakai hendaklah memakai cincin hanya:
‎~..Di jari kelingking
~..Di jari manis
Kerana inilah pesanan baginda Muhmmad SAW kepada Saidina Ali selepas Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda.
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)
Semua orang baik lelaki atau wanita amat digalakkan untuk memakai cincin pada jari kelingking dan jari manis.Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dan kelingking dipandang, malah dapat pahala pula.
Menurut Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)
Di bawah adalah pandangan-pandangan ulama’ mengenai pemakaian cincin ni:

~.. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

~.. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

~.. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyidina Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

~.. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Disebabkan kita ni duduk di Malaysia,Mazhab yang kita pegang adalah mazhab Syafie’,maka ikutlah pandangan mazhab Syafie’ di atas tu.Pandangan yang ketiga tu.

Jari manis dan kelingking

Dan jangan sama sekali memakai cincin:
~✿..Di jari hantu
~✿..Di jari telunjuk

Hal ini kerana,Nabi Muhammad SAW sendiri melarang memakai cincin di jari-jari tersebut sebab memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Bagi wanita,mereka bebas hendak memakai cincin apa-apa pon tak kira la cincin besi ke,cincin timah ke,cincin emas ke,cincin perak ke,tak kisah pon manakala lelaki pula dilarang sama sekali untuk memakai cincin yang diperbuat daripada emas.
Rasulullah SAW mengambil sutera, baginda letakkan di sebelah kanannya dan baginda mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lalu baginda berkata:
"Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku."
(Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi SAW mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah.
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Cincin emas ni selalu dipakai oleh golongan orang yang kaya-raya sampai dia lupa bahawa pemakaian emas bagi lelaki adalah haram.Bukan sahaja cincin,jam tangan,gigi,gelang emas juga haram dipakai oleh lelaki.

Sebaiknya pakailah cincin perak kerana baginda Muhammad SAW pernah memakainya.
“Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepeada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].
Menurut Ibn Taimiyah ra. :-
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi saw memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].
Memakai cincin menurut SUNNAH yang diperbuat daripada PERAK adalah HARUS bagi lelaki manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas.

Cincin suasa,lelaki jangan pakai!!
Jadi bagaimana dengan cincin suasa? Adakah golongan lelaki dibenarkan memakainya? Suasana ni merupakan campuran tiga logam iaitu tembaga,perak dan emas.
~✿.. Tembaga 70%
~✿.. Emas 20%
~✿.. Perak 10%
20% emas? Sudah semestinya pemakaian cincin suasa bagi lelaki adalah haram.

Ust. Azhar Idrus Berkata,
"Apa yang saya ketahui HUKUM memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah HARAM kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih sekalipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.."
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samaada emasnya sedikit atau banyak.."
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.."
Kesimpulannya,memakai cincin adalah sunnah dan hendaklah memakainya di jari kelingking dan jari manis sahaja serta sebaiknya pada tangan kanan.Lelaki dilarang sama sekali untuk memakai cincin emas kecuali bagi wanita.

Cincin Im ni murah je,tak sampai RM50 pon.Yang takde batu tu RM25 manakala yang ada batu pulak RM45.Yang Im beli dekat pasar Parit Buntar tu yang ada batu tu lah.Kedua-dua cincin ni Im pakai di jari manis sebelah kanan.

Setelah pakai cincin ni Im rasa selesa je.takde ape-ape yang pelik pon.

Kadang-kadang orang akan pandang pelik kepada lelaki yang memakai cincin ni tetapi inilah akhir zaman,kebanyakan sunnah nabi ditinggalkan dan sudah mula dianggap asing serta aneh.Oleh itu kepada kaum lelaki marilah kita sama-sama laksanakan sunnah nabi yang simple ini.Kepada yang sudah pakai tu teruskanlah pakai ye.


Inilah cincin Im.

Welcome to the Sunnah World!!! 






Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>