Jom La ikut....

Sunday 5 February 2012

Sanah Helwa Ya Kekasih Allah!

Asalamualaikum W.B.T. wahai pembaca sekalian...

Hari ni Im tak berapa sihat sangat sebab,pening kepale,hidung gatal rasa macam nak selesema je.Takpe,lame-lame nanti baik la tu,salah satu cara untuk Allah hapuskan sebahagian dosa-dosa hamba-Nya.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan,kepayahan,sebarang jenis kesakitan,dan kesedihan malahan kedukacitaan,melainkan dihapuskan sebahagian dosa-Dosanya." (Riwayat bukhari dan muslim)
Just bersabar dan banyakkan berzikir kepada-Nya Yang Maha Berkuasa.

Alhamdulillah dua hari yang lepas adalah hari lahir kekasih Allah,pemimpin sanjungan serta Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W.Memang agak terlewat untuk Im buat post ni tapi takpela...



Pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masihi turunnya rahmat untuk keseluruhan alam,lahirnya seorang nabi yang bakal membawa umat manusia kembali kepada Allah setelah sekian lama mereka menyembah berhala serta lari daripada suruhan Allah.Baginda Muhammad SAW merupakan penutup segala nabi dan rasul.Oleh itu tiada lagi Rasul pada zaman kini walaupon masih ada segelintir manusia yang mengaku mereka adalah nabi dan rasul yang baru dilantik.
Dari Jubair bin Muth’im ra. bahwa Muhammad Saw. bersabda, “Aku adalah Muhammad, dan aku adalah Ahmad, aku adalah al-Mahi (yang menghapus) yang kekafiran dihapuskan melalui (perantaraan) aku, aku adalah al-Hasyir yang mana manusia dikumpulkan (setelah tegaknya hari kiamat) setelah diutusnya aku, dan aku adalah al-‘Aqib (penutup) yang tidak ada nabi setelahnya.” (HR. Al-Bukhari no. 3339 dan Muslim no. 2354)
Dari Hadis Anas bin Malik ra. bahwa Muhammad Saw. bersabda, “Sesungguhnya kerasulan dan kenabian telah terputus, maka tidak ada Rasul setelahku dan tidak pula nabi.” (HR. at-Tirmidzi no. 2272, Ahmad, 3/267, Al-Hakim dalam al-Mustadrak. Disahihkan oleh al-Albani rahimahullahu dalam Sahih at-Tirmidzi)

Golongan nabi palsu ni muncul setelah kewafatan baginda ketika baginda berumur 63 tahun.Golongan sesat tersebut telah diperangi oleh sahabat Rasul iaitu Abu Bakar as-Siddiq yang merupakan khalifah pertama kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin.

Sebelum lahirnya seorang pemimpin agung serta penutup para Rasul,tidak mustahil berlakunya segala peristiwa yang ajaib bagi menunjukkan betapa besarnya peristiwa kelahiran Pesuruh Allah ini.Antaranya ialah:

‎~✿.. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain.Urusan Bonda Rasulullah itu telah dipermudahkan Allah Yang Maha Agung.

‎~✿.. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.Good news for her.(n_n)

‎~✿.. Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)

‎~✿.. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

‎~✿.. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

‎~✿.. Aminah bermimpi turut menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''



Semasa baginda lahir pon terdapat peristiwa-peristiwa yang aneh.

~✿.. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Isa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.

~✿.. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

~✿.. Aminah melihat bayinya (Baginda Rasulullah) dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

~✿.. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

~✿.. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah.
Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."
~✿.. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

~✿.. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.

~✿.. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.


Setelah baginda lahir pon ade:

~✿..Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.

~✿..Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,

~✿..Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

~✿..Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.Maisarah iaitu pembantu baginda ketika berniaga ke Syam juga turut melihat tompokan awan yang melindungi baginda.

~✿..Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Bercakap tentang sambutan maulidur Rasul ni,Im sangat rindu akan sambutan ini ketika Im berada kat SERATAS tahun lepas.Macam biasa,ada perarakan membawa sepanduk ke sekeliling sekolah,pertandingan nasyid,marhaban,tilawah al-quran,tulisan khat dan melukis poster.

Disebabkan Im terlibat dalam pengurusan teknikal dan multimedia bagi tayangan video,Im tak dapat untuk turut serta dalam pertandingan tersebut.Seingat Im,video yang ditayangkan adalah cerita Muhammad The Last Messenger dengan cerita ketika cinta bertasbih.Satu di dewan besar dan satu lagi di dewan kuliah.Ketika Cinta bertasbih di dewan kuliah semestinya dipenuhi dengan pelajar wanita.Im tak kisah asalkan duit masuk tabung BADAR SERATAS... hahaa (n_n)

Mari berselawat.... Feveret Im adalah selawat burdah.


مَوْلاَيَ صَلِّ وَسَلِّمْ دَائِمًا اَبَداً *
عَلَى حَبِيْبِكَ خَيْرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
Wahai Tuhanku, selawat dan sejahterakanlah selama-lamanya ke atas kekasihMu (Muhammad s.a.w), sebaik-baik sekelian makhluk. 
اَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنْ قَوْلٍ بِلاَ عَمَلٍ *
لَقَدْ نَسَبْتُ بِهِ نَسْلاً لِذِى عُقُمِ

Aku minta ampun padaMu Ya Allah, daripada perkataan tanpa amalan. Sungguh demikian itu seperti mencari keturunan dengan isteri yang mandul.
اَمَرْتُكَ الْخَيْرَ لَكِنْ مَا أْتَمَرْتُ بِهِ *
وَمَا اسْتَقَمْتُ فَمَا قَوْلِى لَكَ اسْتَقِمِ

Aku menyuruhmu berbuat baik padahal tidak aku lakukan dan aku perintahkan engkau beristiqamah padahal aku tidak beristiqamah. 
وَلاَ تَزَوَّدْتُ قَبْلَ الْمَوْتِ نَافِلَةً *
وَلَمْ اُصَلِّى سِوَى فَرْضٍ وَلَمْ اَصُمِ

Tidak aku membuat bekal sebelum mati daripada amalan sunat dan tidak aku sembahyang / puasa melainkan yang fardhu sahaja. 
ظَلَمْتُ سُنَّةَ مَنْ أَحْياَ الظَّلاَمَ إِلىَ *
اَنِ اشْتَكَتْ قَدَمَاهُ الضُّرَّ مِنْ وَرَمِ

Aku telah menzalimi sunnah Nabi s.a.w yang telah menghidupkan kegelapan malam dengan ibadat sehingga kakinya bengkak dengan kesakitan. 
وَشَدَّ مِنْ سَغَبٍ أَحْشَاءَهُ وَطَوَى *
تَحْتَ الْحِجَارَةِ كَشْحاً مُتْرَفَ اْلاَدَمِ

Baginda mengikat perutnya jika terasa lapar dan menganjal perutnya dengan batu bagi menahan lapar. 
وَرَاوَدَتْهُ الْجِبَالُ الشُّمُّ مِنْ ذَهَبٍٍ *
عَنْ نَفْسِهِ فَاَرَاهَا اَيَّماً شَمَمِ

Gunung-gunung yang tinggi menawarkan diri untuk menjadi emas, tetapi baignda enggan menerima tawaran itu. 
وَاَكَّدَتْ زُهْدَهُ فِيْهاَ ضَرُوْرَتُهُ *
اِنَّ الضَّرُوْرَةَ لاَ تَعْدُو عَلَى الْعِصَمِ

Kehidupan yang penuh kepayahan menguatkan kezuhudannya. Sungguh keperluan yang mendesak tidak mempengaruhi jiwa yang terpilih. 
وَكَيْفَ تَدْعُو اِلَى الدُّنْياَ ضَرُوْرَةُ مَنْ *
لَوْلاَهُ لَمْ تُخْرِجِ الدُّنْياَ مِنَ الْعَدَمِ

Bagaimana dunia dapat mempengaruhi Baginda sedangkan kalau bukan kerana Baginda dunia tidak akan dicipta. 
مُحَمَّدٌ سَيِّدُ الْكَوْنَيْنِ وَالثَّقَلَيْنِ *
وَالْفَرِيْقَيْنِ مِنْ عُرْبٍ وَمِنْ عَجَمٍ

Nabi Muhammad s.a.w itu penghulu dua alam (dunia dan akhirat) dan penghulu jin dan manusia dan pemimpin bangsa Arab dan Ajam. 
نَبِيُّناَ اْلآمِرُ النَّاهِى فَلاَ اَحَدٌ *
اَبَرَّ فِى قَوْلِ لاَ مِنْهُ وَلاَ نَعَمِ

Nabi kami yang menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran. Maka tiada seorang pun lebih baik perkataannya daripada Baginda ketika berkata ya atau tidak. 
هُوَ الْحَبِيْبُ الَّذِىْ تُرْجَى شَفَاعَـتُهُ *
لِكُلِّ هَوْلٍ مِنَ اْلاَهْوَالِ مُقْتَحِمِ

Bagindalah kekasih tercinta yang diharapkan syafaatnya, menyelamatkan kita dari segala kebimbangan yang menyelubungi hati

Alhamdulillah kutipan duit sempena sambutan itu cukup memuaskan ditambah lagi BADAR mengadakan jualan seperti minuman,kismis,buku-buku ilmiah dan banyak lagi.Pokoknya Im rindu sangat sambutan Maulidur Rasul kat SERATAS!!

Kelmarin tengok tak movie Last Message kat tv al-hijrah atau siaran 114? Sedih kot... Klau tak tengok jom hayati video di bawah yang Im sediakan ni.

Hayatilah video ni:


Juga yang ini:


Tak lupa juga yang ini:



Sungguh Muhammad itu Pesuruh Allah
dia manusia teladan sepanjang zaman
dia Rasulullah pengakhir para nabi dan rasul
Rasul pembawa rahmat seluruh alam;
walau ada manusia seolah dengki akan peribadinya
sejarah tidak pernah lupa menekat rakam
zaman terus berlalu dengan sirah merangkum seluruh era

Wahai junjungan Rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang membetulkan Jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan;
namun sirahmu terus menyinar merentas era dan zaman
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah

Wahai pemimpin yang unggul
seluruh umat bahkan semua kehidupan menjadi amanahmu
engkau hadapi cabaran berdarah penuh cekal
tawakal dengan rahmat Allah
engkau pemaaf umat Quraisy dan Thaqif
engkau penyayang umatmu
sedang engkau di hujung nyawa;

Ingatlah….
Cinta agung cinta Rasulullah terhadap umat
Cinta suci cinta Khatijah pada Muhammad
Cinta indah cemburu Aisyah pada Khatijah
Cinta anak cinta Fatimah az-Zahrah pada Muhammad

Pesanmu “Aku tinggalkan Kitab Allah dan Sunnahku”
itulah khutbah terakam
dalam lipatan sejarah
terus mempedoman manusia seluruh alam.



Juara nasyid sekolah!!

Menyiapkan Sepanduk untuk rumah enggang!! Rumah im la tu

Bersiap sedia untuk perarakan....

Tilawah al-quran... pelajar ni lah juaranya

Latihan nasyid di belakang dewan besar.... smart!!

Posing dulu sebelum naik pentas
Pengetua and her assistant turun padang!!

Yang ni pon same, rindu korang sume!!





Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>