Jom La ikut....

Friday 3 February 2012

Our Strongest Weapon!!

Assalamualaikum W.B.T. :)

2 hari lepas, Im balik agak lewat sikit dari kelas giatmara sebab Im ingatkan ada kelas tambahan untuk amali,rupe-rupenye takde.(=.=') Kelas tambahan ni bebas untuk pelatih-pelatih ingin turut serta atau tak.Takpelah,mungkin bukan rezeki Im untuk hari ini walau mate Im dah penat membaca kod-kod warna perintang same seperti hari sebelumnya.

Mak Im call dan bagitau yang mak jemput Im dekat depat Bank BSN.Tengah-tengah Im berjalan kaki ke bank tu,Im terdengar perbualan pakcik-pakcik kat sebuah restoran.Im dengar sepintas lalu je pakcik tu mengeluh,"Ntahla wei,aku doa banyak kali pon Tuhan tak kabulkan doa aku pon.. buang mase je aku doa,huh!"



Rasanya mesti ramai di antara kita as Umat Islam ni yang pernah mengeluh kerana apa yang kita doa dan impikan tidak menjadi kenyataan.Malah ada yang kata,"doa hanya tinggal doa sahaja" dan macam-macam lagi keluhan.

Apa itu doa? Doa ni macam permintaan dan permohonan kepada Tuhan perkara yang dibenarkan syarak.Cube baca situasi di bawah:
Kisah 1:
Terdetik dalam hati si anak apabila melihat apabila melihat ayahnya bersiap untuk pergi meeting Syarikat Besar di Kuala Lumpur sana,"Harap-harap ayah selamat pergi dan balik."
Kisah 2:
Terdetik dalam hati si dara apabila melihat si teruna menaiki bas ekspres untuk mencari pendapatan lebih di Singapura,"Harap-harap sayang dapat duit lebih,nanti boleh cepat kita bernikah." (Sweet... n_n)
Kedua-dua kisah ni mempunyai matlamat yang sama iaitu harapan.Harapan juga adalah hasrat untuk mendapatkan sesuatu.Harapan dengan doa ni sama sebab ia bertujuan agar permohonan kita dimakbulkan.Siapa yang makbulkan? Sudah semestinya adalah Yang Maha Pemurah iaitu Allah S.W.T.


Doa ini merupakan komponen hidup yang sangat penting dalam kehidupan kita.Pernah dengar bukan kisah tentang Syaitan yang berkata kepada kawan-kawannya,"Malam ini ada orang yang baik hati nak bagi kita makanan dan tempat tidur,follow me guys!!" dan ada juga Syaitan yang berdukacita kerana tiada orang yang nak bagi makanan dan tempat tidur untuk mereka.

Kepada yang sudah tahu,kita just buat revision dan mengingatkan kerana manusia ini sering terlupa bukan? Kenapa Syaitan yang first dapat makanan dan tempat tidur mankala yang kedua tidak? Senang je... orang pertama tu tak baca doa ketika masuk rumah dan hendak makan manakala orang yang kedua pula membaca doa.

Tak mustahil ada yang kata dengan muka selamba,"Apa barang la berdoa? Budak tadika boleh la baca macam permainan.Macam budak-budak je asyik nak berdoa.Dah besar-besar ni tak yah pon takpe,bukannya rugi apa-apa pon."Bukannya rugi? Salah! Kita rugi besar kot kalau tak baca doa.

Doa juga bererti kita memohon keberkatan daripada Allah.
Doa itu adalah zikrullah.Memulakan sesuatu tanpa memohon izin tuhan sekalian alam bererti kita ini makhluk yang sombong dan bongkak.
Bahkan amalan yang kita kita buat tu belum tentu lancar,berhasil dan sukses.Kerana itu baginda bersabda:
"Setiap pekerjaan yang tidak dimulakan padanya dengan bismillah,maka pekerjaan itu akan terpotong dan terputus (iaitu cacat & kurang keberkatan)." 
Mcam yang Im cakap,doa itu adalah zikrullah,zikrullah itu adalah tanda kita mengingati Allah.Contoh-contoh zikir adalah alhamdulillah,masyaallah,subhanallah dan banyak lagi.Dengan kerap berzikir,hati kita insyaallah tidak akan lalai daripada mengingati Allah.

~✿..Tersepak batu,"Ya Allah!",
~✿..Tengok rama-rama cantik,"Subhanallah!"
~✿..Mendengar perkara yang tidak disukai,"Lahaulawalaquwataillah billahila'liyila'zim...."
~✿..Bangun tidur pada waktu pagi,"Lailahaillallah.."
~✿..Hendak suap makanan ke dalam mulut, "Bismillah..."
~✿..Ketika menerima berita baik,"Alhamdulillah,"
~✿..Terlihat perkara maksiat,"Masyaallah"
~✿..Ketika sakit "Astaghfirullah..."


Mudah je zikir ni.Mulut dah ada,zikir je la,bukan kene bayar duit pon.Kalau ada kawan yang kutuk? Biarkan sahaje,jangan rasa terkilan sebab apa yang kita buat adalah untuk mendapatkan keberkatan hidup daripada Allah S.W.T..

Waktu kita tengok cermin terutama bagi wanita yang selalu bermekap,waktu kita nak makan,Waktu pakai kasut,masuk tandas dan naik kenderaan,adakah kita mulakan dengan bacaan basmalah atau membaca doa?Konfem jarang sangat kan? Tidak hairan la syaitan sentiasa follow kita,ye la,dapat makan free,dapat tempat tidur free,dapat mekap free,sape yang tak nak kan?

Bila naik moto dengan kereta,memang jarang sungguh nak dengar perkataan "bismillah" keluar daripada mulut orang yang menghidupkan enjin kenderaan bukan? Maka yang jadi penumpang dan pembonceng kita adalah syaitan tu sendiri.Tidak mustahil la terdapat beberapa gangguan ketika memandu kereta dan menunggang motor macam nampat kelibat dalam kereta,terasa macam ada orang jadi pembonceng,terhidu bau yang amat busuk dan sebagainya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.


Apabila Syaitan menjadi penumpang juga boleh menyebabkan hati si pemandu boleh berbolak-balik serta tidak tenang terutama apabila mendapat berita yang menyedihkan seperti kematian.Maka pemandunya akan mudah beremosi lalu boleh menempah maut di jalan raya!
"Ingatlah Allah dan bacalah doa sewaktu memandu.Maka,dengan itu hati kita lebih aman dan selamat ketika memandu."
Selain doa naik kenderaan ni,terdapat juga pelbagai doa harian yang lain seperti doa ketika masuk dan keluar tandas,sebelum makan dan selepas makan,memasuki masjid dan keluar darpada masjid,ketika melihat cermin dan banyak lagi.Doa-doa inilah yang akan memastikan Syaitan tidak dapat nak ikut apa yang kita buat.Segala perbuatan kita yang dimulai dengan bismillah ataupon doa akan diredhai oleh Allah serta mendapat keberkatan-Nya.

Tengok cermin je baca doa.Nak makan je baca doa.Nak naik kereta pon baca doa.Amalkan lah selalu sampai ke tahap di mana mulut ni akan secara automatiknya berdoa apabila hendak melakukan sesuatu.Jadikan berdoa ni sebagai tabiat kita.Pastikan doa-doa harian itu dihafal dan dipraktikkan sedikit demi sedikit.

Tonton video ni....


Anda semua dijemput untuk tonton koleksi video Satan's Whispers....

Selalu juga kita dengar yang kawan-kawan,sanak saudara yang mengeluh apabila perkara yang dihajati tidak menjadi kenyataan juga ada juga yang kurang cerdik menyalahkan Allah dalam hal ni.Tak patut....

Dalam Al-quran juga berjanji, "Mohonlah kepada-Ku,nescaya akan-Ku kabulkan." Adakah ini bermaksud Allah mungkir janji? Tidak,doa ni nak makbul pon bergantung pada cara-cara doa itu diucapkan.

Sebagai contoh,Kita nak beli laptop baru yang berharga dalam RM1800,kita mintaklah dekat ayah tapi ayah tak bagi.Cuba kita pujuk ayah kita tu dengan muka "seposen" sambil urut-urut badan ayah.Pastu kita tawarkan diri untuk basuh kereta ayah selama sebulan serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh asalkan ayah janji nak beli laptop tu.Peluang untuk ayah terbuka hati untuk membeli laptop tu jadi sangat cerah.

Begitu juga dengan Allah.Doa tu memang la doa tapi bagaimana cara dan adab kita berdoa?
~✿..Bagaimana cara kita duduk? duduk tahiyyat ataupon berlunjur
~✿..Bagaimana keadaan tangan kita menadah? letak tangan di perut atau mengangkat ke paras muka?
~✿..Bagaimana suara kita mengucapkan? Suara takde perasaan atau suara desperate nak sangat?


Lagi satu,mak mintak tolong beli barang kat kedai kita malas,ayah mintak tolong urutkan badan kita pula pura-pura tidur,mak dan ayah suruh study kita pulak malas.Waktu kita mintak duit saku bulanan agak-agak mak ayah akan bagi tak? Tolong parents pon tak nak,ada hati nak mintak duit daripada mereka.

Samela halnya dengan doa.solat malas,puasa asyik nak ponteng,apa yang Allah larang kita buat,Segala suruhan Allah kita tak pulak buat.Agak-agak Allah nak ke makbulkan doa orang-orang yang sebegini?
Tanpa sekelumit pun rasa malu dan bersalah,ramai yang meminta ini dan itu dengan tangan ditadah meskipun tidak ambil kisah pun tentang solat!
Last situation,kite berdoa nak jadi kaya-raya tapi kerja kita kat rumah adalah R.M.T.(rehat,makan dan tido).Boleh kaya ke kita camtu? Doa ni kenelah diiringi dengan usaha dan ikhtiar.Dah usaha tu kenelah tawakal kepada Allah sambil berdoa lagi agar segala usaha yang kita buat tu mengeluarkan hasil yang memuaskan.Doa je kalau tak buat apa-apa usaha dan ikhtiar pon takde gunanya.
(TO BE CONTINUED............)


Doa umpama cahaya terindah,
Memujuk jiwa yang sedang gundah.

Doa senjata setiap Mukmin,
Bermula ‘Bismillah’ dan disudahi ‘Amin’.

Doa anugerah dari Yang Esa,
Tanda kasih seluas angkasa.

Dengan doa teguhlah harapan,
Hati mekar bersama impian.

Muslim sejati selalu berdoa,
Kala gembira mahupun berduka.

Doa disebut setiap ketika,
Menghalang bisikan syaitan celaka.

Kala berdoa beradab sopan,
Berakhlak santun menghadap Tuhan.

Dalam doa ada harapan,
Dalam harapan pahala berganda.

Allah tidak nampak di mata,
Tetapi bergetar di dalam jiwa.

Bergantung hidup pada manusia,
Esok lusa dia kan lupa.

Bergantung harap pada Ilahi,
Hidup pasti lebih diberkati.

Selepas solat panjatkan doa,
Zikir dan tasbih peneman utama.

Dengan mengingati Yang Maha Pemurah,
Hati bersih tiada gelisah.

Tika berjaya usahlah leka,
Bimbang ditarik nikmat yang ada.

Betapa besar rezeki digapai,
Selalu bersyukur tak pernah lalai.

















Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>