Jom La ikut....

Sunday 19 February 2012

Hatiku Terlintas Sesuatu.....

Assalamualaikum readers, :-)

Im mintak maaf sebab dah lama tak update blog.Im sangat sibuk dengan hal peribadi.Lepas ni Im akan cuba peruntukkan masa selewat-lewatnya 3 hari sekali untuk mengemaskini blog.

Hari ni Im nak share sebuah kisah di SERATAS yang berlaku pada diri Im ni.Sebelum tu,readers pernah dengar tak ape-ape info mengenai lintasan hati,instict,dan firasat? Mesti pernah kan? Inilah topik yang Im nak kongsi.

Waktu tu dah dekat trial SPM JPN,Im macam biasa kene pulau dengan kawan-kawan.Kene pulau pon sebab salah Im sendiri.Im pon keliru salah siapa waktu tu.Sedih je.Biarjelah,sendiri buat sendiri tanggung la kan.Sepanjang Im kene pulau tu,Waktu prep malam,Im tak lepak kelas Im langsung.Im just ambil buku-buku rujukan untuk study pergi ke arah hujung blok Pusat Sumber yang merupakan blok akademik ketiga yang banyak terdiri daripada makmal-makmal dan bilik-bilik khas.



Kawasan hujung blok tu memang sunyi je waktu malam-malam.Takde orang lalu lalang pon.Memang sesuai untuk Im studi sambil menenangkan diri.Begitulah rutin harian Im setiap prep malam sepanjang peperiksaan Trial SPM JPN.

Pada suatu malam tak silap Im malam Jumaat la kot.Im lepas habis tazkirah terus bergegas ke kelas.Kalau boleh nak je elak daripada bertembung dengan kawan-kawan.Tak tahu kenapa Im ttiba-tiba tergerak hati hendak mengikuti lorong gelap belakang blok akademik.Lorong tu memang sunyi dan di situ la di mana kawan-kawan Im nampak Qarin Im.Kisah Qarin tu ada di sini.

Nak pergi ke tak.Im pergi.Tak tahu mana datangnya keberanian nak lalu kawasan tu.Jalan,jalan dan jalan tiba-tiba Im ternampak sesuatu.Tengok-tengok di hujung blok tu Im ternampak dua orang lembaga.Macam kelibat dua orang manusia tengah berdiri di situ.Ni tak lain tak bukan pasangan kapel tengah dating la ni.

Kat sini la Im nampak pasangan tu.nampak tak longkang kat tepi tu? Im jalan sepanjang gelap tu la
Im tak sergah pon,Im just berjalan menjauhi blok dan berjalan sepanjang tepi longkang.Im jalan je dan memperlahankan pergerakan apabila berada sebaris dengan mereka.Apabila lihat perbualan mereka terhenti,Im pon berhenti berjalan."Dating ke? Dah,dah pergi masuk kelas,tak baik dating tambah-tambah berdua di tempat gelap ni."

Mereka perlahan-lahan beredar.Ceh,budak form 4 dengan form 3.Tak tahu malu betul.Entah mereka solat Maghrib ke tak.Lupe pulak Im nak tanye.Im nak report pon Im lupe nak cam siapa mereka tu.Ye la kan,Im tertekan dengan masalah sendiri.

Im bergegas pergi ke kelas nak ambil buku-buku rujukan.Malam tu Im tak studi kat hujung blok dan berhajat nak studi di kantin sekolah sebab ada kawan ajak studi di situ.Mungkin untuk malam tu je lah.Kalau keadaan baik di kantin mungkin Im akan teruskan studi di situ.

Waktu ambil buku-buku tu dah nampak dah kerlingan beberapa orang yang tak puas hati dengan Im.Dah nampak dah yang berbisik-bisik.Redha je lah.Im cepat-cepat menuju ke kantin tetapi Im tiba-tiba rasa tak sedap hati bila berdekatan dengan blok Pusat Sumber di mana Im jumpa pasangan dating tu.

Im jumpa pasangan tu dekat hujung blok di ground floor manakala waktu Im rasa tak sedap hati tu waktu berada di blok kedua,second floor,berdekatan dengan blok Pusat Sumber tu.Im tertarik dengan keadaan koridor Pusat Sumber yang tengah gelap tu.

gambar hiasan sahaja... tapi keadaan gelap tu lebih kurang camni la..
Im berjalan ke arah koridor gelap tu.Hati Im terlintas untuk bergerak ke arah kawasan gelap tu.Sekali lagi Im berjalan ke arah hujung blok.Gelap tu memang gelap tapi nasib baik Vitamin A yang agak banyak dalam badan membantu Im melihat dalam gelap.Waktu tu dah pukul 8.45 malam kalau tak silap.

Im berjalan menuju ke arah tangga di hujung blok.Hmmm tak ada ape-ape pon.Im lihat di bawah tangga.Nah,ada lagi pasangan dating.Im terus bukak lampu koridor dan lampu tangga.Ha! Tau pon takut.Dating dalam gelap tak takut pulak.Macam-macam la pelajar-pelajar ni.Sepatutnya datang sekolah nak cari ilmu,bukan nak buat maksiat.

Im tak cam jugak siapa.Malas nak ambil tahu.Malam tu entah kenapa instict Im kuat pulak nak terjah orang dating.Sebenarnya ada je lagi kisah yang berkaitan dengan firasat Im ni tapi Im just anggap perkara ini sebagai bisikan lintasan hati oleh malaikat Qarin Im untuk menghalang maksiat yang berlaku di persekitaran Im.

Setiap orang ada malaikat dan jin Qarin.Lintasan hati ni ada yang dibisikkan Malaikat Qarin dan ada yang dibisikkan oleh Jin Qarin melalui pertolongan Syaitan.Lintasan hati daripada Malaikat pastinya menuju ke arah kebaikan manakala lintasan hati daripada Jin dan Syaitan pula ke arah keburukan.Kisah Qarin ni boleh dibaca di sini.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”
Ibn Mas’ud r.a
Apa yang berlaku kepada Im malam tu rasanya lintasan hati yang dibisikkan oleh Malaikat Qarin Im yang bernama Mulham sebab ia membawa kepada ke arah kebaikan iaitu menerjah orang yang tengah buat maksiat.Ada 4 jenis lintasan dalam diri manusia ni.

Menurut iman al-Ghazali, secara umumnya lintasan hati terbahagi kepada empat :
✿ ܓLintasan hati : apa yang datang pada permulaannya yang dijadikan Allah s.w.t.
✿ ܓ Hawa nafsu : lintasan hati yang dijadikan Allah s.w.t. sesuai dengan tabiat manusia.
✿ ܓ Lintasan ilham : lintasan hati yang dijadikan oleh Allah s.w.t. hasil daripada ajakan malaikat mulham.
✿ ܓ Lintasan was-was : lintasan hati yang dijadikan oleh Allah s.w.t. hasil daripada ajakan dan bisikan syaitan serta jin ahraman.


Dari lintasan-lintasan inilah datangnya firasat dan instict ni.Firasat dan Instict,dua perkara yang sama dan sering berlaku kepada umat manusia.Di bawah merupakan situasi yang berkaitan dengan firasat dan instict.

Munir dan Sarah merupakan pasangan yang baru sahaja berkahwin dan sudah mempunyai tempat tinggal sendiri iaitu sebuah rumah banglo.

Situasi A
Pada suatu pagi,Munir seperti biasa bergegas ke tempat kerja sebagai seorang Pengurus pengeluaran produk sebuah syarikat yang agak terkenal.Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja,Munir tiba-tiba hati Munir terlintas sesuatu,rasa macam ada yang tak kena. 
Munir memberhentikan kereta dan berfikir.Dia cek balik bagasi kerjanya.Rupa-rupanya dia tertinggal sebuah dokumen penting syarikat dan Munir juga terlupa untuk memberi isteri dia wang keperluan untuk hari tersebut.Dia berpatah balik untuk pulang ke rumah.
Situasi B
Setelah 2 minggu berumah tangga,Munir telah dihantar ke luar negara oleh syrikat untuk menguruskan sebuah produk syarikat yang baru.Kira macam pergi outstation untuk beberapa minggu.Munir rasa berat hati tetapi demi perbelanjaan keluarga dan mencari nafkah Munir sanggup dan Sarah juga membenarkan pemergian suaminya.Sepanjang Munir bekerja,Sarah di rumah berasa sangat gelisah kerana dia langsung tidak dapat menghubungi suaminya itu.Bukan langsung tak dapat,ada la dalam 2 3 kali dapat je berhubung tapi si suami pulak cakap penggunaan telefon bimbit di situ amat terhad dan dia tak dapat nak bersembang lama. 
Oleh kerana rasa tidak puas hati dan marah dengan hal ini,di hati Sarah tiba-tiba terlintas yang suaminya itu curang dan sedang bermesra dengan perempuan lain.Pada pemikiran sudah mula terbayang perkara yang bukan-bukan.Bila Munir balik sahaja daripada outstation habis dia dimarahi oleh Sarah padahal memang betul Munir tak dapat guna telefon bimbit dalam masa yang lama malah dia tak pon bersama dengan perempuan lain.
Dalam kedua-dua situasi di atas,situasi A adalah lintasan hati kepada Munir yang hadir daripada Malaikat Mulham berdasarkan akal pemikiran dan rasa tanggungjawab.Situasi B pula adalah lintasan hati kepada Sarah yang hadir daripada Jin Ahraman dengan bantuan Syaitan berdasarkan perasaan marah dan cemburu buta.

Antara contoh lintasan hati daripada Malaikat Mulham adalah rasa nak pergi perpustakaan untuk studi,terdetik hati untuk menziarahi mak ayah di kampung,terfikir untuk melakukan kerja amal dan macam-macam lagi perkara kebaikan.


Malaikat inilah yang membisikkan kepada ibu Nabi Musa a.s. untuk mencampakkan Musa ke dalam sungai Nil dalam sebuah peti. Malaikat ini jugalah yang membisikkan kepada ibu Nabi Muhammad saw untuk memberikan nama Muhammad kepada rasul yang mulia. Malaikat ini jugalah yang membisikkan ilham kepada Sayidina Usman tentang zina mata yang dilakukan oleh seorang pemuda. 

Zaman berzaman hinggalah ke zaman kita ini, malaikat Mulham terus memainkan peranannya membisikkan ilham-ilham yang berupa intipati ilmu dunia dan Akhirat kepada orang-orang yang bersih hatinya. Jika kepada nabi dan rasul intipati ilmu ini dinamakan wahyu, kepada orang-orang yang bersih hatinya dinamakan laduni ataupun kadangkala dinamakan mukasyafah. 

Inilah yang menjadi buruan ahli-ahli sufi dalam mengejar dan mencari ilmu dunia dan akhirat. Mereka berlumba-lumba membersihkan hati di samping tidak mengabaikan mempelajari ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan kehidupan mereka. Inilah rahsia yang perlu kita ketahui untuk memudahkan kita dalam proses mencari ilmu Allah di muka bumi ini. Benarlah kata seorang ulama sufi terkenal di dalam madahnya ;
“Ilmu yang dihasilkan oleh fikiran atau bacaan
akan mudah jemu dan memberatkan fikiran,
tetapi ilmu yang diperolehi dari hati secara ilham
akan melapangkan dan menenangkan jiwa.”
“Ilmu yang jatuh ke hati (laduni) itu tepat,ilmu
hasil ijtihad boleh jadi betul boleh jadi salah'
Ilham daripada malaikat Mulham juga boleh kita dapat dengan sentiasa berfikir akan kebesaran Allah sebagai contoh kepada penyair dan penyajak yang hendak menciipta sebuah puisi,mereka akan merenung dan berfikir akan keindahan alam semula jadi ciptaan Allah.Dengan berfikir perkara yang baik-baik insyaallah ilham itu akan hadir.

Di bawah merupakan kaedah amalan dan doa untuk mendapatkan ilham dan firasat yang baik-baik.Kalau rasa nak buat,buat je lah.Tiada paksaan.Im hanya berkongsi ilmu.

Baca Ayatnya.

1) At-Taubah: 78 (1x)
2) Al-Mulk: 14 (33x)
3) Al-An’aam: 103 (33x)
4) Allahu Baathin, Ya Baathin, Ya Baathin, Ya Baathin..... (33x)


Diamalkan setiap selepas sahaja menunaikan solat Fardhu.

Ilham firasat itu boleh jadi lintasan imej dalam fikiran, lintasan rasa, lintasan idea, lintasan rasa emosi, lintasan gerak hati, malah boleh jadi terbukanya mata batin.
Amat berguna untuk perawat dalam merawat penyakit mistik. 


Manakala contoh lintasan hati daripada Jin Ahraman adalah terfikir untuk mencuri,rasa nak escape kelas atau kuliah,terdetik hati untuk memukul junior dan macam-macam lagi perkara yang buruk-buruk.Lintasan hati ini juga akan sentiasa terbit apabila hati kita penuh dan sebati dengan perkara mazmumah seperti hasad dengki,cemburu,marah dan sebagainya yang tidak baik.

Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan benci membenci, jangan berpaling muka dan jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak boleh membiarkan dalam kehinaan, tidak boleh membohongi dan menghinanya sesama Islam. Takwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya tiga kali, cukuplah kejahatan seseorang itu ia menghina saudaranya yang Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah, harta dan kehormatannya.
Kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha untuk mengelak daripada dipengaruhi dengan bisikan Syaitan dan ajakan Jin Ahraman ni yang merupakan Qarin kita,yang mendampingi kita sejak kecil lagi.Tugas kita adalah melemahkan jin tersebut.Jin Ahraman ni akan memanggil Syaitan untuk mengahasut kita so antara cara nak melemahkan jin tu adalah dengan menjauhi godaan dan bisikan Syaitan.

1. ✿ Dalam memulakan sesuatu perbuatan atau apa saje mulakan dengan:
&

2. ✿ Banyakkan berzikir dan berdoa , seperti doa-doa yang di ajarkan oleh Nabi SAW.(doa makan, doa masuk tandas, doa sebelum berjimak, doa naik kenderaan,
doa keluar rumah dan lain-lain lagi)

3. ✿ Amalkan membaca 3 Qul (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) sebanyak 3x selepas subuh dan selepas maghrib(Kalau baca terus Al ma'thurat lagi bagus) serta ayat Qursi.

4. ✿ Banyakkan membaca doa perlindungan kepada Allah SWT . Membaca doa perlindungan daripada Allah SWTseperti terdapat di dalam al-Quran surah al-Mukminun ayat 97-98.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan katakanlah :’Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari
bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka
tidak mendekatiku

5. ✿ Surah Al-Baqarah - surah ni panjang,sekurang-kurangnya kalau tak dapat baca pun, pasangkn cd atau mp3 darr komputer di dalam rumah.InsyAllah dalam masa 3 hari syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah kita. Perkara yang teramat di sukai oleh syaitan adalah memecah belahkn pasangan suami isteri dengan kata lain menceraikan pasangan suami isteri.Oleh itu kita amalkan moga-moga dapat di jauhkan dari gangguan syaitan..InsyaAllah..

6. ✿ Amalkan membaca "Lailahaillahllah wahdahula syarikala lahulmulkuwalahul hamduyuhyiyayumitu wahuwa a'la qullisyai 'in qadir" - amalkan selepas Subuh 100x, dalam 15 minit je.. ni ialah zikir yang paling syaitan takut.

7. ✿ Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu' - Yang ni macam susah sikit tapi cubala kalau mampu.

8. ✿ Kawal mata - syitan masuk dari mata.. "dari mata jatuh ke hati" - dari mata la akan merasuk atau menggagu hati kita.. misalnya kita nampak sesuatu yang tak elok, kita akan prasangka macam-macam,fikir yang bukan-bukan...

9. ✿ Perlu pandai memilih kawan baik - kadang-kadang kawan-kawan kita ni perangai macam Syaitan.Kawan-kawan juga adalah pengaruh yang kuat.Nak kawan boleh tetapi jangan jadikan dia tu kawan baik kita.Nak cari kawan baik pastikan yang baik-baik je.

10. ✿ Solat - solat wajib tu dah tentu mesti.. amalkan tahajud dan qiyamulail.Bila kita bersolat, kita bercakap dengan Allah.. bila kita mengaji Al-Quran, Allah bercerita kepada kita.

11. ✿ Taubat - sentiasa bertaubat dengan hati yang ikhlas, Insyallah syaitan tidak akan ganggu.Tidak mustahil Syaitan akan ganggu dan anggaplah itu adalah ujian dari-Nya untuk menguji hamba-Nya.Syaitan boleh mengganggu hamba-hamba Nya tetapi bila seseorang hamba itu telah bertaubat dgn ikhlas.. maka InsyaAllah suci dia dari segala dosa-dosa yg lalu.

12. ✿ Sentiasa memberi salam , ketika masuk kerumah atau ketika berjumpa saudara muslim yang lain.

Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

BISIKAN NAFSU DAN SYAITAN

Syaitan dan nafsu tipuannya sangat halus,
Selalu sahaja membisik-bisikkan di dalam hati, menyedapkan hati,
Di antara bisikan-bisikannya biasanya begini sungguh menghiburkan jiwa kita:
Engkau masih muda! Buatlah apa sahaja, tidak mengapa,
Kalau berdosa pun masa tua nanti bertaubatlah, taubat Tuhan terima,
Jika engkau buat dosa Tuhan itu bukankah Maha Pengasih bertaubatlah, habislah dosa,
Masa muda hanya sekali, di waktu muda enjoy-enjoylah dahulu,
setelah tua beribadahlah banyak-banyak,
Adakalanya dia bisikkan kita begini: Di dalam membuat dosa buatlah baik,
Satu kejahatan baru satu dosa, satu kebaikan diberi sepuluh kebaikan,
Kalau buat sepuluh kejahatan, satu kebaikan sudah sama,
Betapa pula kalau lebih dari satu kebaikan sudah mengatasinya,
Tidak kurang juga bisikannya:
Buat jahat tidak mengapa, yang penting hati baik,
Tuhan bukankah pandang hati, tidak pandang lahir,
Ada juga apabila lahirnya tidak membuat dosa-dosa besar, sudah tidak terasa berdosa lagi,
Tidak terfikir hati juga membuat dosa,
Dosa batin payah dikesan,
Maka hati pun terasa senang, bahawa dia merasakan dia tidak membuat dosa,
Padahal sombong, riya', ujub, ingin dipuji, tidak suka dikeji adalah dosa yang tersembunyi,
Ia berlaku begitu sahaja tanpa disedari,
Kalaupun ada terasa kerana ia bukan bersifat perbuatan, tidak terasa itu adalah dosa,
Dia tertipu di dalam sangkaannya,
Dia lupa hati juga turut berdosa,
Bahkan sebenarnya dosa batin lebih banyak daripada dosa lahir,
Biasanya dengan dosa batin jarang orang bertaubat, hingga dibawa mati.

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>