Jom La ikut....

Tuesday 7 February 2012

Doa Makan Dah Baca Tapi...

Assalamualaikum readers,

Petang tadi Im pergi hantar adik perempuan Im balik ke asrama dia,MRSM Pasir Salak.Sedang sibuk Im mengeluarkan bagasi dan barangan adik keluar dari kereta,Im terlihat seorang budak lelaki yang sedang membuka bungkusan biskut tiger susu (feveret Im tu).
Bungkusan dibuka,nampak la beberapa keping biskut yang kelihatan masih rangup dan sedap dimakan.Tangan kanan ditadah sambil membaca doa makan,alhamdulillah keberkatan untuk memakan rezeki Allah tu dah dapat TETAPI..... budak tu makan biskut tu sambil berjalan menuju ke arah kakaknya yang sedang mengangkat bagasinya.


Itu situasi pertama,yang kedua pulak,Im nampak ada seorang adik perempuan ni sedang berdiri sambil memegang bungkusan roti coklat gardenia yang harganya 70 sen tu (feveret Im jugak!).Dibukanya bungkusan tu lalu dia ngap! Tanpa membaca doa pon.Keberkatan makan tu memang dah terlepas tambah teruk pula makan sambil berdiri.



Im rasa perbuatan ini tidak lagi asing pada pandangan pembaca sekalian malah pasti ada yang menganggap ia adalah satu perbuatan yang biasa serta normal dan tidak perlu dibesar-besarkan.Padahal perkara yang dianggap remeh ini sangat penting dan kemungkinan besar mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita.

Orang tua-tua dulu pon melarang anak-anak muda daripada makan sambil berdiri,berjalan dan berdiri bagi menjaga adat dan kesopanan sebagai orang Melayu.Memang kalau kita lihat sendiri,makan sambil selain daripada duduk kelihatan kurang sopan dan tidak senonoh.

Begitu juga dengan pandangan Islam.
Dari Anas dan Qatadah,Rasullah SAW bersabda : Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri,Qatadah berkata :"bagaimana dengan makan ?"
Beliau menjawab : " Itu lebih buruk lagi".( HR.Muslim dan Tirmidzi )
Bersabda Nabi dari Abu Hurairah."Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa,maka hendaknya ia muntahkan !".( HR.Muslim )
Hadis di atas jelas mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW melarang umatnya daripada makan dan minum sambil berdiri,berjalan apatah lagi berlari.Makan dan minum sambil duduk juga merupakan antara sunnah nabi.Setiap perbuatan dan larangan baginda pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Antara berdiri,berjalan dan berlari,majoriti umat islam makan sambil berdiri atas sebab tiada tempat duduk atau tempat duduk dah ada tetapi malas pulak nak duduk.Kalau Im main duduk je walaupon kat tepi jalan raya (muka tak malu).

Pernah tak pembaca rasa amat tak selesa bila makan sambil berdiri,berjalan dan berlari bukan? Paling banyak yang kita lihat adalah sewaktu makan ais-krim,makanan ringan,dan banyak lagi.Kita sering memandang ringan akan hal ini tanpa ingin mengambil tahu langsung apa yang berlaku dalam perut kita ni.

Antara keburukan makan atau minum sambil berdiri adalah:

Pertama
~✿..Apabila kita berdiri,saraf-saraf manusia ketika itu berada dalam keadaan tegang.Ia sedang bekerja keras untuk memastikan kedudukan otot stabil agar tubuh tidak jatuh semasa berdiri,Ini melibatkan kombinasi banyak sistem saraf yang mengkoordinasi dengan sistem otot termasuklah sistem saraf dalam usus. 
~✿..Makan atau minum ketika berdiri juga boleh merangsang saraf yang mengawal perut iaitu 'vagus nerve' iaitu cranial nerve yang kesepuluh.Cranial nerve ni macam saraf  yang muncul secara langsung daripada otak,bukan seperti saraf tulang belakang yang muncul daripada segmen saraf tunjang. 
~✿..Urat ini juga berfungsi untuk memperlahankan jantung.Rangsangan 'vagus nerve' ni boleh menyebabkan
jantung menjadi perlahan dan menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan atau pitam seketika.Bagi pesakit jantung,ia boleh membawa maut.

Kedua
~✿..Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan luka atau 'ulcer' pada perut.Makanan dan minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus seseorang macam peluru berpandu jatuh ke bumi lalu menyebabkan 'ulcer' atau luka berlaku. 
~✿..Kajian perubatan mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat yang biasa berlakunya pelanggaran antara makanan dan dinding perut.

Ketiga
~✿..Makan atau minum sambil berdiri boleh menyebabkan kerosakan pada salur pencernaan.Apabila berdiri, makanan dan minuman akan jatuh dengan deras ke dalam salur pencernaan.Jika hal ini berlarutan, ia akan menyebabkan usus jatuh dan hilang sebahagian fungsinya.

Menurut kajian doktor,apabila kita duduk,saraf berada dalam keadaan rehat dan tidak menegang.Ini dapat memberikan ketenangan sehingga badan kita bersedia untuk menerima makanan dan minuman dengan selesa serta teratur.

Apabila duduk juga maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.


Kesimpulannya,makan dan minum sambil duduk lebih baik serta dapat menyihatkan tubuh badan kita.Kelihatan lebih selamat dan sopan kerana apa yang diminum atau dimakan seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan,lambat dan lembut.Biar lambat asal selamat.

Kalau tengah jalan-jalan tu,carilah tempat duduk kalau nak makan makanan bekalan.Tak rugi mane pon malah kita gak yang untung sebab mengikut sunnah nabi serta dapat menjaga sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan agar menjadi lebih sihat.

"Sesungguhnya segala suruhan agama Islam itu adalah demi kebaikan penganutnya sendiri."

"Ikutilah Sunnah baginda kerana sudah pasti ada hikmahnya"


Desiran Sunnah

Dedaunan berterbangan
angin bertiup kencang
lautan bergelora.
Rasa dingin di malam hari
sunyi sepi tanpa cahaya
hitam menyelubungi.

Bilakah lagi masanya
untuk mengikuti sunnah?
Musim berubah demi musim
cuaca berubah demi cuaca
abad berubah demi abad.
Sunnah tetsp tidak berubah
ia terus berdesir untuk diikuti
selagi insan mahu menjejakinya.
Jejakilah sunnah, ikutilah ia
hidup pasti di bawah rahmatNya.



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>