Jom La ikut....

Saturday 4 February 2012

Our Strongest Weapon!! (Be continued)

Assalamualaikum W.B.T..... ni dia sambungan post sebelum ni,

Selain daripada cara berdoa,usaha dan penjagaan ibadat,waktu ketika berdoa juga memainkan peranan penting.Antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah adalah:

~✿..Satu pertiga malam
Macam waktu pukul 3.30 pagi sehinggalah waktu Subuh.
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.



~✿..Gunakan 'talian 22222' selain daripada 'talian 24434'
Ape tu? 'Talian 24434' ni solat fardhu kitalah.Seluruh umat islam mengerjakannya pada siang hari maka peratus untuk doa itu mustajab kurang sikit berbanding 'talian 22222'.'Talian 22222' ni adalah solat sunat ketika qimulail yang mane bilangan muslim yang mengerjakannya adalah lebih sikit berbanding yang mengerjakan solat fardhu.Peluang untuk doa itu untuk makbul adalah lebih besar insyaallah.Bangunlah buat qiamulail,pastu berdoalah degan bersungguh-sungguh.Antara solat sunat ketika qiamulail adalah solat sunat tahajud,tasbih,taubat,hajat dan juga witir.

~✿..Sewaktu hujan turun
Waktu ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.Alang-alang dah hujan tu,bacalah doa ni:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.( Riwayat Imam al-Bukhari).
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Carilah terkabulnya doa pada saat bertemunya dua pasukan, saat shalat didirikan, dan saat turun hujan."

~✿..Tempoh masa dari azan hingga iqamat
Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)
 ~✿..Ketika sujud dalam solat .
Waktu kita sujud,itulah waktu kita sangat dekat dengan Allah,berdoalah dan moholah hajat di dalam hati.panjangkanlah waktu sujud itu tak kisahlah sujud yang mane sebab baginda Muhammad SAW tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat.
Sabda Nabi s.a.w
“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )
  ~✿..Selesai solat fardu.
Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :
“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)

~✿.. Ketika berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)
 ~✿.. Malam Lailatul Qadar .
Yang ni memangsangat beruntung bagi sesiapa yang bangun malam waktu Lailatul Qadar ni.Malam ni of course hanya ada pada Bulan Ramadhan,Berdoalah kita agar bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ni.
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
~✿.. Bila dah khatam 30 juzuk Al-Quran .
Bila  dah khatam tu jangan lupa untuk baca doa khatam al-quran,pastu mohon la doa dan hajat kita,semoga dimakbulkan.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )

 ~✿..Sewaktu dizalimi dan dianiaya
Waktu kene buli ke,duit kene curi ngan kawan sendiri ke,kawan tikam belakang ke,berdoalah agar dia diterima balasan setimpal dan semoga dia mendapat hidayah untuk berubah.
Sabda Rasulullah SAW:
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
  ~✿..Tempoh masa sekejap sewaktu khatib duduk antara dua khutbah 
Selesai je khutbah pertama,digalakkan kita untuk memohon doa oleh itu jangan lah tido waktu mendengar khutbah.Rugi kot kalau terlepas tempoh masa mustajab doa yang singkat tu.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Andai kata setelah kita lakukan yang terbaik ketika doa,pada waktu mustajab,cara yang betul,ibadat terjaga dan diikuti usaha tetapi masih tidak dikabulkan,maksudnya Allah telah menggantikan doa kita itu dengan sesuatu yang lebih baik.Andai kata sampai ke liang lahad pon Allah tidak kabulkan,Allah telah gantikan doa itu dengan pahala tambahan untuk kita di Hari Akhirat kelak.

Contohnya,Macam apa yang Im dah rasa.Im ada seorang kawan baik ni,tetapi sebulan yag lepas dia mintak putus kawan atas sebab yang agak tidak munasabah.Im terime je dan Im rase sedih sangat sebab orang yang dah banyak tolong dan selalu bagi kata semangat kat Im dah takde.Im sentiasa berdoa agar pintu hatinya terbuka semula untuk menerima Im sebagai kawan semula tetapi masih tiada perubahan sampai sekarang malah dia sudah semakin jauh dari Im.


Doa tidak dimakbulkan namun Allah itu lebih mengetahui.Allah telah gantikan doa Im dengan sesuatu yang lebih baik iaitu Im mendapat lebih ramai kawan yang baik yang membantu Im bile dalam kesusahan.Alhamdulillah Im dah tak rase sedih dah dan Im gembira bersama dengan kawan-kawan baru yang baik ni.Semoga hubungan persahabatan kita ini berkekalan insyaallah.Tapi Im ni degil sikit,walaupon tak termakbul lagi,Im tetap akan doakan agar kami dapat berkawan semula.(n_n)

~✿..Kepada sesiapa yang malas nak berdoa tu fikirlah,doa ni bukannya kene caj duit pon,tak perlukan modal duit pon.Just perlukan tadahan tangan serta mulut untuk mengucapkan doa itu.
~✿..Kepada sesiapa yang tiada idea nak mohon doa apa,doakanlah kepada diri,keluarga dan seluruh umat islam agar segala urusan dipermudahkan,dimurahkan rezeki,sentiasa kekal di jalan yang lurus,dilindungi daripada perkara maksiat,diberikan petunjuk hidayah,dikekalkan hubungan serta berjaya dunia dan akhirat insyaallah.

Apabila ada yang bertanya kenapa perlu berdoa pada setiap perbuatan? Manusia ini semuanya bersifat insan,pelupa.Sering terlupa akan Yang Maha Pencipta.Maka dengan doa-doa harian dan zikrullah yang dipandang leceh inilah yang bertindak sebagai terminal perhentian kita untuk kembali semula mengingati Allah.

Jadi apa tunggu lagi?
Jom kita muhasabah diri,
Adakah kita ini hamba sejati?
Ibadah dilaksana dan perintah dituruti?

Kemudian adakah kita faham makna doa yang kita baca?
Khusyukkah kita atau sekadar mulut yang berbicara?
Atau duduk dan diam sahaja?

Muslim yang hebat sentiasa berusaha!
Jom kita hidup mulia dan mati sbagai Syuhada!

-GenQ Isu No. 3-



Sebagai insan dikurnia akal,
Selepas berdoa jalinkan tawakkal.

Dengan tawakkal kita berserah,
Jika gagal bukanlah musibah.

Gagal hanya satu pengajaran,
Baiki diri di masa hadapan.

Allah suka orang berusaha,
Kerja keras ibadah mulia.

Gigih dan tekun ciri terpuji,
Berteman doa kepada Ilahi.

Jika hati berpaksi Allah,
Ujian melanda bukanlah masalah.

Selagi ada nyawa di badan,
Ayuh bangunkan segala wawasan.

Tiada bumi tak ditimpa hujan,
Apa terjadi satu peringatan.

Sehingga kita bertemu lagi
Doa dan harapan terus mewangi.



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>