Jom La ikut....

Monday 13 February 2012

Another Him?! (Last story)

Assalamualaikum,

Maaf dah 4 hari tak update blog,Im ada hal sampaikan tak sempat nak edit blog ni.Bawah ni sambungan untuk post sebelum ni...

Kita ada seorang kawan perempuan ataupon lelaki ni.Baru sebulan kenal tetapi dia dah ajak dating pada hari sabtu padahal waktu tu kita dah berjanji untuk hang out bersama kawan-kawan.Jin Qarin memainkan dia untuk mengajak dampingannya (kita ni la) untuk batalkan perjanjian dengan kawan-kawan untuk pergi dating manakala Malaikat Qarin pula membisikkan hal yang sebaliknya.

Malaikat Qarin bernama Mulham.
Jin Qarin bernama Ahraman.

Ketika hati tengah keliru hendak memilih yang mana satu,waktu itu nafsu ngan iman pula yang memainkan peranan.Disebabkan iman kita lemah,pegangan agama lemah dan nafsu kita melebihi akal,Jin Qarin mula memanggil rakan-rakan Syaitannya untuk terus menghasut kita.

"Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala".
Akhirnya perjanjian dengan kawan-kawan dibatalkan dan hajat pasangan diiyakan.Sepanjang menunggu ketibaan hari Sabtu hati kita masih ada perasaan berbolak-balik dan ragu-ragu memikirkan adakah tindakan kita ni betul ataupon tidak.Rasa tak senang duduk.Ketika itu bait-bait keimanan kita tengah mengetuk hati kita,lintasan hati mengenai serba salah oleh Malaikat Qarin mula menyerbu pemikiran.Nak pergi ke tak nak.Waktu itu Jin Qarin hanya membiarkan kerana Syaitan dan hawa nafsu sudah hampir menguasai dampingannya.


Tiba sahaja hari tersebut.Dalam perjalanan ke tempat pertemuan pertama dengan pasangan.Motor sudah diparkir tapi rasa ragu-ragu hendak pergi berjumpa dengan si dia.Ketika berjalan boleh dikatakan Jin Qarin sedang menolak badan dampingannya ke hadapan untuk bertemu dengan pasangan manakala Malaikat Qarin pula menahan badan kita daripada hadapan.

Malaikat Qarin,Iman dan pegangan agama yang sedikit 
VS 
Jin Qarin,Syaitan dan hawa nafsu yang banyak
Agak-agak pihak mana yang menang ye?

Pihak Jin Qarin menang dan akhirnya perbuatan dating itu menjadi perangkap pertama pihak Syaitan.Lama-kelamaan dampingan itu hanyut dengan nikmat permainan Syaitan.Inilah dinamakan maksiat peringkat ketiga di mana manusia sudah merasai akan kelazatan maksiat tersebut tanpa ada perasaan ragu-ragu lagi.

Ini antara situasi di mana Jin Qarin menang.Situasi di bawah pula berkaitan dengan kemenangan pihak Malaikat Qarin:

Setelah bertahun-tahun kapel,pergi tengok wayang sama-sama,pergi dating di taman rekreasi,bersiar-siar di Ipoh,Hubungan haram ni tetap berkekalan.

Pada suatu malam,tengah kita asyik melayari Internet tiba-tiba ibu kita membuka siaran tv1 yang secara kebetulan tengah menyiarkan forum perdana hal ehwal Islam.Tajuk utama forum tu pulak adalah mengenai masalah sosial remaja.

Kita yang macam dengar tak dengar tu tiba-tiba je rasa tertarik dengan isu kapel yang sedang hangat dibincangkan dalam forum itu.Waktu itu bait-bait keimanan yang masih ada jauh di dasar hati kita mula berbisik kepada malaikat Qarin untuk mengetuk pntu hati kita supaya terbuka sedikit untuk mendengar forum perdana itu.

Alhamdulillah walaupon kapel tapi kita masih menghormati pilihan ibu yang memang meminati siaran tv tu.Walaupon kita yang berada di dalam bilik rasa tak senang duduk apabila asik mendengar "kapel membawa ke pada zina",'kapel itu haram" dan macam-macam lagi hal-hal yang buruk berkenaan kapel.

Hati kita yang dah sebati dengan kapel memang tidak dapat menerima apa yang didengar.Selesai sahaja forum tiba-tiba sahaja hati kita terdetik untuk berubah.Malaikat qarin berjaya membuka sedikit pntu hati kita.Niat untuk berubah itu mula terbit dalam pemikiran kita.

"Sampai bila aku nak terus berkapel ni?"
"Sampai bila aku nak teruskan
berzina tangan (berpegangan tangan),
berzina kaki (jalan-jalan berdua-duaan),
berzina mulut dan telinga (bergayut dekat handphone),
berzina hati (saling merindui melebihi rindu kepada Allah)?"
"Bila-bila masa sahaja kita boleh mati,takkan aku nak mati dalam keadaan buat maksiat kot?"
Hati kita bermonolog sendiri.
Malam tu sewaktu tidur Malaikat Qarin membawa segala dialog yang ada dalam forum tu masuk ke dalam minda.Dengan iman yang sedikit itu alhamdulillah kita berasa serba salah sangat.Pintu hati kita dibuka sedikit demi sedikit tetapi of course jin qarin takkan berdiam diri.

Jin Qarin menggunakan syaitan dan nafsu untuk berbisik semula dan menceritakan alangkah ruginya kita kalau stop kapel ni,mereka ceritakan semula kelazatan maksiat itu dan menceritakan juga padahnya kalau stop kapel ni.Contoh padah yang mudah adalah akan terputus hubungan dengan pasangan serta keluarga pasangan padahal Islam ada caranya untuk memutuskan hubungan ini secara baik.Jin,Syaitan dan nafsu telah menutup mata kita daripada melihat cara Islam tersebut.


Akhirnya kita tak jadi nak stop kapel ni.Niat untuk berubah itu hanya tinggal sekadar niat.Pada esok harinya,rupanya malaikat qarin tidak berputus asa malah masih berusaha untuk mengetuk pintu hati kita.Dialog forum semalam masih lagi terngiang-ngiang di telinga dan masih berlegar-legar dalam kotak pemikiran.

Tengah-tengah kita runsing tu tiba-tiba seorang kawan baik kita datang lalu bertanyakan masalah apabila melihat diri kita yang tidak senang duduk.Dengan desakan bait-bait iman dan malaikat qarin,kita menceritakan segala masalah dan rasa tidak senang kita.Alhamdulillah kawan kita sudi membantu dan dengan bantuan dia syaitan-syaitan tidak dapat mendekati kita kerana mendampingi orang yang berilmu.

Dengan adanya rakan-rakan yang baik serta prihatin insyaallah mereka akhirnya akan memandu kita ke arah kebaikan.Apabila diajak rakan untuk melakukan kebaikan janganlah kita menolak serta-merta.Hendaklah kita mengikuti telunjuk ajar mereka sedikit demi sedikit walau rasa tidak selesa supaya iman yang sedikit dapat bertambah dan Malaikat Qarin yang lemah menjadi lebih kuat untuk membuka pintu hati kita seluas-luasnya untuk menuju keinsafan.

Nafsu pula akan mengikut telunjuk akal kita apabila rakannya Syaitan telah menjauhkan diri.Jin qarin pula hanya mampu melihat dampingannya bersama orang yang berilmu untuk berubah menjadi lebih baik.Malaikat qarin juga berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan dampingannya serta mengajak kita untuk meningkatkan keimanan kita.



Ketika hati kita sudah kosong daripada segala kelazatan maksiat,Malaikat Qarin berbisik:
~✿..isilah hati yang kosong itu dengan menanam kebun iman,
~✿..menabur benih bacaan zikir,
~✿..disiram dengan amalan-amalan solat sunat,
~✿..disinari dengan nur bacaan quran,
~✿..dibaja juga dengan istiqamah dan doa...


Tatu di badan amat sukar dan sakit untuk dibuang.Begitu juga halnya dengan tatu maksiat di hati.

Apabila berpindah daripada dunia maksiat kepada dunia keinsafan,memang hati kita hanya ada kekosongan dan meronta-ronta untuk diisi.Hendak membuang tatu maksiat daripada hati ini memang sangat sukar.Membuang tatu di kulit memerlukan peralatan yang canggih seperti penggunaan laser,bahan kimia dan sebagainya.

Membuang tatu di hati pula dilakukan dengan mengikut bisikan malaikat Qarin di atas dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta keyakinan yang mantap kepada janji Allah untuk orang yang bersabar iaitu:
Al-Qasas [54] Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
"Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75);
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10);
 Bersabarlah dalam mengejar keinsafan.Kelak kelazatan dalam keinsafan Insyaallah akan Allah terbitkan.
Malaikat Qarin mengajak kita teruskan perjalanan ke arah keinsafan walaupon hujan dan ribut taufan yang dibawa Jin Qarin menyukarkan pergerakan ke hadapan.Namun atas istiqamah dan kesabaran yang tinggi akhirnya kita berjaya menghadapi situasi ini dengan penuh keletihan tetapi Allah telah mempamerkan pelangi kemenangan yang cantik serta membentangkan taman-taman indah di depan mata sebagai tanda kita berjaya mengalahkan Jin Qarin dan kehendak nafsu Insyaallah.

NAFSU DAN IMAN.

Semalam aku masih teringat lagi bahagia bersamamu,
Kita bagai merpati sejoli bebas menerobos awan luas tanpa sekatan,
Saat itu kita begitu gembira sehingga lupa ada hari pembalasan,
Sehingga lupa adanya tuhan.

Nafsu remaja menguasai jiwa-jiwa yang lemah akidah,
Kita hanyut dalam gelora kasih,
Bisikan azazil meresapi pembuluh darah
Akhirnya aku tewas dipelukan Hawa.

Remaja bertukar dewasa,dan aku masih bernafas,
Nyawa belum kekerongkongan
Masih ada waktu menebus dosa-dosa
Dengan taubat di kaki malam,Kupertaruhkan isgtighfarku.

Aku mula melihat besar nya sahabat-sahabat(r.anhum),
Besar amalannya dan mujahaddahnya
Besarnya pegangan sunnahnya
Besar cintanya pada Rasul dan KhaliqNya
Fikirku ku kini terkesan
Hanya Allah cinta abadi

Biarlah ku pimpin tanganmu,mencari redha Allah
Dengan bimbingan kalamullah dan Al-hadis
Kita susuri bahagia Ahmad dan humairah
Walaupun penuh kezuhudan
Pasti dan pasti bahagia penuh kejayaan
Menuju Akhirat abadan abada..


PRSIMPANGAN....

Terperangkap aku di persimpangan ini,
Termangu-mangu diri ini
Ke mana harusku melangkah pergi
Kupandang kanan kupandang kiri
Kemana harus kumelangkahkan kaki
Lorong mana harus kuredahi
Di hadapanku lorong-lorong penuh onak duri
Keliru dan takut menyelubungi diri,
Setapak kumelangkah pasti tertusuk duri,
Bisanya menular merana diri
Namun, terpaksa jua kumelangkah pergi
Meneruskan sisa perjalanan hidup ini

Ya Al Haadii, kupohon petunjukMu Ilahi
HambaMu takut hambaMu terkhali
Khuatir terkhilaf membuat solusi
Lantas menerbit murkaMu dan sengsara diri
Tiada kutahu ke mana harus pergi

Kutadahkan tangan memohon pimpinan Ilahi
Jangan biar takut dan rasa hati menguasai
Jangan biar keinginanku mengatasi petunjukMu Rabbi
Tunjukkan hambaMu lorong mana harus kuredahi
Kupohon pilihan dengan ilmu dan kekuasaan Ilahi
Pilihan Ilahi bukannya pilihan insani
Biarpun di sisi insan derita menanti
Tumbuhkan keyakinan untuk kuharungi
Lorong kuredahi pilihan Ilahi

Andaiku takut untuk melangkah kaki
Tuntunlah hambaMu doronglah hambaMu ini
Berilah aku kekuatan diri

Andai kutakut sakitnya tertusuk duri
Kirimkan untukku nurbisa hati
Agar kukebal dan gagah meredah lorong ini

Andai tiada siapa sudi menemani
Cukuplah As Shomad menemani diri
Sepanjang perjalanan tidak kusendiri

Andai kegelapan menyelubungi
Kirimkan untukku nur menerangi
Menyuluh lorong untukku redahi

Andai iblis berbisik minta kuundur diri
Kirimkan untukku keyakinan untuk majukan diri
Teguhkan pendirianku seumpama Sumayyah pertahan iman di hati

Kuingin tersenyum biarpun tertusuk duri
Di hujung lorong bahagia menanti
PilihanMu Ilahi terbaik duniawi ukhrawi
Tiada kusesal walau sekali
Kuyakin janjiMu tidak dimungkiri
Ya Rahman bahagiakan diri ini
Dengan pilihan yang Kau beri..
Bahagia hakiki di alam syurgawi















Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>