Jom La ikut....

Wednesday 22 February 2012

Janganlah Mula Berjinak.... Part Two

Assalamualaikum readers,

Im nak sambung post yang sebelum ni.Perihal maksiat juga.Selamat membaca ya.

Huraian Umum Peringkat Maksiat

1.   Peringkat pertama
ܓ Bila first time buat maksiat, hati rasa resah gelisah,gundah-gulana,berbolak balik,rasa bersalah.Hati rasa macam tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah dan kehidupan kita. Terasa wajah dan air muka di conteng arang.Rasa nalu sangat-sangat. Pada peringkat ini, pelaku maksiat masih lagi mempunyai sedikit iman untuk sedar akan kesalahan yang mereka lakukan.Alahamdulillah.
ܓ Waktu ni better cuba stop daripada melakukan maksiat tersebut sebab Malaikat Mulham tengah membisikkan kebaikan kepada kita.Walaupon peringkat pertama tetapi lama-lama nanti akan bertambah teruk.Janganlah mula berjinak-jinak dengan  maksiat.Cepat-cepatlah mengingati Allah supaya maksiat itu dapat dijauhi serta hati akan bertambah tenang.


2.   Peringkat kedua
ܓPeringkat kedua, terasa hati semakin jinak dan berkeinginan kepada maksiat. Makin akrab dan kamceng walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba di sembunyikan sedaya mampu.Masih buat maksiat dalam keadaan sorok-sorok. Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda.
ܓRasa malu melanda diri jika ada sesiapa yang dapat tahu perbuatan maksiat itu. Peringkat ini pelaku maksiat sudah hampir rasa selesa dengan maksiat yang dilakukan dan seolah-olah ia akan menjadi rutin harian hidupnya.Waktu ni berdoalah semoga Allah melimpahkan Taufik hidayah Nya kerana bisikan Malaikat Mulham sudah mula tidak kedengaran.

3.   Peringkat ketiga
ܓPeringkat Ketiga,perbuatan maksiat kini terasa semakin lazat dan sangat best terasa nikmat. Terasa alah bisa tegal biasa.Sudah tidak takut apa-apa ancaman seperti Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah,Pegawai Jabatan Agama Islam dan pelbagai pihak lagi. Sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan seperti halangan ibu bapa,guru-guru dan kawan-kawan. ܓPeringkat ini pelaku maksiat telah mengalami keparahan iman.Iman sudah mula merosak. Ini adalah saat kritikal di mana larangan Allah tidak di peduli lagi.Segala larangan Allah main langgar je. MasyaAllah!


4.   Peringkat keempat
ܓ Peringkat Akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran.ajak kawan kapel,ajak bukak tudung,ajak pakai short,ajak mencuri dan lain-lain kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat tersebut. Rasa iman dan malu sudah tercabut dari hati.Memang dah tiada langsung perasaan malu yang merupakan perisai diri itu. 
ܓPeringkat ini pelaku maksiat sudah lengkap menjadi hamba yang derhaka kepada Allah malah mempunyai niat untuk merosakkan umat.Jin ahraman pendamping kita goyang kaki,Syaitan bertakhta di hati,Nafsu jadi panduan diri. Nauzubillah!!!!


Kesimpulannya,janganlah kita sebagai Umat Islam ni cuba untuk berjinak-jinak dengan maksiat semata-mata   dilihat seronok oleh pandangan mata kita.Ingatlah bahawa pandangan mata itu selalu menipu.Lebih lanjut klik sini.

Kepada rakan-rakan,pembaca-pembaca dan seluruh umat Islam, Jauhilah maksiat, hindari dosa-dosa kecil, syubhat, apatah lagi dosa-dosa besar. Jangan dekati perkara-perkara yang jelas haramnya, dan jangan sesekali cuba untuk berjinak-jinak dengan maksiat, walaupun maksiat itu kecil pada kaca mata pandangan kita.

Pandangan mata mengatakan kecil tetapi ingatlah bahawa pandangan mata sering menipu.Lihatlah maksiat itu melalui mata hati.Maka akan terbayanglah akan seksaan kubur dan api neraka terhadap ahli maksiat. Kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. Sudah berapa ramai para pemuda yang dulu hatinya bersih dari noda dan dosa, tetapi malangnya akibat berjinak-jinak dengan maksiat, mereka kini kelam dan hilang kekuatan.
Firman Allah SWT:
“Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (al-Kahfi: 103-104)
Pada zaman sekarang yang serba moden ini,pelbagai galakan untuk melakukan maksiat kian tersebar luas dengan bantuan teknologi maklumat seperti Sistem Pesanan Ringkas(SMS),'Cikgu kotak'(televisyen),dan juga internet serta cakera padat.Ajakan maksiat seperti 'jom dating',tips bercinta,berhibur 24 jam,budaya Barat yang bertentangan dengan agama dan pelbagai kemungkaran lain.


Kita boleh lihat sekarang yang kebanyakan siaran televisyen memaparkan budaya hiburan dan maksiat yang dianggap biasa seperti berpegangan tangan dan berpelukan sesama bukan mahram,dianjurkan keluar berdua-duaan antara lelaki dan perempuan,hiburan 24 jam,dan ketagihan cinta manusia melebihi cinta kepada-Nya.

Tidak dinafikan juga terdapat siaran kerohanian seperti forum perdana hal ehwal Islam,Halaqah dan sebagainya.Tetapi cuba bandingkan bilangan siaran hiburan dengan siaran kerohanian,yang mana lebih banyak disiarkan? Sudah tentu hiburan bukan?

Berkapel,lepak-lepak,berhibur ni dianggap biasa.Sebenarnya daripada 'maksiat biasa' inilah akan lahir maksiat yang lebih teruk seperti berzina,membuang bayi,merokok,minum arak,menghisap dadah,jadi kaki pukul dan sebagainya.Berhibur seharian,segala apa yang keluar daripada lisan termasuk perbuatan kebanyakannya berkaitan dengan hiburan.

Cakap itu hiburan,cakap ini pon hiburan.Sampaikan diri ini terasa terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Sampai diri sendiri tidak faham apa hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana.

Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam.Lagu-lagu  pop, rock,jiwang karat,cintan cintun,dangdut,english songs,korean songs,Jpop songs,didengari hampir setiap saat sampaikan lalai terhadap kewajipan agama.Nak dengar lagu-lagu ni tak salah tapi pastikan jangan sampai terlalu melalaikan sehingga lupa nak tunaikan kewajipan seperti solat fardhu 5 waktu.Nak berhibur pon Islam tidak menghalang tetapi haruslah mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan.Berhibur memang seronok tetapi ada batasnya.
Sanggup bersusah-payah untuk menghafal lirik-lirik lagu tetapi bila disuruh hafal beberapa ayat al-quran sanggup pulak bersusah-payah untuk mengelat.Ini tidak patut.Quran tu love letter kita as Umat Islam.
Sentuh bab kapel ni,memang akan rasa nikmat,rasa macam bahagia sangat bila dapat bersama berdua-duaan dengan si dia.Segala zina dah buat kecuali 'real zina'.Tidak mustahil dengan Syaitan yang licik dan godaan nafsu,penzinaan boleh berlaku.Semasa zina rasa seronok tetapi tidak mustahil juga akan timbul penyesalan atas dosa yang dilakukan.Maksiat ini akan membawa kepada pembunuhan seorang bayi,memalukan keluarga malah lebih teruk ada yang memilih jalan untuk membunuh diri.

ORANG YANG MELAKUKAN DOSA akan RESAH kerana sentiasa diburu rasa bersalah, bukan sahaja kepada Allah tetapi kepada DIRI SENDIRI. Ingatlah... nikmat MAKSIAT akan HILANG atau HANYA SEMENTARA tetapi DOSANYA BERKEKALAN kalau tidak bertaubat.
 Janganlah kita mula berjinak dengan maksiat ini kerana dengan melibatkan diri ke dalamnya walau sedikitpon sebenarnya kita sudah masuk ke dalam permulaan perangkap Syaitan Laknatullah ni.Setelah masuk perangkap macam-macam impak negatif yang akan kita dapat.Antara impak-impak negatif tersebut yang secara ringkasnya adalah:

1) Terhalang daripada mendapat ilmu kerana ilmu merupakan cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati.
2) Terhalang daripada mendapat rezeki kerana berdasarkan Musnad Ahamd, daripada Thawban bahawa ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"إن الرجل ليُحرم الرزق بالذنب يُصيبه" 
Lelaki itu kekurangan rezeki kerana dosa-dosa
3) Terputus hubungan dengan Allah dan dengan manusia.
4) Segala urusannya menjadi payah. Ini kerana, mereka yang bertakwa kepada Allah S.W.T.,tidak melakukan maksiat,adalah mereka yang Dia akan mudahkan jalan serta urusan.
5) Hati menjadi gelap. Ketaatan merupakan cahaya manakala maksiat merupakan kegelapan.
Ibn `Abbas berkara: "Kebaikan itu akan memancarkan cahaya di wajah, nur di dalam hati, meluaskan rezeki, menguatkan badan, makhluk akan rasa cinta kepadanya, manakala keburukan pula akan memberikan kehitaman kepada wajah, kegelapan kepada hati, lemah anggota badan, mengurangkan rezeki, makhluk akan marah kepadanya."
6) Terhalang daripada melakukan ketaatan.
7) Maksiat yang dilakukan akan melahirkan maksiat yang lain, sehingga sukar bagi pelaku maksiat untuk meninggalkannya.dah kapel berzina pula akhirnya gugurkan kandungan.
8) Perlakuan maksiat akan melemahkan jiwa.Rohani menjadi lemah walau fizikalnya kuat.
9) Berbangga dengan maksiat yag dilakukan malah menyanjungnya.
10) Dosa yang dilakukan apabila terlalu banyak, maka menyebabkan hati dimatikan, jadilah ia seorang yang lalai.

Elakkan maksiat dan jangan sesekali berjinak dengannya.Jika sudah melakukan maksiat,Bertaubatlah sebelum terlambat kerana sesungguhnya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh Allah adalah taubat daripada hamba-hamba-Nya.


Doa elak maksiat

Doa ini adalah untuk menharapkan anak atau kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat dari Ustaz Zahazan Mohamed....
Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”
tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>