Jom La ikut....

Tuesday 31 January 2012

Bicara Kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Waktu kelas giatmara petang tadi,Im dan kawan-kawan telah ditugaskan untuk menyusun komponen kecil iaitu perintang tetap yang sangat banyak mengikut nilai rintangannya ke dalam laci-laci kecil yang telah dilabelkan.Komponen tu banyak sangat dan memerlukan tenaga kerja yang agak ramai sebab hendak membaca kod warna pada perintang tu bukanlah perkara yang mudah.Maybe bai yang dah mahir senang tapi bagi Im dan kawan-kawan mungkin agak sukar.

Sakit mate nak terjemah kod warna ni....
Disebabkan kelmarin kami dah belajar mengenai teori pembacaan nilai perintang maka hari ini kami kene aplikasikan apa yang kami dah belajar.Boleh juling mata Im nak perhatikan warna-warna yang ada pada badan perintang.Dah la kecil,warna pulak banyak yang seakan-akan sama,merah,jingga,coklat,pening kepala Im dibuatnya.



Pukul 4 petang,ramai yang dah mula kepenatan.Masing-masing dah mula buat hal sendiri dan ketua bengkel arahkan rehat selama 15 minit.Im pon ambil peluang keemasan ni untuk mendengar lagu sambil berehat.Mode shuffle pada henfon Im telah mamainkan nashid In-Team - Bicara Kata.Haisy,dah lame Im tak dengar nasyid ni.Yela,asyik layan UNIC je sampai In-Team dilupakan.Kalau pembaca nak dengar nasyid tu sila la mainkan melalui SCM player Im kat bawah ni.
Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...
Fuhhh,tenang hati Im waktu tu.Walaupon nashid lama tapi ia tetap menenangkan.Bicara Kata.Alhamdulillah kita sebagai umat islam ni patut bersyukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan kita nikmat percakapan.
"Firman Allah di dalam surah Ar-Rahman ayat 1-4 yang bermaksud : (Tuhan) Yang Maha Pemurah, yang mengajarkan Al-Quran Dia Mencipta manusia. Mengajarnya bertuturkata."
Nikmat percakapan ni sangat besar nilainya namun adakah ramai yang menggunakannya dengan betul? Adakah ramai yang menggunekannya ke arah kebaikan? Adakah setiap apa yang kita tuturkan ni membawa ke arah kebaikan atau pon keburukan?

Bile kite perhatikan orang yang sedang marah,kebanyakan daripada mereka mengeluarkan bahasa kesat dan kotor yang semestinya menyakitkan telinga.Asal marah je cakap yang bukan-bukan.Asal tension je mule la macam-macam segala istilah binatang dan haiwan keluar dari mulut.Mungkin waktu tu tak dapat nak kawal api kemarahan kot.



Macam mane pula bagi yang shock atau terkejut? Macam apabila orang cucuk pinggang kawan.Agak-agak apa yang keluar dari mulut mangsa usikan tu ye? Tersepak batu,terjatuh tangga,terkena seterika,rata-ratanya banyak yang mengeluarkan bahasa kotor secara spontan.Perkara ni tidak boleh dipandang remeh dan perlu diberi perhatian apabila kata-kata tersebut sudah sebati dengan lidah kita.

Alangkah huduhnya seseorang yang cantik luarannya, cukup terpelihara auratnya namun apabila bercakap, keluar perkataan yang tidak langsung menggambarkan pekerti seorang Muslim, walhal keperibadian seseorang itu digambarkan oleh pertuturannya?
Tidak mustahil nanti perkataan terakhir kita bila ajal menjemput nanti bukanlah kalimah shahadah tetapi perkataan kesat yang sudah sebati dengan lidah kita.Dah selalu sebut sampai bawak ke mati,tak ke sia-sia hidup kita bile mati dalam keadaan gagal mengucapkan kalimah shahadah? fikirkanlah....

Say no to bad words!!
"Stop your mouth from saying bad things spontaneously."


How? ohh mudah sahaja.zahirkan serta basahkanlah lidah kita ni dengan melakukan zikrullah.Berzikirlah kepada Yang Maha Kuasa atas tanda cinta kepada-Nya serta tanda syukur kita dengan nikmat lidah yang telah diberi ini.Rasa janggal? Tidak perlu rasa janggal sebab mungkin kawan-kawan kita akan ketawa dengan ucapan zikir kita tetapi Allah pula memuji hamba-Nya yang berzikrullah.Jadikan zikir ini sebagai ucapan yang sering keluar dari mulut kita.Insyaallah teruskan sehingga sampai tahap di mana mulut kita secara automatiknya berzikir kepada Allah.Mudah-mudahan selepas ini buka lagi carutan yang keluar tetapi sekurang-kurangnya yang keluar adalah ucapan "Allah".

Amalkan ini!

Mungkin orang sekarang anggap bende ni sebagai trend yang bagi Im langsung tak bertamadun dan tak masuk akal.Adake mane-mane agama yang menggalakkan penganutnya mengeluarkan perkataan yang tidak baik? Tidak bukan? Begitu juga dengan Agama Islam yang sentiasa membawa manusia ke arah kebaikan.Allah bagi nikmat percakapan ni bukannya bertujuan untuk berbahasa kotor dan yang bukan-bukan serta sia-sia.
Tuhan berfirman di dalam surah An-Nisa’ Ayat 114 yang bererti: “Tidak ada kebaikan pada banyak bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau membuat kebaikan di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari redha Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar”
Dengan sebab itu, Islam memberi penekanan terhadap apa yang kita cakap dan bagaimana cara ia disampaikan sebab percakapan kita dapat membuktikan sejauh mana kewarasan dan ketajaman akal kita.
Daripada Abdullah bin Masod r.a ertinya : “ Demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya, tiada sesuatu di atas muka bumi ini yang lebih patut dipenjarakan dengan lama selain dari lidah”.
Oleh itu nikmat percakapan ini patut kita gunakan dengan sebaiknya.'Penjarakanlah' lidah ini daripada menuturkan sesuatu yang tidak baik.Islam telah berikan garis panduan yang terbai bagi menggunakan nikmat percakapan ini.


Antaranya adalah bercakap apabila perlu sahaja dan elakkan daripada bercakap perkara yang tidak perlu. Sebagai contoh,kawan kita bertanyakan tentang kebaikan si fulan ni,kita menjawab apa yang telah ditanya dan lebih baik mengatakan sesuatu yang baik tentang si fulan ni.itulah percakapan yang perlu.Bagi yang tidak perlu ni macam kita dah jawab soalan tetapi kita tambah pula menceritakan keburukan si fulan.Inilah perkara yang tidak perlu diucapkan malah boleh membawa kepada mengumpat serta fitnah.

Sebab tu lah kita kene fikir dulu sebelum bercakap,pastikan apa yang kita nak cakap ni baik ataupon tidak.Ni tak,main cakap je,ntah baik ke tak.Tak sedar ada yang tersinggung dengan percakapan kita lalu mencetuskan perang mulut dan lebih teruk membawa kepada pergaduhan.Tidak mustahil juga boleh membawa kepada terputusnya hubungan persahabatan yang mungkin telah lama terjalin.Inilah yang dikatakan lidah manusia itu bagaikan sebilah pedang yang mampu memutuskan hubungan antara seseorang dengan orang lain.

Badan sakit,kawan pon hilang.Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.

Allah bagi nikmat percakapan ni adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk menyebarkan risalah Islam,menyampaikan ilmu pengetahuan,berpesan-pesan ke arah kebaikan,serta beribadat kepada Allah.Melalui percakapan kita akan mendapat dosa,melalui percakapan juga kita akan mendapat pahala.malah pahala dan dosa ini akan turut bertambah mengikut keadaan.
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."

Sebagai contoh,apabila kita mengajak seseorang melakukan kebaikan dan orang itu pula mengajak orang lain dan begitulah seterusnya.Pahala kita kan jadi berlipat kali ganda.boleh jadi setinggi gunung everest insyaallah malah lebih lagi.Dosa pula akan bertambah jika kita mengeluarkan perkataan yang tak baik lalu yang mendengar itu pon ikut same atau kite bercakap mengenai keburukan orang pstu yang mendengar tu bawak cerita tu kepada orang lain pulak.Makin bertambah la dosa orang yang mula-mula berkata sedemikian.

mudah je nak dapat pahala ni.cakap je "Jom solat" pon cukup,die solat kita dapat pahala.Sampaikan ilmu berguna,kalau dia amalkan ilmu tu juga turut ajarkan ilmu itu kepada orang lain,memang banyak dah pahala kita dapat.Ini yang Allah sarankan.Sampaikan ilmu yang berfaedah bagi kemajuan umat islam sendiri.

Kita ini manusia yang bersifat insan,pelupa,sebab tu dengan percakapan juga kita amat digalakkan untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan serta mengingat-ingatkan kepada Yang Maha Kuasa.saling menegur kesalahan,amal makruf nahi mungkar.

Marilah kita sama-sama berusaha menjaga lidah kita dari berbicara yang kosong, dari berkata yang sia-sia , dari mencaci,mencela,carutan dan bahasa kesat.Gantikanlah semua ini dengan zikrullah dan pesanan yang baik. 
Semoga kita semua menjadi muslim yang indah pekerti juga pertuturannya.

~✿..Diam itu lebih baik daripada berkata yang sia-sia,
~✿..Berkata yang baik-baik itu lebih baik daripada diam.
~✿..Orang islam yang cemerlang sentiasa mengatakan perkara yang baik-baik.


✿~ DIALOG MODEN LAGI BERPAHALA MENYEBUTNYA ~✿

♥ pergh...gempak giler tukar kpd ~> SUBHANALLAH..
♥ OMG(oh my god) tukar kpd ~> YA ALLAH...
♥ tebaik...tukar kpd ~> ALHAMDULILAH..
♥ ok..orait.. tukar kpd ~> INSYAALLAH..
♥ cilakak.. tukar kpd ~> MASYA ALLAH
♥ alamak..lupa pulak.. tukar kpd ~>ALLAHUMMASSOLLI' ALA MYUHAMMAD..
♥ arghhh...pening! tukar kpd ~> ASTAGHFIRULLAH..
♥ eeiiii...teruknya... tukar kpd ~> NA'UZUBILLAH..
♥ opocot.. tukar kpd ~> ALLAHU AKHBAR..
♥ hek elleh.. tukar kpd ~> LA ILAHA ILLALLAH..

~♥> Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul <♥~ semoga dapat amal dan sampaikan insyaallah‎




Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>