Jom La ikut....

Friday 6 January 2012

Umat terakhir Special.... Third Part


Assalamualaikum.....

Hmmm esok Im kene pergi kurusus memandu.... dengar ceramah selama 6 jam... entah mampu ke Im bertahan esok..... kalau dekat sekolah pon Im dah tersengguk-sengguk setelah cikgu mengajar sejam,inikan plak ceramah 6 jam... niat baik nak ambik input-input ceramah tu.... tapi ramai kawan-kawan Im cakap ceramah tu sangat membosankan.... we'll see tomorrow.... hahahaa

Cakap pasal niat baik ni.....Sekarang Im nak sampaikan pula pendapat Im mengenai apa yang specialnya mengenai Umat Akhir Zaman ni.... Selain darjat yang tinggi dalam menunaikan solat sunat dua rakaat dan terdapat golongan ahli ibadah serta ahli dakwah....Allah telah mengurniakan umat nabi Muhammad pahala yang berlipat kali ganda jika hendak dibandingkan dengan umat-umat terdahulu!
"Lihatlah,sesungguhnya umat nabi Muhammad itu juga adalah sebaik-baik umat dan Nabi Muhammad itu Kekasih Allah"
Walaupun umur kita singkat tak bermakna kita takde peluang nak dapat ganjaran pahala yang banyak seperti umat-umat terdahulu..... 1 KEBAIKAN = 10 PAHALA, NIAT BUAT BAIK = 1 PAHALA,Inilah tawaran terbaik daripada Allah, Pencipta Alam ini buat hamba-hamba-Nya.
Nabi Bersabda:
"Siapa yang berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak membuatnya,maka Allah telah mengetahui bahwasanya hatinya sudah merasai (untuk melakukan kebaikan itu) dan sangat bersungguh-sungguh/semangat keatasnya (kebaikan tersebut),ditulis baginya 1 kebaikan dan Siapa yang berazam untuk melakukan kejahatan akan tetapi tidak melakukannya,tidak ditulis keatas dirinya dan siapa yang melakukannya (kejahatan),ditulis keatas drinya 1 kejahatan tanpa digandakannya(dosa).dan siapa yang melakukan 1 kebaikan,baginya 10 kali ganda."~Riwayat Imam At-Tirmizi dan An-Nasai.


Ini baru ganjaran untuk satu amalan kebaikan.

Belum dikira lagi ganjaran yang Allah ingin beri dalam bulan Ramadhan seperti malam Al-Qadr yang ganjarannya lebih baik dari 1000 bulan, buat satu amal wajib ganjarannya seperti 70 amal wajib, buat 1 amal sunat ganjarannya seperti 1 amal wajib, ganjaran puasa sehingga 700 kali ganda dan lain-lain ganjaran.

Belum lagi dikira ganjaran membaca Al-Quran. Satu huruf bersamaan 10. Membaca ‘Bismillahirrahmanirrahim’ saja sudah mendapat 190 ganjaran. Inikan pula ditambah dengan membaca surah dan ayat tertentu.

Belum lagi dikira lain-lain lagi amalan-amalan yang Allah janjikan ganjaran-ganjaran istimewa dalamnya.
Baiknya Allah terhadap kita, bukan?
Kita manfaatkan atau tidak?

Firman Allah dalam surah Al-Mulk, 2 yang bermaksud:
“Yang menjadikan mati dan hidup bagi menguji siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya?”
Allah beri kehidupan dunia untuk kita beramal dan Allah ciptakan kerehatan sebenar untuk kita di alam kubur.Bandingkanlah tempoh masa antara kehidupan dunia dengan kehidupan di alam kubur (barzakh).Semua manusia yang telah meninggal dunia akan berada di alam barzakh sebagai tempat persinggahan sementara menanti waktu ditiup sangkakala kedua untuk semua manusia dibangkitkan dan dihisab di Hari Kiamat.

Nabi s.a.w. sendiri telah berada di alam barzakh untuk tempoh yang agak lama, sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Umat-umat yang terdahulu? Sudah tentu lebih lama...
Kita? Kita sendiri tidak mengetahui bilakah masa kematian kita dan bilakah bakal berlakunya hari kebangkitan semula itu?
Umur kita di dunia ini sekejap sahaja, di alam barzakh itu mungkin berkali ganda lamanya untuk kita, mungkin juga tempoh masa yang sekejap untuk kita.

Namun yang pasti, umur kita di negeri akhirat itu adalah INFINITI, tidak ada penghujungnya kerana selamanya kita di sana.
Justeru, jika umur kita di dunia ini hanya sesingkat itu, untuk apa kita sibuk-sibukkan diri untuk mengejar dunia yang terlalu sedikit nilainya ini?

Sebenarnya, dengan umur yang sesingkat ini, kita boleh mendapat kebahagiaan yang berkekalan lamanya untuk kehidupan kita yang lebih lama di alam seterusnya.Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapat ganjaran pahala yang bergunung-ganang ini.... 

♥:::Perbanyak NIAT yang BAIK...
Dan jangan sekali-kali ada NIAT yang BURUK.
...
♥:::Lakukan KEBAIKAN selagi ada KESEMPATAN...
Dan jangan lakukan KEBURUKAN walau ada KESEMPATAN.

Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>