Jom La ikut....

Thursday 5 January 2012

Umat Terakhir Special..... First Part

Assalamualaikum…….

Baru petang tadi buat blog,malam ni dah dapat idea nak buat post kedua…. Alhamdulillah… waktu tengah buat blog tu… tibe-tibe dengar suare orang beri salam…. Rupenye jamaah tabligh… memang Im sorang je kat rumah… ade tetamu kene la layan… teringat plak kat sekolah.. J

Bile diajak masuk mereke lebih selesa berbincang di luar… mule la sesi bertukar-tukar pendapat… bincang pasal umat nabi Muhammad and macam-macam lagi… abang tu orang Johor,sanggup datang dari jauh datang perak ikut Jemaah tabligh… senyuman tak pernah lekang,seronok je tengok…Im tertarik dengan tajuk “kelebihan Umat Nabi Muhammad”....
Yang Im nak sampaikan sekarang ni antaranya tajuk ni lah sebab sharing ilmu is dakwah....

Mari kita baca kisah nabi Musa dengan seorang pak cik tua yang Im dengar dari abang Johor tu...

Pada suatu hari, sedang nabi Musa Berjalan-jalan di sekitar padang pasir yang panas terik, Nabi Musa terlihat seorang pak cik tua yang sedang sujud menyembah Allah Yang Maha Pencipta…..  Nabi Musa menghampiri lelaki tua itu lalu bertanya:

“Wahai Ahli Ibadah,kenapa tidak dibina rumah supaya kamu dapat beribadah dengan selesa?”,

“Wahai Nabi Allah,sesungguhnya aku tidak mempunyai masa untuk membuat semua itu.”

“Jika begitu mengapa tidak ditanam sahaja sebatang pokok agar kamu dapat beribadah sambil
berteduh?”

“Wahai Nabi Allah,sesungguhnya aku juga tidak mempunyai masa untuk menanam sebiji benih
pun kerana sibuk beribadah kepada Allah.”

"Sudah berapa lama kamu beribadah sujud kepada Allah di padang pasir yang panas ini?”

"500 tahun wahai nabi Allah.”

“Sesungguhnya akan muncul satu umat di akhir zaman di mana badan mereka kecil-kecil sahaja,umur mereka hanya dalam linkungan 60 hinnga 70 tahun,tetapi kebanyakan daripada mereka banyak menghabiskan masa dalam mengejar hal-hal keduniaan,banyak memburu kekayaan,menggilai jawatan,berlumba-lumba dalam membina bangunan yang tinggi-tinggi daripada meluangkan masa beribadat kepada Allah..."

Pak cik tu berkerut mukanya kerana sangat terkejut dengan apa yang nabi musa sampaikan….. itulah hakikat umat akhir zaman iaitu kita sendiri….

Namun begitu nabi musa berkata………..

"Tetapi umat itu mempunyai kelebihan yang sangat tinggi berbanding kita,iaitu,solat sunat 2 rakaat mereka lebih tinggi darjatnya berbanding ibadah kamu selama 500 tahun itu!”

Lihatla… betapa Specialnya umat akhir zaman ni…. Mudah sungguh nak dapat pahala,oleh itu, marilah kita dirikan:
~✿..solat sunat taubat
~✿..Solat Sunat Hajat
~✿..Solat Sunat Rawatib dan bnyak lagi.....

Kalau solat sunat pon dah tinggi gile darjatnye apatah lagi solat-solat fardhu.... rugi sungguh sape yang escape solat nih....pastikan ibadah dengan hal dunia kita seimbang 50-50... akhirat lebih banyak itu lebih baik... yang kita lihat sekarang ni banyak yang dunia ngan akhirat rationya 90:10.... padahal nak bahagia dengan tenang hidup ni pastikan hal dunia tidak melebihi urusan akhirat.... bagaimana caranya insyallah Im akan sampaikan dalam post yg lain...

Apakah perkara yang TERPANTAS di dunia?

✿~ Pengkaji cuaca : "Angin taufan atau tornado."
✿~ Doktor : "Panahan Sesuatu."
✿~ Jurutera: "Peluru."
✿~ Saintis : "Cahaya. Ia bergerak 6 bilion kilometer dalam satu tahun cahaya."

TETAPI..

✿~ Petani menjawab: "SEMBAHYANG..ia sampai kepada Allah walaupun SEBELUM kamu berkata.."






♥♥Sesungguhnya Solat Fardhu itu tiang agama dan solat-solat sunat itu adalah bonus pahala♥♥




Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>