Jom La ikut....

Wednesday, 25 January 2012

Ngantuk dan Kelebihan Air

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

Pada pagi hari ini macam biase Im pergi mengikuti kelas Giat Mara setelah empat hari cuti dan berehat kat rumah.Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar dan Im sudah menyiapkan fail kerja khusus yang diperlukan bagi melayakkan Im untuk menerima Sijil Kemahiran Giatmara Tahap 1 setelah selesai belajar nanti Insyaallah.


Walaupon kelas berjalan dengan lancar tapi keadaan Im pada awal pagi tadi memang kurang memuaskan.Semalam Im tidur agak lewat dan Im pulak keletihan sebab menguruskan hal adik Im yang pulang ke asrama MRSM Pasir Salak.Rindu betul kat die walau Im malu nak tonjolkan,hehe (^_^)

Bile malamnye dah keletihan maka esok paginya memang mate berat sangat.Kepale pon pening same.Solat Subuh Alhamdulillah masih gagah untuk bangkit menunaikannya.Lepas solat memang kepale Im sakit sangat sebab masih keletihan dan tidak cukup rehat.Im tak nak bazirkan duit yuran yang mak Im dah bayar.Pening kepale bukan alasan untuk Im ponteng kelas. (O.o)

Waktu perhimpunan pagi masih steady lagi.Pastu cikgu buat pengumuman,hari ni ade ceramah keusahawanan.!! Im lupe setiap hari Rabu ade ceramah pasal keusahawanan ni.Celak Syaitan tambah dengan pening kepale dan keletihan,memang Im tersengguk-sengguk la jugak waktu dengar ceramah.Im minat je keusahawanan ni sebab Im dulu Ahli Usahawan Muda Sekolah.


Tak boleh jadi ni.Im bangun terus pergi ke tandas tadah air pastu keluar tandas.Celup tangan ke dalam air sambil berselawat ke atas nabi lalu Im sapu ke muka dan sekitar mata alhamdulillah Im rasa segar dan tak ngantuk dah sepanjang ceramah tu berlangsung.

Kesannya tak lame dan Im dah mule mengantuk balik semasa kelas T.E.A.V. bermula di bengkel disebabkan kepenatan dan mudah-mudahan bukannya sebab celak syaitan.Rasenye celak tu dah tertanggal semasa Im sapu muke sebelum ni.Klau sudah disorongkan bantal memang Im akan bantai tido punye. =.='

Akhirnya sebab tak tahan sangat Im tertido selama 10 minit dan waktu tu cikgu ada hal kat pejabat.Bangun je tido alhamdulillah ngantuk dah kurang sikit dan ngantuk completely hilang selepas Solat Zohor maka Im dapat menumpukan lebih perhatian pada kelas petangnya.

Atas apa yang dah berlaku ni Im nak berkongsi secara ringkas tentang faktor-faktor yang menyebabkan mengantuk ni selain dipakai celak Syaitan:
‎~✿..Tidak cukup tidur------> (Im buat =.=' )
‎~✿..Tidur yang berlebih-lebihan
‎~✿..Makan terlalu banyak------> (Im buat =.=' )
‎~✿..Kebosanan
‎~✿..Dehidrasi
‎~✿..Sering berjaga malam ------> (Bangun malam qimulail bukannya berjaga malam )
‎~✿..Gangguan kitaran biologi badan
‎~✿..Otak kekurangan oksigen


Tidak dinafikan bahawa ubat yang lebih mujarab bagi menghilangkan mengantuk ni adalah dengan tidur sekejap.Namun terdapat banyak langkah lain bagi mengurangkan ngantuk terutama yang melibatkan penggunaan air.

Sejak di bangku sekolah lagi,antara ayat yang selalu keluar daripada mulut guru apabila kita mengantuk di dalam kelas adalah:

"Pergi Basuh Muka!" atau "Pergi Ambil Wudhu'!"

Kenape kene pergi basuh muke dan ambil wudhu'? 

Soalan ini terjawab apabila Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap pengambilan wudhu' yang pernah disebut oleh Saintis barat sebagai 'bermain air'.Beliau mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Beliau beritahu yang pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki yang merupakan anggota wudhu'.Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dengan membasuh rata kawasan ini dengan air,semua pusat saraf akan diselaraskan lalu dapat menghilangkan rasa mengantuk serta keletihan.


Walaupun ngantuk dan letih tidak hilang secara keseluruhan,namun dengan mengambil wudhu',sekurang-kurangnya kita akan dapat menumpukan lebih tumpuan ketika melakukan sesuatu kerja disebabkan pusat-pusat saraf kita yang sudah diselaraskan.  

Selain mengambil wudhu',dengan meminum banyak air juga dapat menghilangkan rasa mengantuk bagi mengelakkan masalah dehidrasi.Hampir 80% daripada komposisi badan kita mengandungi air dan Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat. Tanpa kita sedari perkara ini akan menyebabkan kita terasa penat dan keletihan.

Air juga membantu melancarkan pengaliran nutrien ke seluruh badan.Ia juga dapat mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Dengan meminum air juga,kandungan oksigen dalam otak dapat dikembalikan sehingga paras normal lalu menghilangkan rasa mengantuk.

Apabila kita makan dengan terlalu banyak,organisme-organisme dalam badan akan menggunakan banyak tenaga dalam badan untuk menguraikan zat-zat makanan.Hal ini menyebabkan paras tenaga dalam badan berkurangan lalu menyebabkan keletihan serta mengantuk.Dengan meminum air terutama air tenaga seperti 100 plus dan revive dapat memberikan badan kita tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti harian.


Bagi air masak pula,berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.Memang sekarang ni cuaca sangat tidak menentu.Kalau cuaca panas tu memang terlampau panas.Global warming.

Meminum air ni akan jadi lebih efektif jika kita membaca bismillah,berselawat ke atas nabi,berzikir serta berdoa sebelum minum air tersebut.hal ini kerana menurut Dr. Masaru Emoto, seorang saintis Jepun,air boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan “mengerti” serta “merekod” ucapan seperti pita magnetik atau cakera padat. Semakin kuat konsentrasi pengucap, semakin jelas pesanan tercetak di dalam air. Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan penyakit di depan sebotol air maka terakam imej molekul air yang sangat indah.Molekul air yang sangat indah ni dapat memberi kesan positif terhadap kesihatan badan kita.
Sila hayati video ini berkenaan molekul-molekul air

Ada seorang ustaz kat sekolah Im ni,die nak buat eksperimen berkaitan dengan molekul air ni.Eksperimennye mudah je.Para pembace  pon boleh cube sendiri.Tidak perlu minum air sebab badan kita sendiri mengandungi air.

Apa yang ustaz tu buat adalah:
‎~✿..Mengarahkan sorang pelajar untuk berdiri lalu menyuruh pelajar tu mengangkat sebelah tangan ke    hadapan.
‎~✿..Menyuruh pelajar tersebut menyebut 'Allahuakbar'(boleh cube dengan perkataan lain yang baik-baik).
‎~✿..Ustaz tersebut menekan tangan pelajar itu ke bawah dan pelajar itu dikehendaki untuk melawannya dan kekalkan posisi tangan tersebut.
‎~✿..Kemudian ustaz menyuruh pelejar tersebut menyebut perkatan-perkataan yang tidak baik.
‎~✿..Sekali lagi ustaz tu tekan tangan dan pelajar kene cube lawan.
‎~✿..Rasailah perbezaannya.

Apa yang berlaku adalah pelajar tu dapat menahan tekanan yang ustaz kenekan dekat tangannya apabila pelajar itu menyebut 'Allahuakbar'.
Namun berbeza pulak keadaannye apabila pelajar tu menyebut perkataan yang tidak baik,sekuat mane pon pelajar tu menahan tapi die gagal.Ustaz tu berjaya tekan tangan pelajar tu ke bawah.

Oleh itu banyak-banyakkan lah berzikir,berdoa,berselawat serta mengucapkan perkataan-perkataan yang baik-baik kerana hal ini akan mempengaruhi bentuk-bentuk molekul air dalam badan lalu mempengaruhi minda dan pemikiran kita.Bagi sesiapa yang kuat mencarut tu berubahla sedikit demi sedikit.
Kesimpulannya, air juga adalah salah satu dari jutaan makhluk Allah yang sentiasa taat dan patuh kepada fitrah dan suruhan Allah. Ia juga suka kepada perkara-perkara yang baik dan akan hancur jika terdedah kepada perkara-perkara yang tidak elok. Oleh yang demikian, kita manusia, makhluk yang diangkat oleh Allah sebagai makhluk yang terbaik, seharusnya menginsafi kejadian diri kita yang dipenuhi lebih tiga perempat dengan air

•✿•Jika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah..•✿•

Puisi Air
Karya Novita-Rahayu

Pernahkah kita membayangkan bila tidak ada setitis airpun yang ada.?
Semua akan terasa kering, berujung kekalahan dan mati
Naïf memang, tapi itu nyata………………………..

Setelah beribu cobaan dan ujian hidup Dari allah
Hingga hidup ini terasa kering dan naïf mati
Allah tunjukkan lewat air wudhu- Nya
Menenukan arti hidup dan pentingnya air suci-Nya

Air-Nya membuatku, tunjukkan arti pentingnya makna sholat
Air- Nya membuatku,tunjukkan makna Al-Quran sebagai landasan hidupku
Air- Nya membuatku, terjaga diri dari hal-hal yang tak Engkau suka
Air- Nya membuatku, temukan arti hidup hanya untuk Allah.
Air- Nya membuatku, sejukkan hati tuk tetap damai
Air- Nya membuatku, ampuni khilaf dan dosaku

Aku telah sadari begitu pentingnya air dalam kehidupan
Aku ingin selalu bermanfaat, walau setetes saja tuk hapus dahaga
Aku ingin fleksibel dapat memasuki semua ruang dan waktu
tuk pahami semua orang.
Aku ingin hidupku hanya untuk allah dan mencari ridho allah.

Aku tak ingin air itu seperti sunami
Aku tak ingin air itu seperti Bah
Aku tak ingin air itu seperti Banjir
Walau aku tahu, semua itu terjadi karena ulahku sendiri.

Aku ingin air itu seperti aqua
Aku ingin air itu seperti susu
Aku ingin air itu seperti wudhu
Walau aku tahu, semua itu terjadi hanya dengan tekadku tuk berubah

Air sejukkan aku tuk lupakan semua kenangan yang buruk
Air sejukkan aku tuk kenang semua kenangan yang indah
Air sejukkan aku tuk miliki hari ini yang terbaik
Air sejukkan aku tuk sambut masa depan dengan sendirinya

Aku tak mau lagi sok tahu dan banyak rencana tentang masa depan
Karena semua itu, menjadikan aku kufur
Membuat air menjadi es dan sunami
Bila rencana itu gagal

Aku ingin memberikan yang terbaik pada hari ini
Karena semua itu, menjadikan aku ahli syukur
Membuat air menjadi susu dan wudhu
Bila terima takdir Allah

Cukuplah Allah sebagai teman dan penolongmu
Cukuplah Al Quran dan Hadits sebagai dasar
Cukuplah lakukan Sholat dan Sabar
Cukuplah berkumpul dengan orang yang solehlah aku terjaga
Cukuplah bersyukur akan nikmat-Nya
Cukuplah lakukan yang terbaik dalam hidup
Cukuplah hidup bersama tiga malakat kecilku
Cukuplah Air wudhu sejukkan hidupku
Tuk meraih kebahagiaan Dunia Akhirat.



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

4 comments:

wanie said...

sllu ja mngntuk dlm klas

LEGGING DAN SKIRT SENDAT....VINTAGE KAH?
hewhewhew..
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/nama-vintage-muslimah-tapi-baju-macam.html

Razil Tahir said...

cool!
thanks for sharing such useful info..
Blom pernah bace lg.. XD

Muhammad Naa'im said...

Welcome... thanx sebab sudi lawat ye.. kepada wanie,saye dah follow blog kamu...

halimatun said...

betul2..wuduk adalah jalan yg terbaik utk menyingkirkan syaitan...insyaAllah...

>