Jom La ikut....

Tuesday 10 January 2012

Malu Tak Bertempat!

Assalamualaikum pembace.....

Harap semuenye sihat-sihat sahaje.... Bile Im tengok budak-budak balik sekolah agame rakyat pada waktu petang memang Im rase syahdu je.... ye la,rindu zaman persekolahan tambah rasa sunyi berseorangan je kat rumah..... adik-adik semua pergi sekolah... mak dan ayah kerja... Im kerja pada waktu pagi je.... petangnye sorang-sorang je la jaga rumah.....


Bile dah bosan jaga rumah... Im belek-belek la ape-ape bahan bacaan... Im terbaca satu kisah bertajuk "Malu  Tak Bertempat!" dalam majalah GenQ Isu no. 5,muka surat 16 dan 17,Karya NIK WAFDI dan AZZAM SUPARDI.... Isi die memang menarik jadi Im nak kongsi kisah ni dengan pembaca......


Pada suatu hari,semasa Nik atau gelarannya Abang Long pergi ke sebuah pasaraya besar,Abang Long perhatikan yang boleh dikatakan ramai anak muda sekitar usia 15 hingga 19 tahun tidak berjalan dengan keluarga mereka terutamanya lelaki.Sedangkan yang berusia kecil sekitar 7 hingga 10 tahun amat rapat dan 'manja' dengan keluarganya.Tapi sebenarnya itu bukan sesuatu yang pelik dalam senario sekarang bukan?

Nik teringat balik ketika usianya sekitar 17 tahun.ada suatu waktu itu,ayah Abang Long ajak pergi ke pasar dan bersarapan di gerai.Timbul tanda soal di atas kepala Abang Long.Ayah ajak Abang Long? Abang Long terus menolak ajakan ayah.Adakah ayah tidak tahu bahawa Abang Long telah besar dan boleh membuat keputusan sendiri sama ada mahu atau tidak mahu?

Sebenarnya bukan kerana boleh membuat keputusan sendiri yang menjadi alasan Abang Long, ia lebih kepada perasaan malu yang akan Abang Long hadapi apabila rakan-rakan Abang Long melihat Abang Long berjalan beriringan dengan ayah.Abang Long bukan perempuan dan bukan anak manja yang lembut.Abang Long lelaki tulen.Lelaki tulen mana boleh berjalan pergi pasar dan bersarapan dengan ayah.

Abang Long lihat ayah Abang Long selamba.Marah tidak,merajuk tidak dan merungut pun tidak.Ayah capai kunci kereta,lalu di hadapan Abang Long sambil tersenyum.Katanya,"Terima kasih."Abang Long termangu seketika.Dalam hati berbisik, "Wooops.....!"Namun Abang Long biarkan sahaja keadaan berlalu begitu tanpa ada apa-apa respons daripada Abang Long.Kiranya macam kata-kata,"Flow with the wind."

Kemudian,suara emak Abang Long pula kedengaran daripada dapur, "Jangan lupa beli susu pekat dua tin!"

Lantas Abang Long menjawab."Ayah dah pergi dah mak!"

Emak bertanya lagi,"Eh..... kenapa Abang Long tak pergi sekali?"

Abang Long jawab selamba "Mak ni..... Abang Long dah besarlah.Malulah nanti kalau kawan-kawan nampak Abang Long berjalan dengan ayah.Nanti kawan-kawan kata Abang Long masih pakai lampin,kencing malam,tidur bawah ketiak ayah,nyotnyot botol susu..... muka Abang Long karang tebal macam tayar 'steamroll'.Mak sanggup ke tengok muka anak bujang mak ni jadi jalan tar?"

Emak Abang Long pulak sambung cakap,"Kalau macam tu,tolong hantar mak pegi kedai runcit.Ada lagi barang yang mak lupa nak cakap kat ayah suruh beli tadi.Jom..... jom.....!"

Dalam keterpaksaan,Abang Long ikutkan sahaja kata-kata emak.Abang Long fikir,kedai runcit tak apa sebab apa sangatlah....nak malu dengan siapa di kedai runcit? Kawan-kawan Abang Long mana ada pergi kedai runcit.Abang Long pun putar kunci kapcai dan 'start'.Emak bonceng di belakang.Sampai di kedai runcit,Abang Long terserempak dengan Lina,anak dara yang boleh dikatakan cantik di kalangan kawan-kawan Abang Long.Dalam hati Abang Long berbisik sendiri,"Alamak.....! Macam mana dia ni boleh ada kat sini?"

Abang Long cuba buat-buat 'cool'.Dalam keadaan serba-salah,Abang Long menjawab walaupon Lina tak bertanya pon,"Hantar mak nak beli barang."

Lina jawab dengan agak 'suprise',"Soooo......sweet!"

Sejak itu,dengan ayat Lina 'so sweet' itu membuatkan Abang Long tidak rasa segan langsung untuk keluar berjalan beriiringan dengan emak atau ayah atau kedua-duanya sekali.Malah Abang Long rasa bangga kerana Abang Long ambil tanggungjawab menyayangi emak dan ayah dengan membantu sedaya upaya yang boleh.
-TAMAT-


Persoalannya..... berapa ramaikah yang malu untuk berjalan bersama ibu bapa dan berapa ramai yang tidak malu? Inilah remaja sekarang,perkara yang baik dikutuk,dihina,apabila berjalan dengan mak ayah mulalah ada mulut-mulut jahat kutuk dari belakang,padahal berjalan dengan ibu bapa itu adalah salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu bapa.....

"Berjalan dengan ibu bapa yang mendapat pahala serta digalakkan dalam Islam malah disukai Allah MALU tetapi bila berjalan dengan pakwa atau makwa berpegangan tangan yang mendapat dosa serta menyalahi batasan serta dibenci Allah TIDAK PULAK RASA MALU" 
Sifat malu ialah salah satu sifat yang mulia lagi terpuji. Sifat ini bagaikan suatu dinding atau pagar yang membatasi seseorang untuk melakukan kejahatan mahupun kemaksiatan. Orang-orang yang memiliki sifat malu ini akan terjaga olehnya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Hatta tidak dilihat oleh seorang manusia pun akan kejahatan yang terlintas difikirannya, tetapi dia yakin bahawa ALLAh sentiasa memerhatikannya tidak lepas pandangan-Nya walau sesaat pun.Kita akan rasa malu untuk melakukan larangan Allah,kita akan malu untuk membuat maksiat....

Tetapi apabila perasaan malu terhadap Allah hilang maka segala perbuatan yang memalukan sudah tidak menjadi sesuatu yang memalukan dan mengaibkan. Sungguh! Tidak percaya sebenarnya ada orang macam ini jika tidak pernah terjumpa. Gila atau kurang waras itu adalah lain ceritanya berbanding orang yang waras tapi buat-buat tak waras dengan melakukakan segala perbuatan yang melanggar syariat Islam... seperti berzina,tengking mak ayah depan orang ramai......

Kadang-kadang kita nak berubah jadi baik pon malu... sebab takut kawan-kawan kata kita buang tebiat,hilang akal dan sebagainya... kita malu dengan kawan tetapi dengan Allah? Allah sangat suka kepada orang yang melakukan kebaikan,jadi kita tidak patut malu dengan kawan-kawan bila melakukan kebaikan tetapi kita patut malu kepada Allah bila melakukan kejahatan....
“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan.” [Hadis riwayat Ibn Majah]
“Jika engkau tidak rasa malu, maka buatlah apa saja yang engkau mahu.” [Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari]

Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)
Kita jangan endah walau sedikit pon apa yang orang lain cakap jika kita melakukan kebaikan.... pandangan manusia itu tidak sepenting pandangan Allah terhadap perbuatan kita....Biarlah orang kata kita kuno,anak mak,ketinggalan zaman asalkan Allah suka apa yang kita buat....pujian Allah lebih bermakna daripada pujian manusia... Buat apa kalau kita tengking mak ayah pastu kawan-kawan puji kita 'cool','strong' dan sebagainya jika Allah murka dengan kita......

Sepatutnya kita rasa malu sangat-sangat,kata Cintakan Allah,nak masuk Syurga Allah,bersyukur mendapat nikmat Allah tetapi masih melakukan maksiat,masih melanggar cakap mak dan ayah,masih berdua-duaan dengan yang bukan mahram,masih tinggalkan solat 5 waktu,masih nak escape puase.... fikirkanlah...

Oleh itu,sebelum melakukan sesuatu perkara... fikir dahulu sama ada Allah suka atau keji apa yang kita bakal buat BUKANNYA fikir sama ada kawan-kawan suka atau keji apa yang kita bakal buat... Insyaallah dengan mementingkan pandangan Allah rasa malu kita untuk membuat maksiat di hadapan Allah akan terpelihara......



Bila kita bertemu orang tersayang, 
kita berhias diri, 
berpakaian cantek, 
berwangi-wangian, 
degupan jantung berdegup-degup
hati rasa berdebar-debar
hati juga rasa teruja untuk bertemu
bila yang tersayang berkehendakkan sesuatu
cepat-cepat kita usahakan
lantas tidak mahu yang tersayang itu kecewa
tapi...


Bila kita bertemu yang menciptakan kita, 

yang begitu kasih dan sayang pada kita, 
yang memberi nikmat hidup kepada kita,
yang meniupkan ruh kepada kita,
yang begitu belas kasihan kepada kita,
kita berpakaian yang biasa-biasa, 
kadang-kadang dicalitkan sedikit wangi-wangian,
perasan teruja jarang-jarang ada,
malah ada yang berasa berat untuk bertemu
dan ada juga yang tidak mahu bertemu
bila Dia memanggil pun tidak kita sahuti panggilanNya
yang disuruh pun selalu tidak kita penuhi
yang dilarang pun selalu juga kita langgari
sedangkan Dialah yang Maha Menciptakan kita
Dialah yang memegang dan menguasai nyawa kita
Tanpa Dia...
kita tidak punya ruang untuk bernafas di muka bumi

Tidakkah kita malu padaNya
ALLAH Al-Khaliq, Ar-Rahman, Ar-Rahiim???




Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>