Jom La ikut....

Monday, 30 January 2012

Noktah Kehidupan (U_U) Final Part

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh wafaghfirah semua!

Sebelum ni Im ade sentuh soal kematian dan macam-macam lagi.Sekarang ni im nak sambung pulak ye.

Mati itu akan datang bila-bila masa,tidak mengira usia dan di mana-mana sahaja seperti yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi.Kita tidak tahu bila kita akan mati,oleh itu carilah sebanyak mampu bekalan didunia untuk dibawa ke alam kubur kelak.Walau apa pon kita jangan sesekali leka lalu melupakan Allah walau sedetik kerana tidak mustahil dengan waktu sedetik kita alpa kepada Allah itulah ajal datang secara tiba-tiba.Kita tak tahu bila kita mati so just be prepared.



"Tidak semestinya yang sudah tua dan yang sakit itu akan mati.Yang muda dan sihat-sihat juga boleh mati.Sentiasalah ingat akan mati"

Cube tengok video di bawah ni:


Die dah elok melintas jalan.Semuanya nampak tenang je tapi sayangnya,ajal di tangan Allah,secara tiba-tiba sahaja maut datang menjemput.Andai kata kita lah mangsa,adakah hati kita masih ingat kat Allah? Sempatkah kita mengucap? Oleh itu amalkan lah doa ini:
"Ya Allah Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan,Hindarkanlah diriku daripada perkara munkar dan keji.Ya Rabb Ya Rahman,hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman serta kekalkanlah aku pada jalan-Mu yang lurus"
Andai kata kitalah mangsa kemalangan insyaallah dalam hati masih menyebut nama Allah serta sempat mengucap dua kalimah shahadah buat kali yang terakhir.Bagaimana dengan video ini pula?:


Mereka ni datang ke air terjun ni untuk berkelah je.Secara tiba-tiba arus air menjadi semakin deras.Hari minggu yang dijangka dipenuhi keseronokan akhirnya bertukar menjadi tragedi yang datang tanpa disangka sama sekali.Ketika mereka tengah bergelut dengan air deras,hanya yang tinggal adalah harapan untuk hidup dan selamat.Bersyukurlah kita kerana masih diberi nikmat kehidupan namun masih ramai yang telah menyalahguna nikmat ini sehingga melakukan kemungkaran dengan sewenang-wenangnya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. " ( Surah al-A'raf ayat 34 ).
Pasti anda semua pernah dengar kes di mana orang mati ketika sedang tidur.Menurut sumber yang Im dengar,melalui kawan-kawan,ustaz dan ustazah,tidur ni sebenarnya adalah mati sekejap.Apabila kita tidur,roh kita akan keluar dari jasad lalu berlakulah fenomena seperti bermimpi,mengigau,dan kadang-kadang waktu ni lah anasir-anasir jahat nak overtake jasad kita sampaikan kita tidur berjalan pun tak sedar.Kes ni ade due sebab sama ada memang ade bende lain yang overtake ataupon kita berada dalam keadaan minda separa sedar.Keadaan di mana roh kita keluar dari jasad tidak secara keseluruhan.Wallahualam.


Macam-macam perkara boleh berlaku ketika kita tidur ni.Oleh itu,kita hendaklah membaca sekurang-kurangnya doa hendak tidur juga mengucap dua kalimah shahadah as preparation.Paling baik adalah ditambah juga ayat kursi serta 4 Qul untuk mengelak gangguan ketika tidur insyaallah.

Nyatalah alasan "Rilek la,kita muda lagi,mati lambat lagi," memang tak boleh pakai.

Pernah dengar tak ayat ni?

"The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th"
-Contengan Jalanan,Hlovate,JS-


Novel ni sangat best!! Im cadangkan bagi sesiapa yang nak berubah jadi lebih baik hayatilah novel ni.Baca bagaimana seseorang itu berubah daripada keduniaan kepada jalan menuju Akhirat.
-Perjalanan mencari ketuhanan-
Ayat ni bermaksud,seseorang nak berubah pada masa yang akan datang tapi malangnya dia mati pada sebelum masa tersebut tiba.Samelah macam orang Islam sekarang.Bile disuruh bertaubat,

"Alah,dah tua nanti la baru la bertaubat,muda ni sekali je,masa panjang lagi"

Banyakla hang punya alasan.Yang tetapkan mati ni sape? bukannye kite tapi Allah yang maha mematikan.Kalau dah pasang niat nak bertaubat tu,sila lakukan segera.jangan nak tunggu-tunggu lagi.Yakinkah yang kita masih hidup pada esok hari? Yakinkah kita ada masa panjang untuk bertaubat sedangkan kematian itu sedang melambai-lambai?

Blank? Tak tau nak buat camne? Buntu? Tiada petunjuk? Pergilah berjumpa dengan orang yang lebih arif,yang pandai motivate serta memberi nasihat.semoga niat untuk berubah bukan sekadar niat sahaja.Pastikan usaha itu ada.Sudah tentulah kita nak mati dalam keadaan beriman dan kekal di atas jalan yang benar.
Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.
Ramai yang tak berapa gemar bile menyebut serta mendengar bicara mengenai soal kematian kerana mereka tahu yang diri mereka belum cukup bersedia untuk menghadapi kematian.mereka yang tidak mahu berubah ini umpama orang yang dilontar kepadanya seketul batu namun tidak mahu mengelaknya.orang yang bijak pasti akan mengelak batu tersebut.Manakala orang yang bodoh sahaja yang tidak berganjak.

Begitu juga halnya dengan keadaan masyarakat sekarang,dah tau yang mati tu sangat dekat tetapi masih lagi berbuat maksiat.Kalau ade niat nak berubah tu takpelah tapi yang jenis hati batu ni ha.Orang ajak solat dengan bertaubat ditengking dan dicacinya kita.Kita mengajak ni pon sebenarnya tengah mengetuk pintu hati mereka yang alpa semoga terbuka sedikit seterusnya kita berusaha menolong untuk membuka pintu hati itu seluas-luasnya.Maka bersabarlah wahai orang-orang yang selalu berpesan-pesan.Janganlah kamu berputus asa.


"Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mempersiapkan diri dengan amal ibadah untuk dibawa hadapi kematian kelak"

Kalau kita ingat mati,insyaallah kita akan takut punye nak buat kemungkaran.Sebagai contoh,bile layari internet,ternampak iklan yang tidak senonoh.Orang yang ingat akan kematian tidak akan klik iklan tu.Namun andai kata die bukak,"Hmm takde sape nampak pon,"dorongan nafsunya telah menutup akal dan ingatannya mengenai Yang Maha melihat juga makhluk ghaib lain yang berkongsi alam turut melihat akan perlakuan dia.Malaikat Maut pon tengok je,jin Islam,kafir sume turut melihat.Alangkah malangnya jika malaikat izrael yang datang ketika itu telah ditetapkan untuk mencabut nyawa si dia yang tengah leka melihat bende yang tidak elok.Hina sungguh kematian itu.

Ingatlah kematian,persiapkanlah bekal untuk kembali kekampung halaman kita,sudah seberapa banyak bekal yang kita kumpul,buatlah sebanyak mana kebaikan yang kita mampu...usah berkira dalam hal ibadah dan agama. "Sebaik - baik ingatan adalah mengingat kematian"(hadis).


SETIAP HARI KUBUR MEMANGGIL MANUSIA SEBANYAK 5 KALI

1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."

2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."

3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."

4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."

5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya."



Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.

Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.

Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.


Sebagai penutup







Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

6 comments:

Suza said...

best baca post nie.thanks ! semoga dpt trus beribadat kepada ALLAH amin !

Muhammad Naa'im said...

Thanx ya... and you are welcome... selagi hayat dikandung badan... teruskan beribadat kepada Allah insyaallah,aminnn

Cheyah said...

bagus entri ni.
kebetulan saya ada review pasal novel contengan jalanan ni...http://yoyayee.blogspot.com/2012/01/review-novel-contengan-jalanan.html

Nurra Asrar said...

salam.. 4 Qul? bukan 3 Qul ek?

Muhammad Naa'im said...

Thanx cheyah.... saye dah bace novel tu... Nurra Asrar... termasuk juga Al-Kafirun...

Nurra Asrar said...

oh ok. baru tau. jazakallah.

>