Jom La ikut....

Friday 6 January 2012

Umat Terakhir Special....Last Part

Assalamualaikum........

Untuk post yang terakhir bagi tajuk Umat Terakhir Special ni Im nak sampaikan tentang perkara yang paling special dalam Umat Akhir Zaman ini ialah terdapat Syafaat Raulullah S.A.W untuk umatnya ketika dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak....


Di Padang Mahsyar nanti... seluruh umat manusia dari zaman nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad akan dikumpulkan.....Memang tak dapat dibayangkan betapa ramainya manusia dan betapa luasnya Padang Mahsyar itu... sesungguhnya itu semua adalah perkara Ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan akal manusia....

Mengenai Padang Mahsyar,seperti yang para pembaca sudah sedia maklum... keadaan di Padang Mahsyar memang sangat dahsyat.
Waktu tu, matahari didekatkan kepada kepala manusia sehingga sejengkal jaraknya.Matahari yang kini sejauh 1.392.000 kilometer pon kita dah mengeluh kepanasan inikan pula jarak sejengkal.Tak cukup dengan panas matahari sejengkal ditambah pula rasa panas himpitan manusia yang sangat ramai dan padat tu.semua manusia dihimpunkan di dalam keadaan bersesak-sesak dan berhimpit-himpit sampai tapak kaki sesetengah mereka berada di atas tapak kaki orang lain.

Oleh kerana terlalu panas, mereka berasa sangat ahaga sehingga dirasakan seolah-olah putus batang leher dan peluh melimpah dengan banyaknya. Begitu banyaknya peluh sehinga menenggelami mereka bergantung kepada amalan masing-masing.
"Daripada Ibnu Umar r.anhuma, Rosulullah SAW bersabda: Seluruh Manusia akan berdiri di hadapan tuhan penciptanya alam ini pada hari qiamat nanti sehingga salah seorang daripada mereka ada yang tenggelam didalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinga."
H.RBukhari dan Muslim.

Namun Begitu,terdapat TUJUH golongan manusia yang akan diberi peluang duduk di bawah lindungan ' Arasy-Ar-Rahman' yang amat luas dibawa oleh lapan malaikat.Semoga kita tergolong dalam tujuh golongan tersebut.... Golongan itu ialah:

~✿.. Golongan raja/ pemerintah yang memerintah dengan adil.


~✿.. Remaja yang sentiasa beribadah kepada Allah.


~✿.. Dua lelaki atau perempuan yang bertemu dan berpisah kerana Allah.


~✿.. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan untuk melakukan zina tetapi ia menolak dengan katanya, "Aku takut akan Allah Tuhan semesta alam".


~✿.. Lelaki atau perempuan yang berzikir dan menyebut Allah di tempat sunyi (bersendirian) sehingga mengalir air matanya kerana takut dan gentarnya kepada Allah S.W.T.


~✿.. Orang yang begitu ikhlas bersedekah sehinga apa yang di hulur oleh tangan kanannya tidak di ketahui oleh tangan kirinya.


~✿.. Orang yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid untuk beriktikaf dan mengabdikan diri kepada Allah.

Ketika itu juga Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu-satu nya nabi yang dapat memberi syafaat atau pertolongan hanya kepada umatnya di akhir zaman kelak. Begitu beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. Umat yang terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi Umat Nabi Muhammad s.a.w diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w.t untuk menerima syafaat oleh Nabi junujungan kita Muhammad s.a.w.


Antara Syafaat yang dikhaskan bagi Nabi Muhammad s.a.w. ialah:

~✿.. Meringankan seksaan rasa cemas, ketakutan dan kesulitan pada persidangan mahkamah Allah
kelak.


~✿.. Membebaskan manusia dan jin yang beriman kepada Allah SWT di Padang Mahsyar daripada penderitaan dan kesukaran.


~✿.. Syafaat Baginda s.a.w., supaya Tuhan memasukkan ke syurga satu kumpulan besar dari umatnya dengan tidak dihisab.


~✿.. Syafaat Baginda s.a.w. untuk satu kumpulan yang telah dihisab dan didapati mereka berhak menerima balasan Neraka,diminta agar tidak dimasukkan ke Neraka, tetapi dimasukkan terus ke syurga.


~✿.. Meninggikan darjat sebahagian daripada orang-orang mukmin di dalam Syurga Allah SWT.


~✿.. Memohon keampunan daripada Allah SWT kepada sesetengah orang-orang mukmin yang melakukan amalan-amalan yang tidak baik, agar mereka diselamatkan daripada azab neraka.

Syafaat ini adalah sebagai tanda sayangnya Nabi s.a.w. kepada seluruh umatnya, lebih-lebih lagi umat yang tidak pernah melihatnya tapi beriman sungguh-sungguh dengannya, iaitu umat akhir zaman, umat masa kini hinggalah menuju hari kiamat.

Untuk melayakkan diri kita menerima Syafaat baginda itu,kita hendaklah berusaha untuk termasuk dalam golongan-golongan berikut:

~✿.. Golongan yang selalu mengamalkan sunnah nabi seperti makan dengan menggunakan tangan kanan,masuk ke dalam masjid dimulai dengan kaki kanan dan bnyak lagi...


~✿.. Orang yang melazimkan diri membaca al-quran.Maka luangkan lah masa kita dngan membaca al-quran sebaik-baiknya setiap hari...


~✿.. Orang yang sentiasa berselawat kepada Rasulullah.Dengan mengamalakan selawat ke atas nabi apabila mendengar nama baginda disebut ditambah dengan 10 kali selawat dalam solat fardhu 5 kali setiap hari insyaallah kita tergolong dalam golongan ini....


~✿.. Orang yang mati syahid sama ada mati ketika berperang menentang musuh Islam,berperang dengan hawa nafsu,ketika melahirkan anak dan ketika menuntut ilmu..


~✿.. Orang yang berdamping dengan para ulama'.Rajin-rajinkanlah diri untuk pergi ke majlis ilmu bagi berjumpa dengan para ustaz dan alim ulama' bagi menimba ilmu yang bermanfaat..

Mulai sekarang,marilah kita sama-sama memasang hajat untuk menjadi seperti golongan di atas,panjatkanlah doa kepada Yang Maha Esa agar diri ini layak untuk menerima syafaat Kekasih-Nya di Padang Mahsyar kelak...

Pada detik kewafatan baginda,Nabi SAW memanggil-manggil, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).”Itulah bukti bahawa baginda amat cinta akan umatnya... marilah kita sama-sama mengamalkan sunnahnya serta memikul beban dakwahnya.... semoga kita tergolong dalam golongan yang layak menerima syafaatnya....


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

2 comments:

Rasydan Nazri said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Naa'im said...

Abang Rasydan?

>