Jom La ikut....

Thursday 5 January 2012

Umat Terakhir Special.....Second Part

Assalamualaikum.......

Apa khabar pembaca? Harap semuenye sihat-sihat sahaja.... sebelum ni Im dah kongsi berkenaan kelebihan umat akhir zaman berkenaan solat sunat dua rakaat... sekarang pulak Im nak kongsi bekenaan Dakwah...

Menurut abang Jemaah Tabligh yang datang dari Johor tu:
"Umat-umat nabi terdahulu yang menjadi pengikut nabi hanyalah terdiri daripada Ahli Ibadah dan nabi sahaja yang berdakwah,oleh itu setelah nabi itu wafat... kebanyakan dari pengikut nabi itu mula mensyirikkan Allah sedikit demi sedikit lalu diutuskan Allah nabi yang baru..... begitulah kronologinya berulang-ulang dari zaman nabi adam hinggalah zaman nabi Muhammad S.A.W"
"Tetapi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W sehingga Hari Kiamat nanti.... bukan sahaja terdiri daripada Ahli Ibadah tetapi wujud juga Ahli Dakwah yang tidak berhenti daripada menyampaikan dakwah baginda,walaupun baginda telah wafat namun usaha dakwah baginda belum 'wafat' dan alhamdulillah masih diteruskan oleh umat Islam sendiri..... dengan mengamalkan Amal Makruf Nahi Mungkar..... Semoga kita semua terdiri daripada ahli dakwah juga ahli ibadah...."
Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
Abang itu juga berkata terdapat bnyak pandangan ulama' yang mengatakan bahawa satu perkataan yang kita ucapkan yang mengajak ke arah kebaikan bersamaan dengan darjat ibadat solat sunat dua rakaat selama 100 tahun! Lihatla betapa tinggi darjat orang yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan...



Cukupla dengan berkata "Jom Solat",sudah bersamaan dengan darjat 200 tahun beribadat solat sunat 2 rakaat...... Oleh itu marilah kita sama-sama mengajak ke arah kebaikan..... teruskan membawa beban usaha dakwah baginda Muhammad S.A.W.......



Dakwah ni terdapat pelbagai cara.... insyaallah akan Im sampaikan dalam post yang akan datang....

✿ ܓBerterima kasihlah pada yang menegur kesilapan dan mengajak ke arah kebaikan,
✿ ܓkerana mereka mungkin kita di syurga......



Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>