Jom La ikut....

Saturday 14 January 2012

Alahai Modem....

Assalamualaikum.....

Lame tak tanya khabar padahal baru 3 hari.... ape khabar sume? insyaallah semuenye sihat-sihat sahaje ye.... Hmm Im agak sedih sebab modem Zyxel Im rosak... maka Im tak dapat la nak online dengan blogging....3 hari lepas... pada 11 Januari.... Im keluar dengan ayah pergi uruskan pendaftaran Giatmara... Im ambil T.E.A.V..... Teknologi Elektronik Audio Visual,Im nak ambik komputer tapi dah penuh....



Tak kisah pon... janji dapat kemahiran... repair kipas,tv,mesin basuh,ok gak untuk mase depan.... Waktu dengan ayah keluar rumah... cuaca baik-baik je,mak pergi keje,adik bongsu pergi sekolah,memang takde sape la kat rumah petang tu.... Waktu Im fotostat kad pengenalan dekat bota kanan.... memang Im rase tak sedap hati.... tibe-tibe je Im rase nak balik rumah tapi ayah cakap alang-alang dah keluar ni baik jemput mak dan adik bongsu balik rumah.... betul jugak cakap ayah tu...

Dalam perjalanan balik rumah tu hujan lebat sangat tambah dengan kilat sambar-menyambar... sampai je rumah,gelap je... suis utama rumah ter'off', bile Im 'on' je suis tu,alhamdulillah semua perkakas elektrik berfungsi... kecuali MODEM!!

Im memang frust menonggeng la tapi bile fikir dua,tiga kali.... maybe ade hikmahnya.... tak perlula sedih sepanjang masa,SABO JE LA.... Mungkin Im sebelum ni lalai dan leka dihanyut dunia internet.... Insyaallah dalam masa 3 hari tu tanpa internet,Im akan perbaiki kelemahan Im ni...



Kelmarin 15 Januari Im dah beli modem baru.... kali ni pakai duit poket sendiri... tak mau pakai duit mak ayah dah.... alhamdulillah dapat blogging semula... ade gak hikmahnye Im tak dapat online selama 3 hari ni... Im dapat berterus-terang dengan sahabat Im melalui SMS,Im dapat tidur awal serta dapat memberi tumpuan penuh ketika di giatmara,Im dapat keluar bersiar-siar dengan kawan-kawan lama.... Semua itu takkan berlaku jika Im masih terus lalai dalam dunia Internet ni....

Hal-hal kerosakan perkakas komputer dan kegagalan sambungan ke Internet ni kerap berlaku,hal ini sangat mengecewakan pengguna-pengguna internet terutama remaja... Kebanyakannya mesti memaki hamun,berasa sedih sampai tidak lalu makan dan sebagainya.

Tetapi cuba fikir balik,kita tidak patut menyalahkan mana-mana penyebab kerosakan itu terlebih dahulu sebaliknya kita patut nilai balik diri kita ni.

~✿..Adakah kita berhenti melayari internet lalu menunaikan solat ketika sudah masuk waktu solat?
~✿..Adakah kita menyahut dengan segera panggilan ibu yang meminta bantuan di dapur?
~✿..Adakah kita lebih gemar membaca gosip-gosip daripada membaca Al-Quran?
~✿..Adakah kita melayari Internet sehingga lewat malam menyebabkan kita lewat bangun Subuh?
~✿..Adakah kita sering qada' solat gara-gara leka melayari Internet?

Melayari internet ni boleh menjadi maksiat jika ia melalaikan kita daripada ingat kepada Allah serta menyebabkan kita melewat-lewatkan solat..... Gara-gara online sampai lewat malam,waktu subuh hancur,tiap-tiap hari asyik qada' solat subuh je...... kalau tidor lewat tapi bangun awal solat subuh takpe la jugak,ni tak,orang solat zohor die baru nak solat qada' Subuh.. tak patut langsung... die dah berlaku zalim kerana melakukan sesuatu tidak pada tempatnya,tidak melakukan solat subuh pada waktunya...

Dengan internet juga,kita boleh terdorong untuk melayari laman-laman web yang tidak baik serta membaca artikel yang mendorong kita melakukan perkara yang tidak bermoral.


Apabila sudah masuk waktu zohor,lalu dalam hati berkata,"pukul 2 lah solat,"maka Syaitan pon menghampiri lalu menggoda kita untuk membuka laman-laman web yang tidak senonoh,setelah kita lalai dan leka digoda syaitan akhirnya waktu zohor pon habis maka syaitan pon berbisik,"takpe,boleh qada',lagi pon hang bace bende ni esok-esok boleh taubat,".... 

Dengan mudahnye kite meninggalkan solat serta menjadikan taubat dan qada' sebagai alasan.... betullah kata-kata Imam Ghazali bahawa perkara yang paling ringan dalam dunia ini adalah meninggalkan solat tetapi manusia lupa bahawa Imam Ghazali juga pernah menyebut bahawa perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati.

Adakah kita yakin setelah seronok melayari laman web tak senonoh serta meninggalkan solat,kita mempunyai kesempatan masa untuk qada' serta bertaubat kepada Allah? Sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia... Mati itu juga boleh berlaku secara tiba-tiba....

Bayangkan,tidak mustahil ketika kita melayari laman-laman web yang tidak bermoral itu di dalam bilik kita di rumah,tiba-tiba muncul sebuah lori tangki minyak merempuh bilik kita lalu berlaku satu letupan besar yang menyebabkan kematian seluruh keluarga....


~✿..Mahukah kita mati mati dalam keadaan melakukan maksiat? 
~✿..Tidakkah mayat si mati itu tersangat hina di sisi Allah? 
~✿..Mahukah kita mati dalam keadaan alpa kepada Allah?

Oleh itu... elakkan lah diri kita daripada menyalahgunakan kemudahan internet yang sedia ada... carilah info-info yang berguna,berfaedah,berilmiah serta perkara-perkara yang tidak melupakan kita kepada Allah... Caranya mudah sahaja,pertama sekali sudah semestinya berhenti melayari internet untuk melakukan solat,kemudian sebelum membuka laman web tersebut,fikir dahulu adakah laman web itu akan membawa kita ke arah kebaikan atau keburukan.Kemudian bagi sesiapa yang sudah terbuka laman web tersebut.... INGAT:

~✿..Allah sedang melihat kita.
~✿..Malaikat Atid dan Raqib yang tengah mencatat amalan sedang melihat kita.
~✿..Malaikat kiri,kanan,depan,belakang,izrael sedang melihat kita.
~✿..Makhluk hidup seperti nyamuk dan kucing melihat perbuatan kita.
~✿..Makhluk-makhluk ghaib seperti Jin Islam dan Kafir melihat perbuatan kita.


"Sesungguhnya ciri-ciri orang yang beriman adalah dia sentiasa merasakan dirinya diperhatikan"
Bukan sahaja tidak malu kepada Allah,tetapi tidak malukah kita kepada Makhluk-makhluk Allah yang lain? Jangan ingat kita duduk sorang-sorang dalam bilik takde sesiape yang perhatikan kita... banyak kot yang perhati,kita kene ingat,kite ni berkongsi alam dengan makhluk lain...Manusia adalah makhluk yang tinggi darjatnya,maka jangan merosakkan darjat itu dengan melakukan maksiat....

"Ya Allah,Jauhkanlah Aku daripada kelekaan dan kealpaan serta perkara maksiat sehingga terlupa menyebut nama-Mu"
amalkanlah doa ni dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu juga,maksiat juga dapat dielakkan dengan mengisi masa lapang selain melayari internet dengan melakukan sesuatu yang berfaedah seperti membaca majalah ilmiah,beriadah bersama kawan-kawan lama,membantu ibu dan ayah meringankan beban kerja dan banyak lagi asalkan perkara yang tidak melalaikan kita kepada Allah...



Maksiat aduhai maksiat,
Sebelum dapat fantasi tak ingat,
Sudah dirasa bertambah lazat,
Bila sudah jadi tabiat,
Manisnya iman menjadi kelat,
Hendak bersolat sudah tak larat,
Hati hitam lagi berkarat,
Bila ketagih tidak dirawat,
Hidup pasti tambah melarat,
Takut Allah turunkan laknat,

Maksiat itu khayalan Syaitan,
Dosa bertambah diri merana,
Usah terjebak segala hasutan,
Kuatkan diri perteguh agama.









Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>