Jom La ikut....

Saturday 7 January 2012

Kursus KPP.....

Assalamualaikum.....

Apa khabar para pembaca? semoga semuanya sihat sambil sentiasa berada di bawah rahmat-Nya... Merujuk pada tajuk di atas... pagi tadi Im mengikuti Kursus KPP untuk mendengar ceramah berkenaan tatacara dan perkara yang perlu diberi perhatian ketika memandu kereta serta menunggang motosikal....

Hmmm Pagi 7 januari 2012,.... Im dah bersiap nak pergi dah,pakai smart-smart,pak cik Amir,ejen yang bertugas menjemput Im dan kawan-kawan Im yang turut serta dalam kursus tersebut dah sampai kat depan rumah... jam menunjukkan pukul 7.35 pagi....
"Tapi sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan Allah pula yang menentukan segalanya....."
Memang dah merancang nak pergi ke Akademi memandu tu awal bagi memudahkan urusan ejen-ejen yang bertugas tapi malangnya... Dompet Im,entah ke mane hilangnya... IC kene bawak untuk pengesahan cap jari... Memang Im waktu tu dah macam Cacing kepanasan,kelam kabut mencari dompet tu... mak ayah pulak dah bising sebab tak bersedia awal-awal.... rasa menyesal muncul sebab tak ambik berat pasal hal ni...


IC ni penting sangat,kalau hilang,kene denda pastu buat baru..... denda dah la mahal..... nanti membazir duit mak ayah.... ejen tu dah menunggu kat luar..... setelah 15 minit mencari tak jumpa jugak... dengan rasa hampa sangat-sangat,terpaksa cakap kat ejen tu yang Im tak dapat nak ikut.... Lepas tu Im pergi tolong ejen tu jemput kawan-kawan Im yang lain.... mereka pon nampak macam sedih jugak sebab dah rancang sama-sama tengok-tengok Im tak dapat ikut....
"Memang Allah la penentu takdir.... kita manusia hanya boleh berusaha dan bertawakal sahaja....."
Balik je rumah rehat tenangkan diri..... mane la peginye dompet Im ni...... fikir punya fikir.... dalam keadaan macam ni bacalah doa ketika lupa iaitu:

Dalam 5 minit lepas tu.... Im teringat sesuatu.... Im selongkar bawah sofa..... Alahamdulillah! jumpe pon dompet! Im lupe yang Im sendiri yang sendiri sorokkan dompet tu kat bawah sofa.... cuai betulla... haha.... memang seronok habis la.... ejen cakap kelas memandu maybe bermula selewatnya pukul 9 pagi... waktu tu dah pukul 8.30 pagi...... ejen tu tak dapat nak jemput sebab ad urusan penting maka ayah Im la yang tolong hantarkan......
"Walau ape pon kesulitan yang dihadapi,mohonla pertolongan kepada Allah.... insyaallah Allah akan memberikan pertolongan dalam pelbagai cara.....Sesungguhnya Allah itu Yang Maha Penolong...."
Kelas bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 2.30 petang.... pada sepanjang kelas tu berlangsung.... memang normallah kalau ada yang terlelap termasuk Im sendiri.... masa Im berseklah dulu pon same je... cikgu mengajar mesti ada yang terlelap... nak kata bosan tu.... takdela bosan sangat... cikgu die friendly dan pandai berjenaka....

Biasalah... bila kita ni pergi menuntut ilmu,pasti ada anasir jahat yang merumitkan proses penuntutan ilmu ni...anasir jahat itu ialah Syaitan Laknatullah....



Ketika menuntut ilmu, syaitan akan datang untuk mengganggu kita supaya kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang dipelajari. Lebih-lebih lagi kalau majlis ilmu atau kuliah agama, lagilah mereka tidak suka dan akan mengganggu kita dengan 3 senjatanya.

~✿.. Tongkat : Digunakan untuk menjolok punggung kita supaya tidak senang duduk dan cepat-cepat meninggalkan kelas atau majlis ilmu tersebut.


~✿..  Gincu : Digunakan untuk menggincu bibir kita supaya saling bercakap-cakap ketika guru sedang mengajar agar kita tidak dapat memberikan perhatian. Guru bercakap di depan kita bercakap di belakang.


~✿..  Celak : Digunakan untuk mencelak mata kita supaya mengantuk ketika belajar dan tertidur. 

Cukupla dengan menjadikan keadaan di bilik darjah sebagai contoh.... bila cikgu mengajar... mesti ada yang bersembang di belakang.... BERSMS pon ade....(Im pernah buat dulu...hehe) ade yang tertidur..... dan ada yang cari alasan nak escape kelas...... 

Oleh itu.... sebelum masuk ke kelas pastikan kita masuk dengan bacaan bismillah dan beristia'zah,sebaik-baiknya sebelum masuk kelas pergilah ambil wudhu',membersihkan diri dari hadas kecil,kemudian bacalah doa penerang hati serta ayat kursi.... semoga kelas berjalan dengan lancar tanpa gangguan yang telah dinyatakan tadi.....




Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>