Jom La ikut....

Sunday 29 January 2012

Noktah Kehidupan (U_U) First Part

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh wafaghfirah semua!

Hari ni im agak sedih sebab dapat berita yang cikgu kesayangan Im waktu sekolah rendah dulu,Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,Cikgu Hawa dah meninggal dunia kelmarin disebabkan penyakit kanser.Al-Fatihah buat allahyarhamah cikgu hawa,semoga roh cikgu sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan roh-roh orang yang beriman insyaallah....


Hmm kelmarin,Im dengan keluarga pergi ke Muzium Perak kat ipoh,ade pameran keranda dan adat pengebumian.Sebenarnya Im malas nak pergi tapi ayah Im cakap yang kampung Im akan 'black out' dari pukul 9 pagi sampailah pukul 6 petang.Huh? baik Im ikut je,Duduk rumah tanpa elektrik dah macam penjara je,baik Im ikut.Having fun time with family is great actually right?



Adik bongsu Im pon teruja sangat nak pegi tapi yang lawaknye bile kami dah sampai ke muzium tu tibe-tibe adik mengadu takut.Ceh,kat rumah tadi bukan main beriya lagi nak pergi.Im buat biase dah la.Seronok gak sakat adik Im tu,hahaha. (n_n)

Im just sempat menangkap beberapa gambar je.Kalau nak tengok gamba tu sila la klik "photo gallery" kat atas blog ni ye.Maaf kalau gamba gelap dan tak berkualiti.Ada pada set "Pameran keranda & adat pengebumian".

Pameran tu memaparkan tentang cara-cara orang asli,orang yang beragama Islam,Buddha,Hindu,Kristian dan orang-orang luar negara menguruskan mayat si mati.Juga diceritakan tentang cara Perakman yang dikatakan mati di Canton dikuburkan.Selain itu dipamerkan juga jenis-jenis keranda yang digunakan untuk menyimpan mayat.Yang uniknya adalah keranda orang asli yang diperbuat daripada buluh juga terdapat keranda tergantung juga dibuat daripada buluh.Turut ditunjukkan jenis-jenis kuburan manusia yang pelbagai agama ni.


Im just lebih menumpukan perhatian terhadap bahagian info kuburan dan keranda jenazah Islam.Kat bahagian tu die ade tunjuk perjalanan hidup manusia iaitu:


Termenung gak Im waktu tu.Tengok sebelah pula ada ditulis tentang "Tindakan awal yang patut dilakukan terhadap jenazah" (Tak ingat pulak tajuk die,lebih kurang camnni la kot =.=')

~✿..Menutup mata jenazah dan mulutnya ditutup dengan mengikat dari bawah dagu hingga atas kepala dengan kain bersih agar mulutnya tidak terbuka.
~✿..Melembutkan sendi-sendi anggota jenazah iaitu semua sendi seperti jari, siku, lutut dan kaki dilembutkan agar mudah diuruskan ketika dimandi dan dikapankan.
~✿..Meletakkan sesuatu yg sederhana berat di atas perut jenazah bertujuan menjaga dan mengawasi perut jenazah supaya tidak kembung.
~✿..Tubuh badan jenazah hendaklah ditutup agar auratnya tidak terdedah, diletakkan di atas katil/ditempat yang sesuai dalam keadaan mengadap kiblat dengan keadaan kedua-dua tangannya di atas dada seperti qiam dalam solat.

"-Segala Yang hidup pasti akan mati-
-Mati itu suatu kepastian-
-Tiada siapa yang terlepas daripada kematian-"



Mati tu ape ye? Mati tu adalah apabila roh berpisah daripada jasad.Siape yang ditugaskan untuk mencabut nyawe yang hidup ni? Tentulah malaikat Izrael yang sentiasa menjenguk kita 70 kali sehari.70 kali sehari,sehari ade 24 jam,24 jam bersamaan dengan 1440 minit.1440 minit bahagi dengan 70,jadi malaikat izrael jenguk kita lebih kurang pada selang 20 minit sehari.
" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini tujuh puluh kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah S.W.T untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Sebab itulah antara ciri-ciri orang yang beriman ni adalah sentiasa merasakan diri die diperhatikan oleh someone yang tidak kelihatan.Antaranya malaikat pencabut nyawa ni la.Antara sebab malaikat turun jenguk manusia ni nak perhatikan sama ada mereka ni dah bersedia ke belum nak hadapi kematian.Sebab tu dalam hadith di atas malaikat hairan melihat manusia yang bersronok padahal ajal dan kematian sangat hampir dengannya.


Bukan nak kate berseronok tu tak boleh.Boleh je tapi pastikan tidak keterlaluan dan mengikut batasan yang ditetapkan oleh Islam sendiri.Bergelak-ketawa secara keterlauan pon tak elok jugak,ada orang kata keluar ilmu yag dituntut,wallahualam.Tak dinafikan ketawa ini juga adalah penawar bagi mereka yang sedang kesedihan dan kemurungan namun hendaklah ketawa sederhana kerana terdapat kes di mana orang jadi gila sebab ketawa secara melampau dan keterlaluan.
[Pesanan buat Im yang banyak ketawa ni jugak.Astaghfirullah.. (U_U)]
Allah berfirman yang bermaksud:
“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa pasti merasai mati. Kami akan menguji kamu semua dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu semua akan kembali.” (Surah al-Anbiya’ ayat 34-35).
Memang orang yang terlalu leka terhadap keduniaan ni takkan perasan langsung kehadiran malaikat izrael ni,kene tunggu ade 'pencetus' untuk die sedar seperti ternampak kemalangan depan mata,terdengar ceramah agama berkenaan mati,terbace artikel kematian dan sebagainya,baru nak sedar.Insyaallah kalau mendapat hidayah-Nya serta mendapat dorongan dari orang lain die akan sedar bahawa mati itu akan berlaku bila-bila masa sahaja.


Hanya orang yang soleh dan beriman yang sentiasa mengingati mati sahaja sedar akan kehadiran Malaikat Izrael ni.Sedar di sini tidak bermaksud nampak kerana mata kita telah dipasang hijab agar malaikat ini tidak kelihatan pada pandangan mata kita yang kasar ini namun pandangan mata hati mampu 'melihat' bende ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W mengenai hal-ehwal kematian terutama berkenaan malaikat Maut.
Rasulullah S.A.W pernah ditanya:
"Siapakah orang orang beriman yang lebih bijak? Jawab baginda: Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak"(Hadis riwayat ibn Majah drpd Ibn Umar r.a)
Golongan ini juga akan sentiasa persiapkan diri untuk meghadapi mati dengan melakukan amal ibadat sebanyak mungkin dan cuba untuk minimizing dosa dan perkara maksiat.Orang yang ingat mati ni pasti akan rasa takut yang teramat sangat apabila hendak melakukan larangan Allah sebab mereka tahu bahawa mati ini tidak mengenal masa dan usia.Bila-bila sahaja kita ini boleh menerima ajal termasuk Im yang tengah menaip post ni.

Hayati video ni:


(Bersambung di Final part yang akan datang)


Sedarlah, Wahai orang yang tertipu!
Mengapa kamu masih riang bermain,
terlena dengan angan-angan.
Padahal ajal di depan matamu!

Bukankah kamu mengetahui
bahwa ambisi manusia adalah lautan luas tak bertepi.
Bahteranya adalah dunia.
Maka berhati-hatilah jangan sampai karam!

Yakinlah! Bahwa kematian pasti menjengukmu
bersama segala kepahitannya.
Ingatlah detik-detik itu, ketika kamu memberikan wasiat,
sedangkan anak-anak yang bakal menjadi yatim

Dan ibunya yang akan kehilangan suami tercinta
menangis pilu berlinang air mata.
Ia tenggelam dalam lautan kesedihan,
seraya memukul-mukul wajahnya.

Disaksikan para lelaki, padahal sebelumnya
ia adalah mutiara yang tersimpan rapi.
Kemudian setelah itu,
dibawalah kain kafan kepadamu.
Akhirnya! Diiringi isak tangis dan derai air mata,
Jasadmu dikebumikan





Kematian,
Suatu kemestian dalam kehidupan,
Setiap yang hidup pasti merasainya,
Tidak ada yang terlepas darinya,
Tidak kenal usia ataupun masa.

Kematian,
Amatlah ditakuti setiap umat manusia,
Apatah lagi yang tak beriman pada-Nya,
Kecuali yang sedia menantinya,
Dengan iman penuh didada.

Kematian,
Sentiasa menyelubungi kita,
Hanya masa, tempat, dan caranya,
Takkan dapat kita jangkanya,
Hanyalah ALLAH yang mengetahuinya.

Kematian,
Pabila jasad terkujur kaku dipembaringan,
Tiada apa yang dapat kita lakukan,
Tiada harta yang kita bawakan,
Hanyalah sehelai kain kafan.

Kematian,
Pabila jasad kita dikuburkan,
Ditimbus tanah ditinggalkan,
Dibaca talqin ilmu akhiran,
Hanya amalan menjadi teman.




Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>