Jom La ikut....

Sunday 15 January 2012

"Dating" yang terbaik...

Assalamualaikum...

Pada Jumaat lepas,13 Januari... Im dengar ceramah seorang ustaz kat giatmara sebagai aktiviti pagi Jumaat,semua pelajar berkumpul di dewan giatmara untuk mendengar ceramah tu...

Antara isi ceramah ustaz yang Im nak kongsi adalah berkenaan SOLAT FARDHU kita sehari semalam.....
Cuba baca dan dalami persamaan di bawah:

Secara normal dan puratanya.....
Solat Subuh = 2 rakaat = 5 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 8 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 8 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 6 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 8 minit
Total masa 'dating' dengan Allah = 35 minit
Total masa nikmat Allah kepada kita = setiap saat
Total masa sehari : 24 jam X 60 minit = 1440 minit


Tetapi kebanyakan Umat Islam skrang ramai yang sengaja meninggalkan solat padahal ape salahnye kite luangkan mase selame 35 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah? Padahal Allah berikan kita macam-macam nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya....
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?[14]
Tafsir Surah ar-Rahman ayat 1 hingga 14
Fikirkanlah... Allah bagi kite macam-macam tapi bile suruh solat tak nak,penatla,nanti jap la,masa banyak lagi la.... alasan semata-mata,asyik nak ngelat je.


Sesungguhnya sesiapa yang berjaya solat 5 waktu dengan sempurna,dia akan dikurniakan darjat yang sangat tinggi.Nabi Musa yang merasakan solat 5 waktu itu berat pernah berkata ketika peristiwa Mikhraj,"Sesungguhnya Umatku yang besar-besar tubuhnya tidak mampu untuk melakukan solat 5 waktu itu,"maka hebat sungguhlah golongan dari Umat Nabi Muhammad yang melakukan solat 5 waktu dengan sempurna itu..

Dengar je azan maka cepat-cepat lah bersedia untuk menunaikan solat,bagi lelaki pula sangat-sangat digalakkan untuk pergi menunaikan solat jemaah di masjid.
Rasul saw. telah bersabda,“Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur". (HR Ibn Majah)
Di dalam Mazhab Syafie, maksud kepada hadis tersebut, bagi kalimah "tiada solat baginya" adalah tidak sempurna solat dan bukannya tidak sah solat. Ini bermakna pahala seseorang yang bersolat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang bersolat di masjid......
~✿..Pahala solat sorang-sorang di rumah = paling maksima 1 
~✿..Pahala solat berjemaah di masjid = paling minimum 27


Which is better? mestilah yang 27 kan? tapi malangnya,ramai yang pandang mudah terhadap pahala ni... di dunia mereka rebutkan dunia tapi di akhirat nanti mula la menyesal sebab pahala tidak mencukupi untuk masuk ke Syurga Allah...

Bile kite calling someone,mesti tensyen bile dengar "maaf,kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan",takpe boleh la topup tapi.... cube bayangkan bile kat akhirat nanti,"Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk memasuki Syurga..." no more turning back... Allah dah bagi can kat dunia,tapi kite yang degil....

Disebabkan perasaan cinta terhadap dunia,solat dianggap sebagai perkara yang membuang masa dan melecehkan padahal solatlah senaman terbaik bagi Umat Islam.. dengan solat juga perasaan kita akan bertambah tenang,dengan solat juga dapat kita hindari dari melakukan perkara yang mungkar...

~✿..innasolah tatanha anil fahsya iwal mungkar
~✿..Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara yang keji dan munkar


Solat la abang yeop ngan kak yong oi,tak lame pon,tak banyak pon,35 minit dan 5 kali sehari je.... ni tak,bile suruh solat mule la tarik muke,buat-buat lambat la,buat-buat sakit perut lah,ade assignment nak kene hantar segera lah... 

Bile nak pegi 'dating' dan 'meeting' dengan kawan-kawan laju je,bersungguh-sungguh je,
Tapi bile disuruh solat,'dating' dan 'meeting' ngan Allah punye la nak escape,pastu buat sambil lewa,patut ke?



Bile time solat,tu dia,macam ayam patuk beras ruku'nya,solat laju gile la,kadang-kadang satu tempoh mase solatnya sama macam 2 iklan kat televisyen tu.... mule solat Iklan Katun naruto,selang 2 iklan pencuci muka dah abes solat,Tambah teruknye doa,zikir ape pon tak,baling sejadah,keluar bilik solat cepat-cepat terus hadap Laptop atau televisyen....
Rasululloh sallallohu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Pencuri yang paling jahat adalah pencurian yang mencuri dalam sholatnya.” Para sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah bagaimana yang dimaksud dengan mencuri dalam sholat itu?” Rasulullah menjawab ”Yaitu orang yang tidak sempurna ruku dan sujudnya dalam sholat.” (HR Thabrani dan Hakim).
Dari Abu Hurairah radhialloohu’ anhu berkata: “Kekasihku Rasulullooh sallalloohu ‘alaihi wa sallam melarangku bersujud dengan cepat seperti halnya ayam yang mematuk makanan, menoleh-noleh seperti musang dan duduk sepeti kera.” (HR. Ahmad & ath-Thayalisi) .
Makin gilenye boleh pulak dibuat acara lumba siapa solat paling cepat dapat main game komputer dulu.... aduyai.....Solat tu bukan sekadar perbuatan je... kene ade feel sekali,baca ayat-ayat dalam solat tu biarlah tahu maknanya..... sebagai contoh,cuba dalami maksud bacaan ketika duduk antara dua sujud ni:
1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)2) Warhamni (sayangi aku)3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)8. Wa’fuannii (maafkan aku)
Bacaan itu sangat bermakna untuk kebaikan kita,jadi perlu ke kita baca secara tergopoh-gapah?
Solat ni kenela relaks.... jangan risau.... laptop ngan televisyen tu takkan lari ke mane,bile kita kejar akhirat,insyaallah dunia akan follow sama.... Biar terlepas urusan dunia tapi jangan terlepas urusan Akhirat...Kelak kehidupan kita yang kekal abadi adalah pada Hari Akhirat.



✿~ “Dan mintalah PERTOLONGAN (kepada Allah) dengan SABAR dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang KHUSYUK.”
(Surah Al-Baqarah: 45)

✿~ “Sesungguhnya BERUNTUNGLAH orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”
(Surah Al-Mu’minuun: 1-2)

✿~ “Dan dirikanlah SOLAT itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian PERMULAAN daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu MENGHAPUSKAN (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah PERINGATAN bagi orang-orang yang ingat.”
(Surah Hud: 114)

Waktu solat la saat kita mengadu kepada Allah,memohon doa kepada Allah,waktu solatlah juga waktu kita mendekati Allah...
Wahai Manusia !
Apa sahaja berkenaan dengan hal dunia, kamu pasti akan buat yang terbaik..Untuk diri sendiri dan kepuasan orang lain..Akan tetapi...
Kenapa solat , kamu tidak mahu melakukan yang terbaik untuk Allah ? 
Wahai Manusia !
Apa sahaja berkenaan dengan kekasih hatimu, pasti kamu bersungguh2 ingin mengetahui apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Akan tetapi...
Kenapa kamu tidak mahu bersungguh2 ingin mengetahui apa yang Allah suka dan apa yang Allah tidak suka ?
Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...


Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

No comments:

>