Jom La ikut....

Thursday 26 January 2012

Hinakah Kita??

Assalamualaikum....

To all readers,harap semuanya sihat-sihat sahaja.Insyaallah sentiasa ceria selalu ya...
Hari ni kelas giatmara Im pon berjalan dengan lancar alhamdulillah,walau agak mengantuk sedikit. ^_^

Pada waktu lapang,waktu cikgu tengah sibuk menguruskan hal peribadi di pejabat,Im termenung sekejap setelah selesai membaca majalah GenQ yang im bawa ke kelas.Dalam-dalam tengah termenung tu tibe-tibe je Im teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang Ustaz juga Pakar Motivasi waktu Im sertai Kem Anak Soleh di Seberang Perak tahun lepas.


Kisah ni berkenaan seorang guru yang sedang menabur ilmu kepada anak-anak muridnya.Im sendiri dah lupe sape guru tu.Imam Syafie maybe.Im nak berkongsi kisah ni sebab ia mempunyai mesej yang sangat mendalam mengenai kehidupan kita sebagai umat Islam.

Kisah ni bermula pada waktu kelas berakhir.Guru tersebut menyampaikan pesanan:

"Kepada semua anak-anak muridku,pada esok hari aku meminta agar kamu semua membawa sesuatu yang kamu rasa adalah paling hina di muka bumi ini,"

Pada esok harinya,semua anak murid guru tersebut membawa macam-macam benda untuk ditunjukkan kepada guru mereka sebagai sesuatu yang dianggap paling hina.Antara yang dibawa adalah bangkai haiwan dan pelbagai lagi yang secara normalnya dipandang hina oleh manusia macam kita ni.

Namun begitu ade seorang anak murid yang tidak membawa apa-apa pon lalu guru tersebut mendekati dia lalu bertanya:

"Kenapa kamu tidak membawa apa-apa seperti apa yang telah aku arahkan kelmarin? Adakah kamu ingin mengingkari arahanku? Adakah kamu mempunyai alasan yang kukuh?"


Murid tersebut memberi penjelasan kepada gurunya.

Sejak kelmarin murid tu sememangnya tengah buntu dan tidak tahu hendak membawa apa untuk ditunjukkan kepada gurunya.Setelah semalaman berfikir dia tetap tidak tahu hendak membawa apa.Ketika dia dalam perjalanan untuk ke suatu tempat di mana berkumpulnya murid-murid lain dengan gurunya,dia ternampak seekor anjing terbiar yang badannya dipenuhi dengan kurap serta dihurungi lalat.

Dia pon berfikir,"Anjing ini tidak bertuan,malah badannya sangat kotor dan menjijikkan.Mungkin inilah sesuatu yang paling hina di muka bumi ini.Dia membawa anjing tersebut untuk ditunjukkan kepada gurunya dengan menggunakan tali yang diikat pada leher anjing tu.

Dalam perjalanan tu jugak tibe-tibe murid tu terfikir,"Anjing ni memang nampak menjijikkan tapi anjing ni hanyalah seekor haiwan.Haiwan yang tidak mempunyai akal seperti manusia dan oleh sebab itu segala perbuatan anjing ni tidak akan dikira pahala dan dosa.Maknanya anjing ni memang tak pernah dikira langsung dosanya tapi manusia macam aku ni? Dosa pahala dikira,"

Akhirnya murid tu buat keputusan untuk melepaskan anjing tersebut kerana masih ad lagi yang mulia berkenaan dengan anjing tu.Suci daripada dosa.

Dengan tangan kosong lagi sekali murid tu mebawa diri.Dalam perjalanan tu pulak dia ternampak seorang lelaki yang gila berpakaian koyak serta berlubang-lubang dan berbau busuk."Dia ni manusia tapi malangnya gila dan tiada arah tuju dalam kehidupan.Urusan diri pon tak sempurna.Mungkin inilah dia sesuatu yang sangat hina di muka bumi ini."


Dia mengikat tangan orang gila tu dengan tali lalu menarik orang gila itu untuk ditunjukkan kepada gurunya.Dalam perjalanan tersebut tibe-tibe die terfikir lagi,"Die ni manusia yang busuk,gila dan langsung tidak terurus tapi segala perbuatan dia yang salah pon tidak akan dikira sebagai dosa sebab ia dikira sebagai tidak mengerti apa-apa.Orang gila ni kalau membunuh pon tidak dikira sebagai dosa kerana dia gila,hubungan dia dengan akal sudah terputus.Aku yang berakal ni pon sering melakukan kesalahan dan mendapat dosa.Orang gila ini lebih mulia daripada aku."Murid itu pon melepaskan orang gila tersebut lalu berjumpa dengan gurunya dengan tangan kosong pada akhirnya.

"Oleh itu saya rasa sayalah yang paling hina di muka bumi ini,"kata murid itu.Gurunya hanya tersenyum dan berasa sangat bangga kerana mempunyai anak murid yang mempunyai pemikiran yang mendalam dan merendah diri.

Ending yang terperinci Im dah lupa tapi takpe,yang penting pengajaran-pengajaran daripada kisah ini dapat disampaikan.

Yang pertama ialah kita janganlah hanya memandang terhadap sesuatu keburukan sahaja malah kita patut mencari kelebihan sesuatu perkara.Segala ciptaan Allah dan kejadian yang diuruskan Allah mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.Sebagai contoh walaupon anjing dan orang gila tadi memang sangat buruk dan hina dari segi luaran namun diri mereka bersih daripada dosa.Orang gila sudah terputus daripada akalnya dan anjing pula tidak mempunyai akal namun dia sentiasa ingat akan pecipta-Nya.

Anjing kurap + tiada akal  + membunuh menggigit manusia  + dosa tidak dikira  = takdelah hina sangat
Orang gila     + hilang akal + membunuh menikam manusia  + dosa tidak dikira = takdelah hina sangat
Diri kita        + berakal      + membunuh kerana keduniaan  + dosa dikira         = Memang hina sungguh

Kita tidak patut memandang sesuatu itu dengan terlampau hina kerana ia mungkin mempunyai sesuatu yang lebih baik daripada kita.Cube kita lihat diri kita,akal Allah dah kurniakan,hubungan dengan akal serta kewarasan akal Allah kekalkan tetapi kita masih sering melakukan dosa mahupon besar atau pon kecil.Apabila kita melakukan dosa,waktu itulah kita menjadi makhluk yang sangat hina kerana tidak menggunakan akal dengan sebaiknya.


Kadang-kadang tu tindakan manusia yang berakal lebih teruk daripada haiwan yang tiada akal.Manusia bukan sahaja membuang bayi malah ada yang membakar hidup-hidup juga yang mengisar sehingga lumat.Haiwan ade buat macam tu tak? Paling teruk pon haiwan akan makan anak die sendiri kalau dah terdesak.Haiwan bunuh anak tak kisah sangat sebab die binatang,tiada akal.Tapi manusia yang bunuh anak memang sangat hina.Akal ada tak nak pakai.Dah tau membunuh tu dosa besar masih tetap nak buat.
"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al-Hujuraat [49] : 13
‎~✿..Manusia adalah makhluk yang sangat mulia apabila dia menggunakan akal sebaiknya serta sering melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran,
~✿..Manusia adalah makhluk yang paling hina apabila dia tidak menggunakan akal sebaiknya malah sering melakukan maksiat juga dosa.

Memang kita manusia sering terlupa namun alasan itu bukanlah tiket percuma untuk kita mengulangi dosa dan maksiat yang sama tanpa ada rasa menyesal dan ingin berubah.Meninggalkan dosa tidak bermaksud meninggalkan dunia.Ikut dunia takde masalah tapi kita kena berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada melakukan dosa.

~✿..Meninggalkan duniawi itu terpuji
‎~✿..Meninggalkan dosa itu tanggungjawab
‎~✿..meninggalkan dosa itu lebih penting daripada meninggalkan duniawi

Selain itu,kita hendaklah sering merendah diri dan bersangka baik dengan makhluk lain.Setiap yang buruk pasti ade yang baiknya.Each bad side has it's good side.
Apabila berjumpa kanak-kanak :
Anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana belum dibebani sebarang dosa. 
Apabila berhadapan orang tua :
Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. 
Apabila berjumpa orang alim :
Anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu. 
Apabila melihat orang jahil :
Anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. 
Apabila berjumpa orang jahat :
Jangan anggap kita mulia. Sebaliknya, katakan mungkin mereka akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kita. 
Apabila bersua dengan orang kafir:
Katakanlah dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam dan diampunkan oleh Allah SWT sedangkan kita yang telah memeluk Islam sejak lahirnya terus menerus melakukan dosa. banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.

Teruskanlah bersangka baik.Orang yang berakal adalah orang yang bersangka baik. Insyaallah kita akan dihindari daripada sifat mazmumah seperti takabbur,riak,sombong,mengumpat.Hal ini juga dapat mengelakkan kita daripada melakukan dosa dan akhirnya menjadikan diri kita makhluk yang paling hina.

Adakah kita ingin mati dalam keadan yang hina? Sudah tentu tak mau kan? Mati dalam keadaan ina adalah mati ketika berbuat dosa.Tak mau mati dengan hina maka elakkanlah diri daripada melakukan dosa.

Aku ini manusia yang begitu hina
Dosa yang tercipta begitu tak terhingga
Bagaikan buih di lautan
Kehidupanku hanya turutkan nafsuku
Kujadikan dunia laksana di surga

Apa yang aku mau
Apa yang aku inginkan
Aku lakukan
Tak peduli itu larangan
Semua itu tak ada urusan
Kehidupanku masih panjang
Aku masih muda
Kate orang enjoy dulu
Baru bertaubat di masa tua

Kini apa
Aku baru sedar
Semua yang aku lakukan
Kesalahan yang tercipta
Membuat Tuhanku murka
Hingga aku hanya bisa
terbaring disini

Menunggu datangnya malaikat
Menhantarkan aku kembali pada-Nya
Yang hanya tinggal beberapa saat lagi

Ampunkan dosaku Ya Allah,
Jadikanlah aku seorang hamba-Mu yang mulia,
Elakkanlah aku daripada menjadi hamba-Mu yang hina..















Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

5 comments:

- Ma StOrY - said...

bagos naim.. tak buang masa waktu cuti spm nie.. :)

Muhammad Naa'im said...

thanx... abg pon semoga dapat bnyak duit.. haha

Anonymous said...

emm,,g0od sharing,,but tlisan perlu baiki sebab tak semua pembaca orang semenanjung,,but ilike,,bl0g ney pun ana suka,,nice3!!^_____^

Anonymous said...

nice story..hine nyer kite ek..huhu

Muhammad Naa'im said...

Kepada !mujahidah setia! hmm betul gak tu.. takpe akan saye perbaiki insyaallah... Ye senior Liza,makhluk yg hina jika sentiasa melakukan dosa...

>