Jom La ikut....

Tuesday 24 January 2012

Ragam 'Dating'

Assalamualaikum....

Apa khabar semue? harap semue sihat-sihat sahaje.Bagi Im sekarang ni musim demam panas,ramai kawan Im yang tengah demam sekarang ni,semoga mereka cepat-cepat la sembuh.Rindu nak bersiar-siar dengan mereka pada waktu petang.
Kelmarin,24 Januari,Ade kenduri kahwin besar-besaran dekat dewan serbaguna kampung.Mule-mule Im memang malas nak pergi tapi kalau bukan sebab lauk kat dapur dah habis,memang Im akan lepak kat rumah je la.Tak tau kenape,kelmarin tu memang malas Im nak keluar dari rumah ni.

Ambik kunci motor,kunci rumah,terus tunggang sampai ke dewan tempat kenduri tu.Agak meriah la sebab ade jemputan untuk orang-orang bandar.Bile dah meriah sudah semestinya lauk-pauk kendurinye beraneka pilihan.Kegemaran Im,Ayam goreng madu pon ade.Pasangan pengantinnya bersanding di atas pentas dewan,serba hitam dan pink,theme yang menarik :-)


Sedang Im tengah menjamu selera,Im melihat keadaan orang ramai kat situ,Pakaian mereka memang smart-smart dan kemas-kemas.Berbaju melayu dan bersampin serta bersongkok lengkap.ada juga yang sedikit berpakaian ala barat.Golongan hawa juga turut berpakaian cantik,berbaju kebaya indah,berbaju kurung sopan,bertudung,berpashmina dan juga berselendang.

Senang kata,semua yang hadir semuenye berpakaian serba indah dan bersih.Jam menunjukkan pukul 1.10 tegah hari,sudah hampir waktu Zohor.Alang-alang dah keluar rumah ni,Im pergilah ke masjid nak tunaikan solat Zohor Berjemaah.

Bile dah sampai,Im terlihat ade seorang pak cik ni... aikk??? tadi kat kenduri segak je berpakaian seluar slack dan berbaju T-Shirt hitam.Tapi sekarang die hanye memakai seluar jean lame yang dah koyak di bahagian kaki seluar serta memakai baju berbelang hitam-putih yang agak kotor pada bahagian belakangnya.Pak cik ni sebenarnya adalah kawan kepada ayah Im yang bekerja sebagai peneroka Felcra.


Mungkin dia hendak pergi bekerja selepas selesai solat jemaah di masjid.Ada juga pak cik-pak cik lain yang berpakaian elok sedikit daripada pak cik tersebut namun masih tidak kemas dipandang mata.

~✿.. Hmmmm... Bile ke majlis orang,segak,cantik serta bersih,
~✿.. Tetapi bile nak menghadap Allah,hanya bawah kadar sahaja penampilannya

Inilah fenomena umat Islam sekarang,berpakaian segak dan kemas apabila hendak pergi ke majlis keramaian,apabila bershopping,apabila hendak bertemu sanak-saudara tetapi bila hendak menunaikan solat,hanya berpakaian baju pagoda lusuh dan berseluar Track suit yang entah bersih ke tidak.

Memang ada yang akan cakap,takpelah,cukup syarat janji tutup aurat.Tidak salah memakai Track suit dan baju pagoda bile nak tunaikan solat tetapi pastikanlah pakaian tersebut bersih dan kemas.Kadang-kadang Im ade jugak perhatikan ada golongan remaja lelaki yg berpakaian kotor dan lusuh menunaikan solat.
“Setengah dari pada kehormatan seorang mukmin kepada Allah, ialah kebersihan pakaiannya.” (HR Abu Nuaim).
Ape salahnya kalau luangkan mase untuk menukar pakaian yang kotor kepada yang lebih bersih serta mengenakan haruman? Kite ni nak hadap Allah,Pencipta kita.So,pakai la kemas-kemas.Tak perlu nak pakai kot,tali leher and pakaian high class lain.cukuplah bersederhana dengan berpakaian bersih dan sopan bersertakan haruman.Nak senang pakai je baju melayu besertakan kain pelikat.Tidak lupa juga penutup kepala dan haruman.Clean,Nice and Simple.


~✿..Amboi,bile nak 'dating' dengan awek/pakwe/manusia sanggup pakai haruman satu botol,
~✿..Tapi bile 'dating' dengan Allah,malas pakai,badan berbau pon tak kisah,Patutke?

Bagi yang wanita pula,telekunglah pakaian utama apabila menunaikan solat.Seorang Ustaz yang mengajar Im kat sekolah ade bertanye pada murid-murid perempuan:
"Nak tanye sikit,kome basuh telekung kome berape kali sebulan?"
Soalan cepumas tu.Ade yang 2 hari sekali,3 hari sekali,seminggu sekali,2 minggu sekali dan ade juga yang sebulan sekali je basuh telekung.Isy,isy,isy....Cube pembaca tengok sekali sekala telekung kome,bersih tak? kalau brsih alhamdulillah,kalau tak tu sila la bersihkan.Kite nak hadap Allah ni kenelah dalam keadaan bersih dan suci.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.”
“Allah itu baik, cinta akan segala yang baik, bersih, suka akan kebersihan dan Maha Murah, ,nencintai setiap yang bermurah hati. (HR At­Turmidzy).
Ada jugak yang solat dalam keadaan tak berus gigi dan mulut berbau terutama waktu solat Subuh.Eeiiyekk,Nak jumpa Yang Maha Pencipta tapi mulut tak bersih,dating ngan isteri,isteri pon lari.Sebelum solat subuh tu pergilah berkumur-kumur dan gosok gigi tu.Bukan Subuh je,solat waktu lain pon pastikanlah mulut tu bersih dan tiada sisa-sisa makanan.Andai kata tertelan sisa makanan tu,batal la solat kita.
“Sungguh baik umatku yang selalu membersihkan gigi waktu berwudhu maüpun setelah makan, di waktu berwudlu sambil berkumur ­kumur, dan menghirup air ke hidung dan membersihkan celah-celah jari. Malaikat sangat benci bila melihat seorang yang sedang melaksanakan shalat sementara sisa makanan masih melekat di celah-celah giginya.”
Bagi wanita yang sudah selesai melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak,mengemas rumah,hendaklah membersihkan diri dengan melakukan mandian agar diri itu lebih selesa dan tenang bila nak menyembah Allah.

Ni tak,kadang-kadang tu,tengah solat ade je bau bawang,ikan dan  masakan kat dapur tu.Yang lelaki pulak,baju dah basah dengan peluh pon dipakainya ketika solat.Tak patut.
"Solat pakai singlet atau tak pakai baju tak pe kan? Janji tutup aurat kan?"
Bagi dalam keadaan darurat takpelah macam ketika tengah berperang seperti zaman tokoh-tokoh islam dahulu.Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahudin Al-Ayubi,ketika itu tengah darurat sangat,takpelah.Tapi kite sekarang yang takde halangan malah baju ade je depan mate pun malas nak pakai.Kronik tu.

Kalau solat kat rumah tak malu tak pakai baju,cube try pergi solat berjemaah kat masjid tak payah pakai baju.Ada berani ke? mesti tak kan? Mesti malu dengan jemaah lain kan? Macam tu kat mane kite letak perasaan malu kite? kat Allah ke kat manusia?

Solat kat rumah,tak pakai baju,"takpe,kat rumah orang lain tak nampak,"Dengan orang lain kite malu tetapi dengan Allah?

"Tepuk dada Tanya Iman Muhasabah diri"

Lagi satu,diri dah bersih,pakaian dah bersih,tapi tempat solat tak bersih pun tak sempurna jugak.Ade ke pasangan suami isteri dating kat tempat kotor? tidak kan? Same juge dengan solat,nak solat kenela cari tempat yang bersih dan pastikan tiada najis kat sekitar tempat solat.Kadang-kadang tengah-tengah sujud tu tiba-tiba terhidu najis cicak.Kan dah tak khusyuk solatnye.

Masuk bilik,ambil penyapu sapu sekitar bilik.Dah yakin bersih hamparkanlah sejadah.Sejadah ni tujuannye sebagai pelapik bagi memberi keselesaan ketika solat.Sejadah juga dapat membuatkan kita menumpukan perhatian terhadap tempat sujud lalu menghadirkan kekhusyukan dalam solat.Kalau tak de sejadah capai la ape-ape sebagai pelapik seperti selimut,cadar dan sebagainya.


Bagi yang hendak pergi jungle trekking tu,janganlah lupa untuk bawak sejadah,pastu carilah tempat yang berumput untuk dijadikan tempat solat.jangan la solat kat tempat yang berdebu.Tak khusyuk pulak nanti dah debu masuk mate,melekat kat sejadah dan dahi,debu masuk ke dalam hidung lalu bersin.macam-macam gangguan.Diri sendiri,pakaian dan tempat solat hendaklah bersih baru 'feel' bile solat.

♥♥Checklist 'Dating' dengan Allah
‎~✿..Suci dari hadas
‎~✿..Pakaian bersih dan kemas
~✿..Memakai penutup kepala
‎~✿..Memakai haruman 
‎~✿..Tempat solat bersih dan tiada gangguan

"Insyaallah apabila segalanya bersih,kehusyukan akan hadir ketika solat" 

Solat

Allahu Akbar
Segala puja dan pujian
Khusus buat Tuhan
Yang mentadbir sekalian alam
Datangnya aku mempersembahkan
Sebuah jiwa perhambaan kehinaan
Berdiri, tunduk, rukuk dan melutut memohon
Seribu satu keampunan

Allahu Akbar
Maha Suci Tuhan
Memiliki segala sifat kebesaran
Tiada suatu yang kuharapkan
Kecuali keredhaan MU Tuhan
Dalam meneruskan perjalanan
Mencari titik permulaan
Sebuah kehidupan

Allahu Akbar
Maha Suci Tuhan
Yang memiliki segala sifat ketinggian
Sujud aku kesenduan
Melerai hati kekusutan
Palitan keras simpulan
Gumpalan penuh kesesatan
Mengutip cebisan iman

Allahu Akbar
Maha Suci Tuhan
Dari segala sifat kekurangan
Bersimpuh aku mengemukakan
Segunung rayuan
Di hujung kerahmatan
Sebelum tibanya saat kematian












Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

2 comments:

Unknown said...

Nicest entry... Keep on updating.. Akan menjadi pengunjung tetap..

Muhammad Naa'im said...

Syukran banyak2 ya Hamizah.. :))

>