Jom La ikut....

Sunday 22 January 2012

Sihat dalam 'Dating'

Assalamualaikum.....

Dah lame tak update blog... Im sibuk sikit kebelakangan ni... jadual penuh seminggu.Isnin sampai Jumaat kelas Giatmara,Sabtu dan Ahad pulak kelas memandu,JPJ Test pulak 24 Februari nanti... memang penat sangat... tapi takpe,semua ni berbaloi untuk Im.

Nasib baik ada Cuti Tahun Baru Cina,boleh la Im berehat sikit..

Dalam post yang sebelum ni... Im sudah berkongsi mengenai 'dating' yang terbaik bagi umat Islam iaitu Solat... sebab kite 'dating' dengan Pencipta kita,Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Secara umumnya... setiap pekerjaan mesti ada sesuatu perkara klimaksnya seperti bagi tukang masak,perkara klimaksnya adalah setelah selesai menyediakan bahan ramuan serta memasaknya... begitu juga dengan solat.. terdapat juga perkara klimaksnya iaitu SUJUD...
"Dan sebahagian daripada malam, maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di
sepanjang malam". ( Al-Insan : 26 )

Cakap pasal sujud ni,kebanyakan orang mengambil ringan tentang sujud yang merupakan rukun fi'li dalam solat... Pasti pembaca ada perasan yang sesetengah orang sujud dengan tidak sempurna seperti sujud laju-laju dan sujud tidak cukup anggota.... Apa dia anggota sujud?

✿~ Dahi dan Hidung
✿~ Kedua-dua tapak tangan
✿~ Kedua-dua lutut
✿~ Kedua-dua Hujung kaki iaitu ibu jari

"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (eg: ibu jari)."- [hadith riwayat Bukhaari #812, Muslim #490].
Kesemua anggota ni wajib untuk mencecah lantai ketika sujud,jika tidak maka tidak sah sujudnya,tidak sah sujud maka tertinggallah rukun solat sujud maka solatnya dikira tidak sah...
Menurut Imam Al-Nawawi didalam Sharh Muslim : jika salah satu anggota ini ditinggalkan, maka tidak sah Solat.
Bukan saje-saje adanya perbuatan sujud dalam solat ni,sujud adalah salah satu gerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita. Sujud adalah satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t. Berikut adalah rahsia-rahsia sujud yang telah dikaji secara saintifik


( ✿ ◠‿◠) Meningkatkan Kecerdasan Otak
•.♥• Apabila kita berdiri tegak,duduk,berjalan,berlari dan sebagainya selain sujud,darah yang mengalir ke otak  biasanya tidak cukup untuk keperluan otak kita ni.Namun,apabila kita sujud,darah akan mengalir dengan banyaknya ke otak bagi melahirkan otak yang sihat lalu meningkatkan kecerdassan otak.Nak jadi bijak pandai banyak-banyakkanlah bersujud kepada Allah dengan sering melakukan solat sunat.
•.♥• Darah juga akan mengalir dengan banyak ke bahagian muka dan boleh menyegarkan kulit muka lalu mengurangkan risiko penyakit resdung.Siapa sangka dengan bersujud boleh dijadikan sebagai terapi untuk muka yang serba indah ini...

( ✿ ◠‿◠) Mengurangkan Risiko Migrain atau Sakit Kepala
•.♥• Secara umumnya,antara faktor berlakunya migrain dan sakit kepala adalah disebabkan kekurangan darah mengalir ke otak.
•.♥• Oleh itu,Apabila darah banyak mengalir ke otak dengan bersujud,risiko bagi serangan migrain dan sakit kepala dapat dikurangkan.Maka kepada sesiapa yang selalu sakit kepala tu rajinkanlah buat solat sunat ye...


( ✿ ◠‿◠) Baik Untuk Sistem Pernafasan
•.♥• Apabila kita inhale dan exhale secara normal,hanya 2/3 sahaja udara yang dikeluarkan daripada paru-paru,selebihnya masih berada di dalam paru-paru sebagai udara lebihan.Udara lebihan ni boleh menakung pelbagai bakteria,habuk-habuk yang disedut daripada udara sekeliling dan hal ini akan mendatangkan masalah kepada paru-paru kita.
•.♥• Melalui bersujud,organ-organ dalaman akan menekan diaphragma kita dan sekaligus menolak paru-paru bahagian bawah ke atas dan boleh mengeluarkan udara berlebihan yang kotor tersebut. Mekanisma ini sangat penting untuk menjaga kesihatan paru-paru kita.

( ✿ ◠‿◠) Menggerakkan Sendi-Sendi dan Otot-Otot
•.♥• Sujud melibatkan pergerakan kesemua anggota badan kita seperti kepala, kaki, tangan, bahu, tulang belakang, tulang pinggul, dada dan sebagainya. Pergerakan sendi-sendi dan otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-otot tersebut untuk menjadi lebih kuat dan membantu melancarkan peredaran darah.
•.♥• Otot-otot yang bergerak boleh menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi.Sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi ni sering berlaku kepada orang kuat bekerja juga kepada orang asyik berada di hadapan laptop atau komputer seperti Im ni... (n_n)

( ✿ ◠‿◠) Mengelakkan Penyakit Buasir
•.♥•  Penyakit buasir ni macam mengerikan je.Tak nak kene penyakit ni banyak-banyakkanlah bersujud.Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badan boleh mengurangkan risiko untuk terkena penyakit buasir.
•.♥• Semakin banyak sujud, semakin kurang risiko untuk penyakit ini kerana graviti akan menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.Subhanallah (^_^)


( ✿ ◠‿◠) Mengubat Penyakit Rohani
•.♥• Lebih penting lagi, sujud boleh mengubat penyakit rohani jika kita betul-betul menghayatinya.Melalui sujud,kedudukan kepala akan berada sama paras dengan kaki lalu menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri di hadapan Allah s.a.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t. sangat dekat dengannya, sekaligus boleh mengikis penyakit-penyakit hati seperti sombong, riak dan takabbur.
•.♥• Hendak diingatkan untuk diri saya sendiri dan juga semua bahawa gerakan solat dan sujud yang kita lakukan bukanlah untuk mengejar manfaat-manfaat kesihatan yang disebut tadi. Ia hanyalah anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. yang Maha Pemurah.

Alangkah ruginya bagi orang yang main-main ketika sujud dalam solat.Sujud ni waktu kita paling dekat dengan Allah.Waktu ni jugaklah sangat sesuai untuk kita berdoa kepada Allah di dalam hati.Sujud macam ayam patuk beras serta tidak tuma'ninah hanya akan memenatkan badan kita sahaja.

"Solat secara tergesa-gesa kerana hendak mengejar masa bersama dunia bukan sahaja menjadikan solat tidak sah malah kaifiyat solat juga kita akan terlepas."

Sememangnya solat adalah senaman terbaik bagi umat Islam,Allah takkan memerintahkan solat tanpa sebab,segala perintah Allah adalah demi kebaikan umat manusia sendiri.Daripada 'dating' ngan makwe yang belum pasti menyihatkan,lebih baik 'dating' dengan Allah yang sudah pasti menyihatkan badan.

✿~ Dating ngan makwe atau pakwe,habis duit,dapat dosa
✿~ Dating ngan isteri atau suami,habis duit,dapat pahala
✿~ Dating ngan Allah tak payah pakai duit,pahala dapat,badan sihat pon dapat

Kalau kita tak nak solat,Allah takkan rugi apa-apa pon malah kita sendiri yang akan rugi,kita sendiri yang akan ditarik balik nikmat kesihatan yang Allah dah beri.Melaui solat insyaallah kita akan dianugerahkan tubuh badan yang sihat.


"Selalu Solat,Badan pun Sihat"

Ya Allah aku bersujud di hadapan-Mu memohon ampunan kepada-Mu
Entah apa yang ada dalam pikiranku, saat ku bersujud dihadapan-Mu
Rasanya aku teringat dengan dosa-dosaku dimasa lalu

Tak terasa air mataku menetes dikala aku bersimpuh dan berdo’a dihadapan-Mu
Seakan Engkau Ya Allah mengingatkan ku akan dosa-dosa ku di masa lalu
Terima kasih ya Allah, Engkau masih mahu mengingatkan ku
Atas dosa-dosa ku yang telah ku lakukan

Dosa-dosa ku kau jadikan cerminan ku untuk slalu ingat kepada Mu
Ku akan selalu mengingat-Mu ya Allah
Ku akan selalu bersujud di hadapan-Mu ya Allah
Di setiap nafasku akan ku agungkan nama-Mu ya Allah

•✿•Jika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah..
•✿•Jika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah..
•✿•Jika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah..






Semoga Hari ini lebih baik dari semalam

2 comments:

nur fatihatuz zahra said...

nice information, tq for sharing .. btw, jum singgah my new entry . :)

http://cheritakuhzara.blogspot.com/2012/01/indahnya-saat-itu.html

Muhammad Naa'im said...

Thanx ye.... saye dah singgah,nice blog and nice entry ye.. :)

>